Followers

Monday, February 1, 2010

Cerita budak nakal siapkan kerja sekolah..=)

Minah hari ni pergi ke sekolah dengan semangat berkobar-kobar..
Dia yakin kerja sekolah telah 'siap'.
Hanya tunggu untuk dihantar sahaja.

Masuk sahaja kelas, Minahpun terus duduk di mejanya yang terletak dihadapan meja guru..
Tak lama selepas itu Cikgu Bakar yang mengajar Sains pun masuk ke kelas.
Kelas bermula dan seperti biasa semua pelajar di kehendaki menghantar buku latihan masing2..

Setelah semua murid menghantar buku latihan, Cikgu Bakar memeriksa sekali lalu setiap buku2 tersebut.
Mukanya berkerut apabila sampai ke buku latihan Minah.
Di panggilnya Minah ke hadapan.

"Minah, kenapa kamu hantar buku yang tak siap latihannya?"

"Eh, biar betul cikgu. Saya ingat lagi latihan itu sudah siap."

"Kenapa kamu yakin sangat ni?. Dah sah buku latihan ini awak punya. Takkan saya nak berbohong."
Cikgu Bakar dah mula terbakar dengan murid seorang ini.

Minahpun mula menerangkan dengan gaya bebasnya. Turun naik tangannya meyakinkan Cikgu Bakar.
"Betul cikgu.Begini ceritanya cikgu. Semalam, sedang saya memerah idea untuk menjawab latihan saya tiba-tiba rasa dunia jadi gelap.
Tiba2 datang seorang bidadari cantik.
Dialah yang membantu saya menyiapkan latihan ini dan telah masukkan buku latihan ini ke dalam beg sekolah saya selepas itu. Betul cikgu. Saya tidak bohong."

"Ye, kamu memang tak bohong..kamu mimpi latihan kamu dah siap..
Sekarang, kamu pergi bawa kerusi kamu ni ke luar kelas.
Berdiri di situ sampai kelas saya tamat."

Minahpun akur dan berdiri di luar kelas sambil memandang ke dalam kelas melalui celahan tingkap dengan pandangan sayu..
Cubaan kali ni tak berjaya..

Oh...sangat busy bervacation.....malam nanti saya update blog...

Pagi nih saya na kblogwalking sebab selama 2 hari saya tidak menjengok blog sendiri..
apatahlagi menjengok blog orang lain..

Apakah yang berlaku selama 2 hari tu sampai aktiviti blogging saya tersekat..
Adakah kerana;

A) Masalah PC..
B) Masalah internet server down..
C) Masalah Capital 'M' aka malas..
D) Saje2..

Ok, semua jawapan di atas adalah SALAH..teeeett...

A) PC baru aje tukar. Saya ada story kat sini pasal beli PC baru. Takkan dah problem..

B) Saya pakai streamyx yang baru je upgrade jadi 1M from 512k..tidak mungkin..=)

C) ohh..tidak mungkin saya begini..i love blogging yea..

D) Ada sebabnya yea..bukan suka suki..

Jawapan sebenar ialah..

E) Saya outstation..(tapi bukan pasal kerja..makan angin di Cherating..walaweii~)

Selama 2 hari ni saya dah schedule 4 post supaya kawan2 tak busan bila terjah blog saya..
Terima kasih dauh keladi sebab masih sudi mengunjungi dan follow blog saya walaupun tuan tanah ke daun masa tu sedang sibuk bercanda di pasiran pantai..

Ok, nanti saya akan uploud story pasal vacation kami.
Oooo..kami ke?
Saya pergi dengan lagi 2 orang officemates..

Tujuan sebenar ke sana ialah menghadiri majlis kahwin officemate kami di Kuantan.
Tapi dah alang2 jalan jauh, kami sambung pula dengan trip to Cherating..
Jarak antara majlis kahwin dengan Cherating tu cuma ambil masa 30 minit sahaja drive..
Nanti saya story mory panjang lebar..
See ya tonite..

Jom blogwalking..~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics