Followers

Wednesday, October 31, 2012

Aksi Si Comel : Part 1

Salam korang..
Tak sabar nak tunggu esok. Ini picture terbaru dia. Semalam kot snap.

Comel tak dia?
Masa ini kena kurung dalam baby cot. Kalau dibiarkan atas katil kami boleh tergolek ke bawah. Bukan main laju lagi dia merangkak untuk ke hujung katil. huhu~

Lepas ini makin banyaklah picture Emir dalam ini dengan pelbagai aksi comel dia.
Tunggu ok. Bai!

Car Pool bermula~

Salam pagi semua~

Alhamdulillah, dikurniakan kesihatan dan rezeki pagi ini untuk bernafas dan beribadah kepadaNya. Dan pagi ini say beriya-iya mengajak suami 'car pool' pergi kerja. Drive satu kereta sahaja setiap hari untuk eprgi kerja. Memang boleh menjimatkan belanja. Kebetulan pula bulan ini 'sakiti sedikit sebab bulan lepas saya ada ambil unpaid leave di company lama. Kerjapun hanya setengah bulan. Gaji yang dapatpun seciput sahaja. Hanya cukup untuk bayar duit kereta dan juga yuran nursery Emir. Yang lain-lain itu terpaksalah korek tabung. Nasib baik memang ada prepare 'tabung' (duit safety).

Tempat kerja baru belum masuk gaji lagi sebab masukpun separuh bulan sahaja. Bulan depanlah ada pendapatan lebih sikit buat cover yang 'kurang' bulan ini dan juga isi balik 'tabung'. Sekarang ini kalau ikutkan memang betul-betul berjimat sebab pergi kerja tak perlu bayar tol. Dulu kalau pergi kerja di PJ, budget untuk bayar tol sehari RM3.20. Kalau sebulan ada 22 hari bekerja, maka sebulan adalah dalam RM70.40. Itu baru sebulan, kalau setahun dah RM844.80. Fuhh, banyak rupanya portion kena bayar setahun. So, sekarang tak perlu sediakan budget untuk bayar tol. Penggunaan petrolpun lebih menjimatkan sebab bila car pool, saya dan suami hanya drive satu kereta sahaja.

Planning nak car pool sahaja setiap hari kecuali kalau suami kena pergi vendor. Kebetulan pula di company baru ini tak ada bagi parking lot. Macam free parking sahajalah. Siapa cepat. dia dapat parking depan. Kalau lambat kena parking jauhlah kan. Tak perlu pakai sticker kereta macam company lama dulu. Bila fikir balik elok juga saya pilih untuk kerja 8.30 sampai 5.30. Saya boleh hantar suami pergi kerja dahulu (sebab office dia masuk office pukul 8.00 pagi) sementara balik pula saya boleh jemput dia sebab saya balik awal (suami habis waktu kerja pukul 5.45 petang). Memang ada hikmahnya.

Ok lah, setakat itu sahajalah cerita saya pagi ini. Lain kali kalau ada gambar saya tepek sekali. Rindu nak berblogging macam dulu-dulu.

Tuesday, October 30, 2012

Emir Ikhwan di usia 5 bulan

Salam korang..

Malam tadi Emir Ikhwan tidur sangat awal. Menjelang maghrib dia sudah zzzzzzzzzz...
Memang mama dan babah senang hati sebab dapat buat kerja rumah dengan tenang tapi menjelang 2 pagi dia dah mula 'segar'. Dia bangun untuk menyusu tapi selepas habis menyusu dia buka mata luas-luas. Melilau pandang kiri kanan dan tangannya pula melibas-libas ke atas dan ke bawah. Kalau kena muka, sakit juga. Kuat betul tenaga anak bujang mama.

Untuk elakkan dia terus bangun, mamanya yang bijak ini terus tutup lampu tidur. Bila sudah gelap, diapun senyap. At mama dia yang 'padam' dulu. Pukul 4 pagi dia bangun lagi. Bagi susu lepas itu dia menjerit. Rupanya angin sendawa tak lepas keluar. Babah dia pula take over tenangkan si kecil itu sampai dia tidur semula. Finally pukul 5.30 pagi dia bangun tanpa tidur semula.Lepas solat, sayapun terus tukar pampers dia. Rupanya dia tak selesa sebab pampers dah penuh sangat. bukan setakat air kencing, najispun ada sekali. Kira macam complete package la. Entah bila dia membuangpun mama tak sedar.

Mulai hari ini mamalah yang akan send dan fetch dia ke taska. Sebab mama masuk kerja lewat daripada babah tapi balik awal daripada babah. Oklah, itu sahaja nak update hari ini. Bai!





Oh ya, progress Emir Ikhwan.
Bila masuk 4 bulan dia dah mula nak meniarap. Hari pertama dia cuba meniarap ialah pada 10hb Sept. Tapi sekali itu sahajalah dia cuba. Lepas itu dia dah tak nak cuba meniarap. Kita pula kena tiarapkan dia. Bila dia tiarap, pandai pula dia pusing terlentangkan badan dia.

Masuk 4 bulan setengah, dia dah pandai nak meyulur ke depan. Mula-mula dia menyulur berpusing 360 darjah. Lama-lama makin expert ke depan pula dia meyulur. Lepas itu bila hujung-hujung usia 4 bulan, dia dah pandai angkat-angkat bontot.

Masuk 5 bulan, dia dah pandai nak merangkak sikit-sikit. Merangkak ala-ala ulat beluncas. Sangat sweet. Sekarang ini dah makin laju. Kakipun dah diangkat lurus-lurus. Lagi seminggu lebih nak masuk 6 bulan. Tak sabar nak sediakan solid food untuk Emir. Babah dah beli biskut untuk Emir.




Monday, October 29, 2012

New Job

Salam korang..

Masuk hari ini sudah seminggu saya meniggalkan dunia kerja di PJ. Bermakna seminggu jugalah saya memulakan hidup baru di Rawang. Yeah, sememangnya segalanya nampak begitu asing tetapi saya cuba sedaya upaya sekuat tenaga untuk 'cope' dengan suasana kerja baru yang jauh lebih mencabar berbanding dahulu. Setiap hari saya berdoa agar dipermudahkan urusan kerja saya di tempat baru ini.

Sesekali rindu juga dengan kerja yang lama tetapi tiada apa yang boleh buat saya berpatah balik ke sana. Di sini segalanya ada. Malah syukur ke hadrat illahi bila mana bekerja dengan syarikat milik orang tempatan maka mereka lebih memahami. Bila raya, mana-mana yang akan menyambut perayaan akan diberikan gaji secara advance.  Semua cuti yang diisytiharkan oleh kerajaan negeri Selangor diambil. Tidak perlu diganti pada hari lain. So, cuti memang boleh dikatakan 'mewah'.

Tapi, semua itu harus ada galang gantinya, bila mana kerja berlandaskan 'target'. As long as capai target, tak perlulah OT. Tapi, bilamana kerja belum capai target, kenalah OT untuk siapkan. OT percumalah kan. Colleague di sini juga amat-amat friendly. Harap-harap saya mampu menjadi pekerja yang cemerlang dan bertahan di sini selagi mampu.

Ok lah. Itu sahaja update saya kali ini daripada tempat baru.
Best sebab di sini boleh update blog.
=)
Bai!

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Raya AidilAdha 1433 Hijriah

Salam korang..
Ni gambar masa raya tahun ini.
Oleh kerana kali ini tak beraya di Kedah, sempatlah saya beraya sekejap di Puchong.
Tahun ini tema untuk keluarga kecil saya hijau pucuk pisang.
Manakala keluarga kecil Aida pula ialah ungu tapi si kecil Aliya dah tukar baju.
Sepatutnya lengkap satu Family.
Tapi masa ini adik bongsu pula tiada pula masa ini.
Sibuk pergi beraya dengan kawan-kawan dia.
Kami sepatutnya ada 12 orang.
Tapi hanya cukup 11 orang sahaja dalam gambar.
Tahun depan tak dapatlah beraya bersama satu keluarga besar sebab keluarga Aida akan terbang ke Sabah.

So, bolehlah saya ucapkan in advance, Selamat Hari Raya Aidiladha semua.
Tahun ini balik kampung di Ajil, Terengganu.
Misi utama ialah membuat aqiqah untuk Emir Ikhwan.
Ok bai!

Monday, October 15, 2012

Doakan saya ye kawan-kawan~

Salam korang.

 

Ngantuknya petang ini. Erm, rasanya saya perlukan supplement untuk hilangkan rasa mengantuk, lemau, tak bertenaga ini. Sejak ada anak ini tidur memang tak pernah cukup dah. Tu yang end up dengan mengantuk di siang hari lagi-lagi bila kerja asyik menghadap PC. Dulu time belum pregnant dan belum menyusu anak, bolehlah menelan air nescafe atau coffee untuk hilangkan rasa mengantuk. Tapi, sekarang masih lagi menyusu Emir. Baru 5 bulan. Kalau boleh, nak meyusukan Emir sampai usianya cukup 2 tahun. Doakanlah kejayaan saya ye kawan-kawan.

 

Minggu depan saya akan memulakan career di tempat baru. Besarlah harapan dan doa saya supaya saya diberikan ruang dan masa untuk mengepam susu di tempat baru nanti. Harap-harap management sana memahami ibu-ibu menyusu seperti saya ini. Doakan juga ye kawan-kawan.

 

Setelah hampir 4 tahun sebulan saya bertapak dan mengukuhkan kerjaya di company sekarang, akhirnya saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal dan akan menghadapi cabaran kerjaya baru di tempat baru. Walaupun bidang kerja adalah lebih kurang dengan kerja sekarang, tentulah ada perbezaan kan.  Macam-macam rasa bercampur-baur dalam hati saya sekarang ini. Sedih nak tinggalkan rakan-rakan seperjuangan di tempat sekarang dalam masa yang sama teruja untuk ke dunia baru. Saya harap saya mampu untuk berkhidmat di tempat baru nanti dengan cemerlang. Doakan saya lagi ye kawan-kawan.

 

Ok bai!

Thursday, October 11, 2012

Perihal Hukum Memotong Kuku pada hari tertentu~

Salam korang..

 

Hari ini dah khamis. Erm, bercerita pasal hari khamis, pernah dengar tak pasal hari-hari dalam seminggu yang digalakkan memotong kuku dan juga yang dilarang memotong kuku. Hari Isnin, Khamis dan Jumaat hari yang paling digalakkan memotong kuku manakala hari selain daripada itu pula tak digalakkan kerana ia berkait dengan kepapaan. Rupanya itu semua tak pernah wujud beb. Selepas dibuat sedikit research sebenarnya tak ada satupun hadis Nabi SAW yang menceritakan perihal memotong kuku ini.  

 

So, dalam erti kata lainnya bila-bila haripun korang boleh memotong kuku. Asal korang teringat nak potong sahaja, terus ambil pengetip kuku dan terus potong. Tak perlulah nak menunggu hari Isnin, Khamis atau Jumaat lagi. Ampun hambaMu ini Ya Allah sebab selama ini ‘percaya’ dengan perkara yang tak wujud. Kesimpulannya, selidik dahulu sebelum percaya akan sesuatu perkara apatah lagi bila nak mengamalkannya.

 

 

Monday, October 8, 2012

10 hari lagi~

Salam korang.

 

Alhamdulillah, hari ini dahpun 08hb October. Lagi 10 hari saya akan bernafas di PJ sebab selepas ini saya akan menukar haluan terus ke Rawang. Kalau balik kampung di Puchong baru lalu PJ ini. Takpun bila nak membeli barangan keperluan Emir di Babyland baru akan singgah di PJ. Saya akan merindui company tempat saya bekerja sekarang.  4 tahun saya diberi peluang untuk menabur bakti, menggali segala ilmu pengetahuan dan mengumpul pengalaman bersama rakan-rakan seperjuangan yang bersilih ganti sebenarnya sejak saya masuk hinggalah sekarang.

 

Dulu, masa saya masuk company ini, group kami masa itu terdiri daripada Noguchi sebagai GC, Hassrul sebagai GL, Shaiful dan Shahida sebagai CH (masa itu Shahidapun dah nak berhenti). Selain itu, ada Lily(pun nak berhenti), Jojo, Ita, Ros, Iffah dan Mazilah.  Saya dan Mazilah menggantikan Lily dan Shahida. Seterusnya Amir, Awei dan Fiey pula masuk selepas saya. Selepas itu, Tini diserap masuk daripada MSupport ke group kami. Kemudian, menjelang April 2009, Tooling group berpindah department membawa bersama clerk, Najiha. Adibah sahaja yang masih lagi dalam group sehinggalah diapun berhenti untuk sambung degree tak lama selepas itu. Adibah clerk hanya dapat pengganti pada bulan 11, 2009. Kemudian, Tini pula berhenti kerja pada hujung tahun 2009. Kehilangan Tini telah diganti oleh Nina yang masuk pada bulan 3, 2010. Ros pun berhenti juga pada bulan 6, 2010 tapi tak sure pula ada ganti ke tidak time tu. Sebelum Fiey pula berhenti selepas itu. Lepas Fiey berhenti, tempat dia digantikan oleh Aina. Tak lama selepas itu Haryati clerk(berhenti bulan 7,2011), Nina(berhenti bulan 12,2011) dan Amir berhenti(bulan 1,2012). Clerk baru ditambah pada bulan 9,2011 sebab workload clerk makin banyak. Tapi tak lama lepas itu Norul clerk berhenti pula pada bulan 2,2012. Oh ya, tempat Nina dan Amir telahpun digantikan oleh Emerizer dan Birun pada awal tahun 2012. Tak lama selepas itu, Ita dan Iffah pula berhenti sebelum orang terakhir berhenti ialah saya sendiri. Kami bertiga akan diganti oleh 2 staff baru. Sekarang ini dalam proses mencari calon-calon. Kalau tak ada aral akan dapat jawapan sebelum saya officially berhenti minggu depan. Dalam masa 4 tahun ramai yang keluar masuk group kami. Tapi, orang-orang lama masih kekal di sana. Harap-harap mereka akan kekal di sana sampai beberapa tahun lagi. Senang nak tahu update group kan. Heh heh~

 

Oklah, nanti saya update lagi. Bai!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics