Followers

Friday, January 28, 2011

White Coffee pilihan korang untuk pagi yang segar?

Pagi-pagi sampai office mesti kena buat air White Coffee.
Rasa dia sedap ohh..memang takleh banding dengan yang lain.
Ada 2 jenis/brand Whit Coffee yang kusuka dan kalau korang nak cuba ku suggest yang 2 jenis itulah.

First,
Old Town White Coffee Original 3 in 1.
Rasa dia memang terbaik dari ladang. Tak berapa nak pekat sangat tapi kaw punya. Tapi harganya memang agak mahal sikitlah. Tapi lebih murahlah kalau banding dengan Pearl Kacip Fatimah dan Alicafe Coffee. Jangan tanya berapa harganya sekarang sebab erk sayapun tak berapa nak ingat. Lama sudah tak layan ini coffee sebab hati dah terpaut pula dengan 2nd choice of White Coffee. Apakah ia? Jom baca next perenggan pula.

Second,
Nescafe White Coffee 3 in 1.
Entah macam mana saya jatuh hati dengan kelazatan air ini. Kadang-kadang dalam sehari boleh minum 2 pack. Huh, tapi yang pasti apa yang buat saya lebih tertarik ialah harganya yang jauh lebih murah daripada Old Town White Coffee. Itu sebablah saya dah lama pencen minum Old Town White Coffee.

Even ada yang meragui keHALALan Old Town Cafe, saya percaya produk yang 3 in 1 keluaran mereka punya memang mendapat status HALAL. Tak percaya bolehlah korang check sendiri pada packing bag nya di kedai/pasaraya. Saya ingat lagi memang ada logo HALAL. Lagipun Old Town Cafe mungkin susah nak apply HALAL untuk semua menu yang disediakan di cafe nya tapi untuk 3 in 1 coffee semata mungkin tak ada masalah sebab senang nak control kan.

So, tak payahlah susah-susah nak ragu-ragu itu semua sebab status dah disahkan HALAL. Kalau dorang tipu, dorang yang terlibat bagi status HALAL itulah yang bertanggungjawab di akhirat kelak. Kalau semua perkara nak diragukan keHALALannya maka kurus keringlah kita tak makan. Takpun, semua orang kena bertani, berkebun, menjadi penternak haiwan. Lepas itu kena pandai masak, sembelih haiwan sendiri dan lain-lain. Mari kembali ke zaman PURBA. Confirm HALAL punya kalau segalanya kita buat sendirikan.

Ok, dah penat membebel.
Jangan lupa terjah blog saya yang satu lagi http://www.noorafzan.com/
Bai!

Thursday, January 27, 2011

Pengalaman ngeri : Dibuli di jalanraya!

Salam korang.
Ok, semalam balik dari kerja saya ada shout pasal ini. Geram sangat bila fikir balik. Sebab yang tukang buli itupun drive kereta Kancil sahajapun tapi berlagak macam bawa Ferrari. huh!
geram sangat terus shout kat FB!

Alkisahnya semalam macam biasa saya drive nak balik kerja. Lepas trafik light saya masuk simpang kanan, then kiri. Masa inilah saya perasan ada Kancil Silver belakang saya. Tapi masa itu saya rasa tak ada apa yang pelik. Sehinggalah tiba di hujung simpang 3 yang agak sibuk. Saya nak ke simpang kiri. Tapi punyalah banyak kereta yang lalu dari simpang kanan. Dengan motor, kereta yang tak reti bagi signal awal-awal. Tiba-tiba kereta kancil yang masih dibelakang saya bunyikan hon banyak kali. Ini jenis tak sabar punya orang. Dan jenis tak berapa sayang kereta. Agakya ada 10 kot kereta kancil dia di rumah itu. Tak menyempat-nyempat nak keluar simpang.Saya biarkan sahajalah. Alaa..bukan matipun kena hon kan.

http://i1.lelong.com.my/Malaysia/-0808-05-COMMANDOSS@11.jpg
Kancil oh kancil!

So bila saya rasa jalan dah clear, saya pun keluar simpang. Dan dia ikut follow di belakang saya untuk masuk simpang kanan pula. Insiden ngeri tak berapa ngeri berlaku selepas itu (di lorong itu telah ditakdirkan hanya ada kereta saya dan kancil itu sahaja sampai hujung simpang). Mula-mula dia cucuk-cucuk kereta saya. Lepas itu dia cuba nak memotong. Bila dah dapat memotong dia slowkan kenderaan dia dan saja nak brek brek mengejut.

BODOH punya a**k tua! Dahlah jenis tak sabar, bodoh sombong, berlagak tak bertempat lepas itu sengaja nak buli saya yang masih lagi berstatus P di cermin kereta depan belakang. Fine, saya tak secekap dia untuk keluar simpang dengan pantas lagi bergaya tapi apa salah saya untuk dia buat saya macam gitu!Saya tak bawa kereta secara merbahaya, saya tak melanggar peraturan jalanraya.

Rasa rugi pula sebab tak ambil nombor plat kereta kancil tersebut. Kalau jadi lagi memang saya terus adukan kepada POLIS. Geram bila ingat-ingat balik. First time tu kena buli di jalanraya. Korang pernah kena buli tak? Cerita la sikit kat saya ini?

Wednesday, January 26, 2011

Tahap kesihatan kulit makin teruk : Punca?

Salam korang!

Last time saya ada cerita pasal masalah kulit yang saya alami selepas pakai sabun slimming. Erm, saya memang stop terus bila ada kesan sampingan dan teruslah jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Kulit itu aset. Lagi-lagi dah nak kahwin tak berapa lama sahaja lagi.

Masa jumpa doktor itu dia tak dapat nak pastikan apakah jenis infection yang saya alami. So, dia just bagi ubat untuk kurangkan bengkak, kurangkan gatal dan kurangkan sakit. Saya makanlah ubat itu ikut jadual dan lama-lama infectionpun berkurang tapi bila salah satu daripada ubat yang doktor bagi habis, saya terus makan sahaja ubat lain (lagi 2 jenis ubat).

Tiba-tiba naik lagi infection ala-ala ruam. Kali ini macam lebih teruk tapi sampai ke sekarang saya tak berkesempatan untuk ke klinik berjumpa doktor. Bila saya tengok makin teruk ini saya mula risau dan akan ke klinik juga hari ini. Busy tak busy tetap nak pergi jumpa doktor. Risau juga takut ada sakit lain kan.

Dalam keadaan macam ini tiba-tiba saya teringat seorang sahabat yang telahpun dijemput Illahi semasa semester 2 tahun 1 di UTM dulu. Sahabat ini rakan sekelas saya dan dia meninggal dunia akibat barah kulit. Uuu..semalam memang rindu betul pada dia. Teringat masa saya dengan dia terpaksa menaiki tangga tinggi untuk ke kelas. Dek kerana dia tak larat, saya dan dia berhenti beberapa kali sebelum berjaya sampai ke puncak tangga. Kesan penyakit dia itulah yang menyebabkan badan dia lemah dan kulitnya jaid kering bersisik. Tapi saya kagum dengan ketabahan dia sebab dia tetap gigih untuk ke kelas dan belajar walaupun sakit.

Tapi segalanya berakhir bila dia jatuh sakit dan terpaksa di hantar ke hospital. Itulah kali terakhir saya bersama dia dan selepas itu dia terus balik kampung. Dan khabar sedih kami terima pada 14hb Februari bila salah seorang kawan kami mendapat mesej daripada keluarga Allahyarhamah memberitahu pemergian Allahyarhamah ke rahmatullah. Semoga roh Allahyarhamah Farah Zuria dirahamati Allah SWT.

Harapan saya sakit saya ini hanya sakit biasa. Dan akan sembuh secepat mungkin. Doakanlah ye kawan-kawan.

Jangan lupa terjah blog saya yang satu lagi http://www.noorafzan.com/
Ok, bai!

Tuesday, January 25, 2011

Internet free guna handphone!

Salam korang!

Selamat tengahari beb. Lately saya rasa macam dah tak boleh nak komited dengan blog. Sebab priority goes to others. So, maaflah kalau kawan-kawan terasa saya tak membalas kunjungan korang. Bukan tak nak balas tapi kesuntukan free time. Lately tidur memang awal sebab penat kerja siang. Pukul 10 dah mamai. hohoh.

Ditambah pula dengan tarikan Aliya Batrisya setiap kali Mak Uda nya ini balik kerja. Langsung tak sentuh PC seperti biasa lepas balik kerja sebaliknya terus terjah baby Aliya. Rindu padahal hari-haripun jumpa. Tak dapat bayangkan bila baby Aliya, mama dan papa dia berpindah pulang ke rumah mereka semula nanti. Tentulah rasa sunyi, sepi. Dan mungkin masa itulah saya akan jadi aktif sikit berblogwalking sebab dah tak ada tarikan Aliya di rumah.

Oh ya, bercerita pasal tajuk saya dapat surf internet free guna handset W660i saya ini. Err..free itu bukan sebab memang free tapi sebab incik tunang kacak lagi bergaya (kena amik hati kaw kaw punye!) yang sponsor bayar internet fees under pakej 100MB for RM18/bulan. Alaaa..berapa sangatlah yang saya pakai sebab blog tak boleh nak buka guna handset ini. Setakat boleh baca akhbar online, FB, Twitter dan juga buka email. Tak puas kot nak layan surf dengan skrin yang kecik cenonet macam itu.
Tapi, apapun bersyukur sebab dapat jugalah nak online kan.

Entry ini memang nak dedicate to incik tunanglah sebab sponsor internet fees plus phone bill saya selama ini. Walaupun penggunaan internet dan phone saya tak berapa banyak tapi memang berbaloi pakai pakej under dia. Saya kalau nak call dia memang free sahaja sebab saya subline dia. So, memang jimat habislah sebab saya punya kredit prepaid dulupun banyak habis untuk call/mesej dia.

Korang kalau kredit/bill banyak habis untuk korang punya orang tersayang memang saya suggestkan guna postpaid plan. Tak kisahlah Maxis, Digi ataupun Celcom asalkan korang leh call orang tersayang itu for free. Jimat beb!

Jangan lupa terjah blog saya yang satu lagi, http://www.noorafzan.com/ ye.
Ok, bai!

Monday, January 24, 2011

Pengumuman :Saya sayang kedua-duanya!

Salam korang!

Sayang kedua-duanya? Jangan main-main. Mana boleh sayang dua-dua. Kena setia pada yang satu sahaja. Tapi masalahnya memang saya sayang kedua-duanya dan ambil keputusan untuk 'nak' kedua-duanya. Tamak haloba betul kan. Tapi nak buat macam mana. Sayang punya pasal kan. Apapun sanggup.

Tajuk dan mukadimah tak nak tak saspen. Tapi korang janganlah salah faham. Ini bukannya nak curang ke hape sebab saya ini setia orangnya. Ngeh ngeh. Betul! Saya sebenarnya sayang pada kedua-dua blog saya. Yang itu wordpress selfhosted dan juga yang ini blog blogspot. So, saya decide nak mantain kedua-dua blog. Cuma saya nak fokuskan blog ini sebagai blog peribadi dalam erti kata lainnya semuanya cerita saya, family saya, life saya dan segala-galanya tentang saya termasuklah juga pasal cerita pasal preparation kahwin. Manakala blog wordpress selfhosted pula akan saya jadikan tempat untuk mengulas isu semasa, cerita lain atau dalam erti kata lainnya cerita yang bukan peribadilah. heh!
http://4.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TSCbpQ-I8eI/AAAAAAAAFPo/yIYpZuvii6E/s1600/curang.jpg
topik kita bukan pasal lelaki(seperti dalam gambar) tapi pasal blog.

Mulai esok kot saya akan mula melaksanakan perancangan ini. Tapi prority saya buat masa ini tentulah goes to this blog. So, blog ini akan lebih kerap di update daripada blog blogspot itu.

So, good luck for you noorafzan!

Berphotoshoot di hujung minggu!

Salam korang!

Nervous pertama kali saya nak berphotoshoot dengan incik tunang.Ye, kami dapat free pre wed photoshoot. Seronok tapi sebab ini first time maka perasaan dah bercampur baur.  Sebelum ini cuma pernah ada pengalaman menemani kakak dalam sesi maternity photoshoot sahaja kira-kira 3 bulan lepas. Semalam, 4+1 photographer complete sekali dengan bantuan reflector dan diffuser. Mereka adalah photographer company tempat incik tunang kerja.

Tema photoshoot kami warna merah.
Entah kenapa encik tunang suka pula dengan warna merah. Dia kata baru nampak meriah dan merah itu menyerlah. So, photoshoot semalam memang meriahlah kan. Dengan cuaca yang amat baik dan panas matahari mencengkam kulit muka. Terpaksalah bersabar dan senyum semanisnya semata-mata untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Tema kawen warna merah ke?
Tidak. Bukan sebab tak suka warna merah tapi sebab tema itu sudah digunapakai kakak saya. Warna feveret saya itu. Memang kena betul sebenarnya warna kulit saya dengan warna merah. Tapi nak buat macam manakan. Terpaksa pilih warna lain. Warna apa? Tungguuu..masih rahsia.

Hasil photoshoot.
Kena bersabarlah sebab sayapun tak dapat tengok lagi. Ngeh ngeh. Nanti kalau dah dapat saya share di sini ok.

Ok, tu sahaja update saya kali ini.

Jangan lupa kengah blog wordpress selfhosted saya di http://www.noorafzan.com/

Thursday, January 20, 2011

Sepupuku Mohd Faiz meninggal dunia : Al-Fatihah

Salam korang!
Update lagi satu entry pula. Itupun kalau ada yng sudi baca.
Semalam masa lunch break hampir nak tamat sayapun buka FB. Dok tengok update-update terkini rakan-rakan FB. Tiba-tiba mata ini tertancap pada tulisan ini;

Daripada pukul 10.41pagi salah seorang sepupu saya juga post berita sedih ini di FB. pukul 1.00 tengahari baru saya dapat tahu.
Terus saya call family saya di rumah untuk bertanyakan berita terkini. My sis kata Allahyarham masih di Hospital. So, saya ingat nak pergi lepas office hour tapi balik sahaja ke rumah family members saa semua tak ada.Rupanya mereka dah pergi menguruskan jenazah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Semoga roh Allahyarham Mohd Faiz bin Mohd Yussof tenang di sana dan dicucuri rahmatNya.
Takziah buat keluarga Allahyarham terutama maknya. Dah lah sedang sakit tiba-tiba pula dikejutkan dengan pemergian anak ke alam kekal abadi.
Itulah namanya ajal dan maut itu semuanya ketentuanNya. Umur Allahyarham baru nak masuk 30 tahun tapi siapa sangka Allahyarham yang dijemput dahulu olehNya. Menurut Mummynya Allahyarham meninggal akibat sakit paru-paru berair.
Harap Mummy tabah hadapi ujian Allah SWT ini.
k, bai!

Jangan lupa baca update terbaru blog wordpress selfhosted  saya di SINI

Wednesday, January 19, 2011

Dah kahwin ke belum?

Lama sudah tak update sini. Last post pun pasal perkahwinan Lan. Sampai ramai pula yang ingat saya dah hampir tarikh untuk berkahwin.

Yup, memang this year saya akan bertukar status tapi macam awal sangat sahaja untuk diceritakan. Kitapun tak tahu untung nasib kita even seminit daripada sekarangpun. Masa depan itu milik Allah SWT kan. Apapun tentulah saya mengharapkan segalanya mengikut apa yang kami plan kan.

Long Haffiz dan Vio antara yang concern. TQ guys!

Buat yang concern tu janganlah risau sebab saya takkan lupa untuk menjemput korang ke hari bahagia saya nanti. Terpulanglah kepada korang sama ada nak attend ke tak. Hehe.Tapi kena tunggu kad siap dahululah. Ok, kad pun belum buat lagi. So, korang boleh bayanglah kan tarikh kahwin saya bukanlah dalam masa terdekat. Ada yang saya sudahpun bagitahu exact date tapi unofficially lagi-lagi pada orang yang jauh-jauh tu. Yang dekat-dekat ini dalam 2 bulan sebelum tarikh barulah saya announce. Boleh?

Oh, ye persiapan memang dah banyak dibuat. Rasanya lebih 50% completed. Alhamdulillah.

Jangan lupa baca update terbaru blog wordpress selfhosted  saya di SINI

Friday, January 7, 2011

Gambar perkahwinan Azlan and The Typewriter

Salam Jumaat korang!


Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Hari tu saya ada cerita pasal Perkahwinan Azlan from Azlan and The Typewriter pada 01.01.2011 lepas. Masa itu memang tak jumpa langsung gambar perkahwinan dia di alam maya. Yang adapun gambar semasa majlis pertunangan. Frust jugalah kan tak dapat nak tengok saat-saat indah dorang kan. Saya dah jumpa gambar perkahwinan dorang tahu.

 Klik link di bawah  ini ye untuk untuk tengok gamabr-gambar perkahwinan dorang!

Azlan and The Typewriter sudah berkahwin : Versi bergambar 

Hadiah Tahun Baru 2011 iaitu Special Watermark dan PhotoFrame!

Salam korang!


Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Tadi update pasal lebam-lebam. Kali ini pula nak cerita benda best pula. Kelmarin saya terjah blog Nadia Ar Rumaisha dan beliau dah publishkan hadiah tahun baru untuk saya. Wahh..hadiah apa yang sampai kena publish di blog ye? Haa..of course la watermark special. Bukan saya seorang sahaja tapi ramai lagi yang dapat watermark ini. Rajin kan dia.

 Klik link di bawah  ini ye untuk untuk baca lagi ok!

Pipiku lebam kena belasah?

Salam Jumaat korang!


Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Nak dijadikan cerita hari selasa ku macam biasa pergi kerjalah kan. Tapi pagi itu entah macam mana pipi rasa macam gatal. So, kupun gosok-gosok ala-ala manja gitu. Tak kuat pun. Sayang tu kulit muka. Aset berharga walaupun blackhead kemain susah nak hilangkan. fuuu.. Lepas itu kan....

Klik link di bawah  ini ye untuk untuk cerita lanjut!



Wednesday, January 5, 2011

Masalah Minyak masak : selesai minggu depan!

Salam Satu Malaysia.


Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Kan saya sudah cakap. Isu minyak masak ini takkan berhenti beb. Terbaru memang kecoh satu Malaysia pasal minyak masak yang tak cukup di pasaran. Isk isk macam manalah benda ini boleh terjadi. Orang kita kan kebanyakannya tak boleh dengan rumours bukan-bukan lagi-lagi kalau bab-bab barang naik harga. Bila dengar sahaja, confirmlah akan panik semacam lepas itu terus borong satu kedai sebab rasa  rugi tak beli sekarang. Kalau boleh nak beli stok yang boleh tahan sampai setahun dua. hehe~

 Klik link di bawah  ini ye untuk untuk baca komen saya pasal isu ini!

Masalah Minyak masak hilang : selesai minggu depan!

Tuesday, January 4, 2011

Isu Harga minyak masak : Naik ke?

Salam Satu Malaysia.

Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Sejak 2,3 hari lepas ramai duk kecoh pasal Minyak masak habis di pasaran. hmm..dan dengar khabar angin pasal harga minyak masak akan naik. Lepas itu keluar berita yang harga minyak tidak akan naik dalam masa terdekat ini. Cuba korang flashback balik masa isu gula tengah hot dahulu. Korang mesti ingatkan kronologi isu itu sampai akhirnya harga gulapun naik. Adakah harga minyak masak akan naik juga?

 Klik link di bawah  ini ye untuk untuk baca komen saya pasal isu ini!

Isu harga Minyak Masak : Akan naik juga?

Ok, bai!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics