Followers

Thursday, April 3, 2014

Masih lagi alahan..

Salam semua..

Hari ni dah khamis. Kadang-kadang rasa macam dah tak ada alahan. Tapi, kadang-kadang tu rasa macam belum cukup normal lagi. Bukan semua makanan yang boleh bau dan bukan semua makanan yang boleh masuk perut. Ada yang bila masuk mulut lepas tapi perut tak suka. Mulalah rasa tak selesa tapi tak nak buang atau membazir makanan yang dah di telan, maka tahan sahajalah rasa tak selesa itu sampailah ia hilang sendiri. Mungkin masa tu makanan tu dah habis dihadam.

Macam semalam ada ketikanya tekak rasa tak selesa sangat menjelang petang. Macam pagi ini, awal-awal pagi dah rasa tak sedap tekak. Tapi yang pasti, makanan yang terlebih minyaklah yang menjadi punca utama ketakselesaan. Bila dah buang baru lega. Bila masuk dalam perut, minyak tu akan terapung kan? Itulah punca sebenar rasa tak selesa di tekak. Bagus juga. Menjaga kesihatan sungguh. Kolestrol memang dapat dikurangkan dengan jayanya. Tak perlulah nak makan oat kan untuk serap keluar kolestrol dalam badan.

Hari tu makan Nestum perisa Madu pun sama. Tak sedap di tekak. Baru nak berjimat dan bersarapan secara sihat tiba-tiba tekak tak boleh terima pula. Beli 1 pek tapi boleh telan 1 sachet sahaja. Balance tu sama ada bgi orang ataupun tunggulah sampai habis pantang kot baru boleh menelannya balik.

Sekarang ni jadual makan setiap hari kalau kerja;

Pagi : makan kuih. Depends pada apa yang ada lah kan. Sama ada Karipap/Pulut panggang/Seri Muka/ CekMekMolek/Keria/Donut. Kalau saiz kecil kadang-kadang sampai 5 biji sekali hadap. Kalau besar 2 -3 biji sahajalah.

Minum pagi : Air teh tarik free setengah gelas. Tapi bukan hari-harilah. =). Menelan kerepek/keropok yang ada kat meja pantry.

Makan tengahari : Buah sama ada pisang/oren/pear/jambu batu/Tembikai. Sama ada Nasi Goreng Kampung @ Maggi Goreng. Itu sahaja menu yang tekak boleh terima kat kantin.

Minum petang : kerepek-kerepek dan minum kadang-kadang air oren sunquick. tapi jarang minumpun. Minum air putih sahaja daa..

Makan malam : Nasi dan lauk-lauk yang mak masak. Kecuali yang berminyak dan juga daging.Yang salai-salaipun tak sedap di tekak.

Kalau cuti tu memang suka makan makanan yang mak mertua masak sahaja. Kalau keluarpun memang order nasi goreng la. Kalau lauk-lauk tu takut tak boleh telan. Huhu..

Ok lah tu sahaja nak share. Babai..


Wednesday, April 2, 2014

Catuan Air Peringkat 4

Salam..

Pagi ini memang mood ada kurang sikit. Sebab setelah sebulan catuan air dibuat, petang semalam baru merasa tak ada air. Sampai ke pagi ini masih lagi tak ada air. Kalau ikut jadual catuan, kalau semalam dah start tak ada air, bermakna esok petang baru adalah. Itupun kalau ada. Sebab bekalan air dibuka pukul 4 petang. Ambil masa juga nak naik ke building kami ini. Lagi pula saya duduk di tingkat 3.

Nasib baiklah bangunan sebelah masih ada air. Kalau tidak, memang kena bawa tong air sendirilah semua untuk beristinjak dan bersolat. Mudah-mudahan catuan air ini akan berakhir secepat mungkin. Mari kita berdoa banyak-banyak kepada Allah minta diturunkan hujan rahmat di seluruh kawasan tadahan hujan di seluruh negeri Selangor supaya air di kawasan tadahan naik ke tahap 100%. Kalau tidak, tunggulah hingga hujung bulan April ini. Kalau paras air masih tak mencapai 100%, mungkin catuan air disambung lagi ke bulan May pula. Tak mahulah kan jadi macam tu.

Mulai bulan April ini juga, berkemungkinan rumah mertua sayapun akan terlibat dengan catuan air juga bermula 04/April nanti. Kalau nak mandi dan beristinjak tu mungkin air tangki mencukupi untuk menampung tempoh ketiadaan air tapi untuk aktiviti memasak, kena prepare air dalam tong. Nasib baik mak mertua dah standby 1 tong besar air sebagai persediaan. Cuma masalahnya sekarang atuk tak larat nak naik tingkat atas untuk mandi guna air tangki. Tandas di tingkat bawah memang akan terus kering sebab sumbernya direct dari sumber di luar. Mengharapkan air kolah sahajalah tapi rasanya tak akan bertahan lama sebab kolah tu kecil sahaja. Kasihan pula pada atuk. Sakit sebab terjatuh hari itupun tak baik lagi. Sebab itu tak berapa larat nak berjalan.

Walaupun nama taman kami tak ada dalam list peringkat 4 tapi tamn-taman yang berhampiran ada dalam list catuan. Jadi bersedialah dengan sebarang kemungkinan. Puchongpun terlibat dengan catuan since bulan March lagi. Tapi, setakat yang saya tahu, rumah parents saya tak terlibat pula dengan catuan. Harap-harap tak terlibat jugalah dalam peringkat 4 ini.

Selain itu, ini boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua semua menghargai sumber air bersih. Jangan membazir walau sedikitpun air yang ada. Kita ini biasanya masa benda tu ada, susah sekali untuk bersyukur dan menghargai. Tapi, bila benda itu tiada/hilang, baru rasa menyesal dan mula menghargainya. Mana yang sedar tu, bersyukurlah tapi mana yang tak sedar tu, bukan setakat tak bersyukur tapi merungut saja. Muhasabah diri dan sentiasa bersyukur. Segala yang terjadi ada hikmahnya.

p/s : masih mengikuti perkembangan MH370. Harap-harap ada keajaiban. Segalanya tidak mustahil bagiNya kan. Keep praying guys!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics