Followers

Monday, January 9, 2012

Makan Seafood di Pantai Jeram

Salam korang!

Hari Isnin sudahpun hampir ke penghujungnya. Lebih kurang sejam 15 minit lagi waktu office akan tamat. Lega Monday Blues berlalu pergi. Dalam masa yang sama kerja-kerja tertangguh berjaya diselesaikan sampai sudah tiada kerja untuk dilakukan hari ini. Hanya tunggu waktu pulang. Hujung minggu kali ini tidak sepadat minggu-minggu sebelumnya. Sabtu hanya membeli sedikit buah-buahan di pasaraya dan membawa pulang ke rumah family saya di Puchong. Cuaca agak terik sampai dalam rumah terasa bahangnya. Kipas yang berpusing ligat tidak berjaya menghalau haba. Kami sekeluarga hanya lepak sambil melayan siaran TV. Petang sedikit, family kakak sayapun sampai. Kami tak sabar nak jumpa anak buah Aliya. Makin ligat Aliya sekarang ini.

 

Petang selepas asar saya masak lauk kuah sardine. Kakak bawa ayam golek seekor manakala kuah lemak sayur petola yang dimasak sehari sebelum itu masih banyak. Selepas makan, teruskan aktiviti menonton TV sampai malam. Dalam pukul 9.00 macam itu, semua orang dah masuk bilik masing-masing. Ayah dan emak keluar pergi minum di kedia mamak. Kakak, abang ipar dan anak buah, Aliya balik ke rumah mereka. Manakala saya dan suami terus masuk tidur. Entah kenapa rasa penat sangat sampai kami bangun solat Isyak pukul 5.00 pagi. Huhu.

 

Hari Ahad sudah ada perancangan untuk pergi makan seafood di Pantai Jeram. Saya dah suami mengajak seluruh ahli keluarga saya untuk pergi makan tengahari di sana. Pukul 9.00 pagi baru nak mulakan hari dengan menggoreng nasi goreng. Pukul 11.00 semua orang sudah berkumpul untuk sama-sama bertolak ke Pantai Jeram. Saya dan suami, kakak dan abang ipar bersama Aliya, mak dan ayah saya, abang saya sendiri Bangpes dan dua adik lelaki saya, Atan dan Alif. Penuh 2 kereta untuk mengangkut kami seramai 10 orang. Perjalanan mengambil masa sejam. Pukul 12 kami sampai tempat dituju. Lauk-lauk yang kami order ialah ikan siakap masak 3 rasa (sedap sangat), ikan bawal masam manis (sedap gak cuma mak kata rasa nenasnya kuat sangat), pari bakar( sedap kot..saya tak rasa), pari masak asam pedas (tapau bawa balik), sotong goreng tepung, telur bungkus (untuk Bangpes), kalian ikan masin (sedap woo), kangkung masak belacan (sedap tapi tak habis daa), tomyam campur,kerang bakar dan kerang rebus cicah sos. Kami order nasi untuk makan 14 orang (tapi nasi dia sikit sebenarnya tak cukup untuk 14 orang tapi ngam-ngam untuk 9 orang makan). Air pula kami order 2 jag jus tembikai, sejag jus oren, sejag ais kosong dan juga secawan the tarik untuk ayah. Harga untuk makan-makan hari tu agak berbaloi. Lebih kurang RM250 untuk 9 orang. Aliya tidak masuk dalam senarai sebab dia tak makan sangatpun. Lupa nak cakap, nama restoran yang kami pergi itu ialah Aroma Ikan Bakar.Heh~

 

Kami bertolak pulang kira-kira pukul 1.30 petang. Sampai di rumah sejam kemudian. Hampir semua orang terus tidur selepas itu termasuklah si kecil Aliya. Hanya saya, mak dan bangpes masih boleh bertahan. Bangpes buat air jus epal atas permintaan mak. Saya pula potong buah jambu batu untuk makan cicah dengan kuah pencicah yang adik Alif beli masa balik dari Kedah tempoh hari. Layan 2,3 potong buah sampailah si kecil aliya bangun. Bila dia sudah bangun terpaksalah mengangkut buah jambu dan epal ke dapur. Kalau tidak berpestalah dia nanti. Layan pula Aliya bermain sampai naik letih. Lepas solat Asar, saya dan suami bersiap untuk balik ke Selayang. Dalam pukul 6.30 kami bertolak. Tapi, kami singgah di OU. Tujuan utama ialah menukar bateri jam tangan suami. Tapi, selepas itu kami terus Maghrib dan dinner di sana. Dinner ikut permintaan saya (mengidamkah?). Saya mahu makan burger besar. Jadi kami masuk ke Charls Jr. Alhamdulillah, sedap betul burger ‘Famous Star’ with cheese. Lain kali mesti nak lagi.

 

Lepas makan, kami terus balik rumah. Selepas mengemas apa yang patut dan solat Isyak saya terus membuta. Mengantuk sangat rasanya. Berakhirlah hari minggu saya untuk kesekian kalinya.

Ok bai!

 

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics