Followers

Wednesday, August 18, 2010

Award Tag ke 5 June : Blogwalking Award

Salam sejahtera.
Award ini sudah lama saya terima daripada Dila is Azie.
Bulan June lepas tetapi oleh kerana tak tahu nak tag siapa maka saya delay sampailah hari ni.
Itupun nasiblah siapa yang kena tag itu kan.

Blogwalking ialah satu cara yang efektif untuk memperkenalkan blog kita kepada blogger- blogger lain.
Dan satu kaedah yang senang untuk meningkatkan trafik blog kita tapi paling mengambil masa sebab kena jalan-jalan ke banyak blog kan.
Saya tak sure pula siapa yang create Award ini.
Tapi ini satu penghargaan lah kepada blogger-blogger yang gigih blogwalking.
Saya? blogwalking juga tapi tak sekerap dahulu.
Dan tumpuan hanya kepada bloglist, blog post comment dan juga shoutbox.
huhu~

So, inilah dia award yang diwarwarkan.
Walaupun blogwalking tak guna kaki tapi term 'walking' tu kena dengan simbol 'kaki' dalam award ini.


Untuk layak terima award ini ada syarat-sayaratnya.
6 syarat dibawah mesti dipenuhi sebelum award ini disemat di blog.
layankan apa syarat-syaratnya ye.

1. Apa yang bermain di fikiran you all sekarang?

Nak setelkan award ini sahaja.


2. Apakah nama samaran you all.

Afzan, NoorAfzan, Zan


3. Berikan 3 orang yang paling kamu sayang.

Family
Kawan-kawan
My F


4. panggilan untuk si dia.

awak je..
haha~


5. Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa.

huhu..apa ye?
Saya impikan henset yang boleh wifi dan
boleh ambil gambar plus video je =)



6. Blog mana yang you all suka visit?

blog yang saya suka ialah blog yang ada dalam list di sidebar.
=)


7. Tag kan 15 blogger you all..

kuambil secara drastik terus daripada shoutbox..
Nasiblah siapa yang terkena ye.

Faarihin
PencariCinta
Syu90
Kaizen
Aishahumairah
Dahlia
iktiraf
Mario
Afiq
wunnyy
etuza
reloading
fid
budakbaik
syira


p/s : terima kasih kepada Dila is Azie

Tuesday, August 17, 2010

Semalam yang hangat..eceh macam tajuk lagu pula..

Semalam entah macam mana adalah hari paling mencabar buat sesetengah orang yang bergelar pekerja.
Kenal kan istilah Monday Blues..?
Sesiapa yang ada komitmen sama ada belajar atau bekerja memang sedikit sebanyak tak dapat lari daripada penyakit ini.
Biasanya pada hari Isnin iaitu permulaan hari selepas bercuti 2 hujung minggu.
Simptom seperti malas, mengantuk, letih dan juga seangkatan dengannya akan dihadapi oleh mereke2 yang berkomitmen ini.

Kalau di bulan biasa, kita boleh mengatasi dengan minum air kopi ataupun makanlah apa sahaja bagi menaikkan mood bekerja tetapi bila tiba bulan Ramadhan memang tak boleh makan dan minumlah kan.
Nak berborakpun tak berapa nak larat sebab puasa kan.
So, semalam adalah hari yang agak haru bagi saya sebab daripada pagi membawa ke petang, mata ini berat sangat seumpama ditekan dengan batu.
Sampai saya sanggup ke 'toilet' untuk menutup mata selama beberapa minit.
(Bulan Puasa syaitan semua kena ikat kan. So, toilet tu dah jadi port yang selamat la untuk lepak kot..errr..buleh ke macam tu..? Emergency cases tak apa kan?)
Beberapa minit sahaja. Tak lelappun sekadar nak rehatkan mata yang asyik nak terkatup sahaja.

Tempat lain memang tak boleh sebab memang dilarang keras oleh pengurusan.
Tahun lepas ada yang kantoi tidur dalam surau semasa waktu bekerja.
Biasalah bila bulan Ramadhan semuapun cepat letih. Ubatnya mestilah tidur kan.
Tapi semalam, pukul 9.00 pagi mata dah kuyu apa kes?
Ini semua sebab kes tak cukup tidur.
Pukul 1.00 pagi baru nak tidur dan pukul 4.40 pagi dah kena bangun prepare sahur.
3 jam lebih sahaja masa tidur memanglah tak cukup kan.
hoho~

Adalah kamu-kamu alami situasi macam ini juga semalam?
Kalau ya maknanya kita sekepala la.

Semalam berbuka di KGPA dekat Damansara.
Nanti-nanti saya cerita ya pasal ini.
Memang berbaloi sangat makan sebab banyak pilihan menu.

So, apa yang hangatnya ye?
Topik je yang hangat sebab "Hari Mengantuk Sedunia"lah katakan.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics