Followers

Wednesday, September 7, 2005

Aku bebel lagi....

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuhu...
Da baper minggu aku tak menulis kat ruangan ni..
Aku bukan malas tapi terlalu bizi..
Banyak giler kerja yang kena dibuat..
Assighment banyak..
Test berderet..
Skang baru je lepas mid sem break..
Aku tetap rasa bizi..
Tapi tak la sesibuk sebelum ni.
Test paling dekatpun hujung bulan ni..
cuma assighment la banyak..

Sebelum balik umah aku sempat la pergi pesta konvo..
Memang cambest ar..
Meriah sangat..
Tapi aku balik awal..
Rupenyer ada KRU yang datang wat konsert..
Kalo aku tau..
Aku tak balik..
Teringin gak nak tengok diorang wat concert..

Aku dapat tau ni daripada satu risalah yang begitu tak puas hati dengan PMI..
Bagi aku..
Perkara ni terlalu subjektif..
Tiap orang ada pandangan tersendiri pasal benda ni..
Akupun tk berkecuali..
Aku tak salahkan kedua2 pihak..
Bagi aku semua orang ada hak untuk memberi pandangan.

PMI cuma menjalankan tanggungjawab mereka.
Kiter harus menerima kenyataan bahawa apa-apa unsur yang berbentuk hiburan adalah tak berapa elok..
Dan tidak digalakkan dalam Islam.
Walaupun concert itu bersih..
Tapi ia melalaikan..
Memang lumrah la concert..
Lelaki ngna pompuan berhimpit-himpit..
Tapi dalam konteks Islam itu sendiri ia adalah perkara yang dilarang.

begitu juga dengan pihak yang tidak puas hati..
Tak boleh disalahkan juga..
Konsert KRU ni ok..
Buat waktu lepas isyak..
tak mengganggu waktu solat..
Lagipun ia adalah untuk menarik perhatian pengunujung luar dan dalam campus.
Kalau nak diikutkan konsert di luar lagi teruk berbanding konsert KRU ni..
Kalau setakat berhimpit-himpit sikit kat Pesta Konvo tu..
Takder la terlampau sangat..
Lagipun golongan yang datang adalah golongan yang tinggi tahap pendidikannya.
Sudah tentu pandai mengawal diri semasa concert..
Semua yang datang tu adalah pelajar U,Kakak-kakak dan abang-abang yang nak grad..ibu bapa dan keluarga..
Semuanya tahu tentang sivik..
tau tentang moral..
InsyaAllah..

Da la..
Pepun..
Aku tetap suker gi kalo ader konsert dalam UTM ni..
hehe..
Jangan marah..

Saturday, August 20, 2005

Test..Test...

Hari ni agak rileks sikit..
Kelas start dalam kul 3 petang..
Awal pagi da bangun..
Basuh baju stok 4 hari..
Boleh la tahan banyaknyer..
Tak der masa nak basuh sebab pikir test..
Minggu ni agak kritikal..
Kna struggle untuk 3 paper..
Giler ar..
Kalah final..
Final tu ok skit sebab takder kelas..
tapi kalo test ni..
Kelas tetap jalan.
Kadang2 lecturer pun tak nak paham..
Buat kelas sampai lewat petang..
Penat tu..
Malam lak ada test..
Memang serabut sangat..

Masa ni sebenarnyer kiter leh kenalpasti saper yang jenis serabut..
Try gi bilik member tu..
Kalo dier jenis serabut..
Sure dah takder space untuk korang duduk kat bilik tu....
penuh giler ngan ketas2 yang berselerak..
Kain baju tak berlipat..
Kadang2,bekas polistrin yang semalam nyer pun ada lagi kat dalam bilik tu..
Tapi peristiwa ini hanya berlaku semasa ada banyak test dan FINAL..

Tapi,bukan sumer orang macam tu..
Kalo aku mana leh tahan belajar dalam bilik yang berserabut..
Sekurang2nya..
Kalo da tak sempat tu..
Sumbat jer la mana2..
dalam almari ker...
Bawah katil ker..
Asalkan di mata nampak bersih..
Kemas..

Itu sekurang2nyer..
Tapi lebih baik kemas la bilik tu..
Sanggup ker belajar dalam bilik cam2..
Tak rasa serabut ker?
Hmmm..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics