Followers

Wednesday, September 30, 2015

Anak-anak pagi ni..

Salam korang..
Hari ni sempat lagi update blog. Tadi hantar anak-anak ke taska. Masing-masing sedih sahaja. Yang abangnya moody. Mama marah sebab tak nak pakai selipar sendiri. Hari2 nak kena pakaikan dan tanggalkan. Nak juga tengok dia buat sendiri semua itu. Tengok gaya macam belum sesuai nak hantar ke tadika tahun depan. Mandi, pakai baju dan seluarpun masih dibantu. Pampers memang kena pakai sebab masih tak dapat nak mendengar arahan dan memberitahu bila nak berak atau kencing. Moga anak mama cepat belajar. Kalau tak tahun depan, tahun lagi satu dah kena ke tadika. Tolong doakan yang kawan-kawan.

Yang adik pula memang hari-hari akan menangis setiap kali ditinggalkan di taska. Sedih kena tinggal. Normallah kan. Semalam dia meragam sebab demam. Asyik terbangun sahaja tengah malam. Lepas tu rasa macam tekak dia kering. Ni mesti sebab jerebu. Jerebu ni macam makin teruk sahaja. Hari ni memang rasa macak duduk dalam kabus. Padahal bukan kabuspun. Huhu..Aina dah mula pandai berdiri lama-lama. Jalan sahaja belum lagi. InshaAllah tak lama lagi tu. Doakan ye kawan-kawan. Aina ni ringan je. Dah setahun tapi berat dia baru 7.6 kilo. Tinggi 74cm. BMI dia atas sikit je dari garis ke kuning area dalam graf. Asalkan berat naik dan sihat serta aktif kan.

Oklah. Tu je dapay update kali ni. Nanti ada masa saya update lagi. Bai..

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics