Followers

Wednesday, November 4, 2009

Hari nih penuh dengan kerja~

Alhamdulillah semenjak petang kelmarin dapat kerja..
Tak siap semalam, sambung hari nih..

Kelmarin saya balik lambat sebab cadangnya nak siapkan kerja tapi terpaksa juga tangguh sebab kena dapatkan maklumat daripada orang lain.
Padahal orang lain semuanya dah pulang.
Damn..saya stuck di office sampai jam 6.45pm..
Sempat lagi tunggu maghrib, tapi haruslah maghrib di masjid..
Surau di office nih macam2 cerita tak best saya dengar daripada hamba2 Allah yang pernah stay sampai malam..
Baik saya ke masjid..
Hehe~

Maghrib selesai..
tunggu dulu jam mencecah kul 8..
baru gerak balik..
Tapi hujan memang mengiringi perjalanan saya..
Semenjak petang lagi hujan turun tak berhenti-henti..
Saya memang tawakkal sahajalah untuk gerak balik sebab biasanya kalau hujan, jalan akan jammed walaupun dah malam..
Kadang2 kul 9 pun still jammed.

Telahan saya tepat sangat.
Masuk ke LDP jalan sesak...
Slow je macam siput pergerakan kereta2..
Sepanjang laluan LDP tu jalan sesak sampailah lepas IOI Mall..
Jalan dah mula smooth selepas itu..
Sampai je rumah jam dah menunjukkan kul 9.
So, semalam langsung tak buka PC apatahlagi layan TV..
Kul 10 dah masuk bilik..
tito lagi best..

Kadang2 pikir rasa malasnya nak stay kat office lepas office hour.
Selalunya 5.30 saya terus cabut..
Sampai rumah dalam kul 6.15 or 6.30 ptg..
Kalau balik lewat dari 6.00 ptg..
alamatnya lepas maghrib baru sampai rumah daa~
Sebab masa itulah peak time.
Semua orang berlumba-lumba atas jalan raya masa tuh..
Tapi lumba2 pun still macam siput juga kelajuannya kan..
ahaha~

Tuesday, November 3, 2009

Kenapa mesti ada ketaksamaan..?

Salam all..
Dalam perhubungan sama ada persahabatan atau percintaan, korang suka ada persamaan atau ketaksamaan?
Pilih2..
ataupun kena ada kedua-duanya?
means certain perkara kena ada persamaan..
certain lagi tak sama..

Orang kata kalau dalam hubungan tu terlalu banyak persamaanpun tidak bagus.
Kerana kedua-duanya akan sentiasa bersetuju tanpa ada sesi argument..
Semuanya smooth saja..
Dan effectnya akan mudah bosan..
Ya lah, orang kata hidup tanpa masalah, tak best..tak berwarna..
dull sahaja.

Apabila terlalu banyak ketaksamaan akan menyebabkan hubungan tegang sentiasa..
Mesti tak best kan sebab sukar untuk membentuk kesefahaman..
Semuanya berterabur sahaja..
Dua-duapun tak mahu mengalah..
Effectnya boleh terputus hubungan silaturrahim..
Hidup terlalu banyak masalahpun tidak bagus kan..?

Mungkin juga kita perlukan kedua-duanya...
iaitu persamaan dan ketaksamaan..
Kita sesekali perlukan ketaksamaan supaya hidup tak membosankan..
Tapi perlu juga persamaan lagi2 untuk menyelesaikan masalah2 yang timbul..
Kena give and take la bila berlaku ketidaksefahaman dalam perhubungan..
persahabatan ataupun percintaan..

Apa pula pendapat kawan2..?
Pendapat saya memang kena ada kedua-duanya la.
dadada~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics