Alhamdulillah, makin banyak bantuan disalurkan kepada mangsa banjir di Kedah dan Perlis. Terbaru PERODUA pual mengumumkan pemberian diskaun 25% untuk kos baikpulih kenderaan keluaran mereka yang terjejas teruk akibat banjir.
Di sini saya tepekkan sedikit keratan berita daripada Berita Harian Online. Lalau nak baca full article boleh ke Berita Harian Online website.
PETALING JAYA: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menawarkan diskaun kos baik pulih sebanyak 25 peratus kepada pemilik kenderaan PERODUA yang terjejas akibat banjir di utara Semenanjung dan Kelantan, baru-baru ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata PERODUA menjangka lebih 1,000 kenderaan PERODUA terbabit dengan masalah banjir itu dan ada antaranya mungkin rosak teruk akibat ditenggelami air.
Katanya, pemberian diskaun itu sebagai tanda prihatin dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat terhadap pelanggannya, dengan diskaun turut membabitkan kos keseluruhan baik pulih termasuk kos buruh dan alat ganti.
PERODUA juga akan menanggung kos menunda kenderaan yang terjejas sehingga nilai maksimum RM100.
Oh, rupanya selain daripada diskaun baikpulih kereta, kos menunda kenderaanpun ditanggung mereka sehingga maksimum RM100. Walaupun tidak terlibat dengan insiden ini tetapi sebagai salah seorang pengguna kereta PERODUA, saya rasa pilihan saya membeli kereta keluaran mereka adalah tepat. Sebab mereka begitu prihatin terhadap persekitaran yang berkaitrapat dengan pengguna kereta mereka. Syabas PERODUA!
p/s: Err..lagi rasa berbangga sebab tunang sayapun bekerja dengan PERODUA. =)
Di sini saya tepekkan sedikit keratan berita daripada Berita Harian Online. Lalau nak baca full article boleh ke Berita Harian Online website.
PETALING JAYA: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menawarkan diskaun kos baik pulih sebanyak 25 peratus kepada pemilik kenderaan PERODUA yang terjejas akibat banjir di utara Semenanjung dan Kelantan, baru-baru ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata PERODUA menjangka lebih 1,000 kenderaan PERODUA terbabit dengan masalah banjir itu dan ada antaranya mungkin rosak teruk akibat ditenggelami air.
PERODUA juga akan menanggung kos menunda kenderaan yang terjejas sehingga nilai maksimum RM100.
Oh, rupanya selain daripada diskaun baikpulih kereta, kos menunda kenderaanpun ditanggung mereka sehingga maksimum RM100. Walaupun tidak terlibat dengan insiden ini tetapi sebagai salah seorang pengguna kereta PERODUA, saya rasa pilihan saya membeli kereta keluaran mereka adalah tepat. Sebab mereka begitu prihatin terhadap persekitaran yang berkaitrapat dengan pengguna kereta mereka. Syabas PERODUA!
p/s: Err..lagi rasa berbangga sebab tunang sayapun bekerja dengan PERODUA. =)
5 comments:
bagus la buat macam tue.. kurang la sket beban rakyat yang terlibat dengan banjir di utara semenanjung tue..
bagus .. anastasyea sokong. Orang susah dibantu .. =)
chaon..
betul2..
ramai yang menyumbangkan bantuan.
rakyat msia mmg prihatin =)
anastasyea..
yerp, betul tuh..
=)
noor afzan: bagus usaha ni. dpt meringankan mereka yg terlibat dlm banjir tu.....morning afzan!....:)
inilah namaya social corporate responsibility (CSR)
Malaysia VS China Live Sukan Asia Guangzhou China 2010 (Bola Sepak)
Post a Comment