Followers

Wednesday, August 17, 2005

CITER BULAN INI...

Assalamualaikum..
Bulan 8 banyak makna ar..
Bulan Lapan la negara kiter merdeka.
Bulan ni gak la test berderet..
Bulan ni gak aku bizi sangat2..

macam2 benda kena settlekan.
Aku kena handle wat program sukaneka n Hari Keluarga Tadika Ehsan UTM..
Aku jadi Timbalan Pengarah Program..

Nak rasa bangga tu tak la sangat..
Takut sangat tu ada la..
Ye la tanggungjawab besar giler..
Pulak tu nak kena handle kanak2..
Kalo nak handle sorang tu leh tahan lagi..
Ni sampai 100 kanak2..
Best tu memang best..
Tapi penat giler ar..
Nak melayan kerenah diorang..
Baru separuh hari aku da rasa letih..
Cam nak pengsan pun ada..

Tapi apapun..
Itulah dia pengalaman yang paling bernilai dalam hidup aku..
Bukan sumer orang dapat pengalaman cambest ni..
penat tapi berbaloi ar sebab kena puji..
Program di handle ngan baik..

Sib baik ar program tu dah abis..
Masa bawk benda tu dengan Ainun selaku Pengarah..
Rasa tension sangat..
Banyak pihak yang menekan kitorang..
mengawal kitorang..
Rasa macam tak all out la..

Ye la..
kalo dah kater pengarah tu..
Sepatutnyer sumer benda tu di handle kitorang..
Tapi mungkin atas dasar keprihatinan yang terlampau oleh pihak tu menyebabkan kitorang jadi stress..

Memula dah rasa selesa la ngan tugas tu..
Benda2 xbest tu la wat spoil moood ceria kitorang..
Da la first time handle program..
Sebelum ni tak penah take part pun dalam pengurusan program..
Tibe2 trus jadi orang penting program.Terkejut gak la memula..
Gelabah gak la time mukadimah tu..
Pastu lelama rasa selesa lak nak cakap kat depan..

Tu yang bagusnyer kalo kite join aktiviti camni..
Banyak perkara yang dapat kiter belajar..
Benda2 ni takkan dapat la dalam kuliah..
Kena join kelab persatuan..
Belajar nak present kat depan orang ramai...
Tu sebenar perkara yang aku nak dalami n kuasai..
Sekarang nak kerjapun bukan senang..
Kena pandai cakap..
Cakap tu cakap berisi..
Lagipun kalo join kelab persatuan kiter dapat meluaskan pergaulan..
Yang dijamin ialah..
dak2 yang kiter kenal semuanya baik2..
Tak suker buang masa ngan benda tak berpekdah..
Takkan leh jumper ar member yang suker lepak shopping kompleks..
Sebab mereka semua tau menggunakan masa ngan baik..
Masa lapang dihabiskan dengan join aktiviti kelab..

Thursday, July 14, 2005

Tahun Ke Dua di UTM..

Assalamualaikum..
Sem baru dah masuk..
Maknanya dah setahun aku kat UTM ni..
Dalam tempoh setahun tu bermacam peristiwa terjadi..

Daripada mula-mula sampai UTM ni..
Sampai la sekarang..
Daripada tak kenal sesiapa sampai dah ada geng.
Sebelum ni jadi junior..
Sekarang da jadi senior..
Tapi aku tak rasapun..
Tak ada bezanya..
yang penting matlamat..
Nak cari ilmu sebanyak-banyaknya..

Aku datang awal..
kelas start hari isnin..
Hari jumaat aku dah tercongok kat UTM..
Terpaksa la datang..
kena daftar wajib..
Kalo x malas la balik..
Buat apa?

Tapi,
datang awalpun tak guna..
Dapat bilik tapi ada orang duduk..
Pelik la kolej ni..
Ade ke bilik yang sah2 milik aku tu leh diberi pada budak baru..
Aku nak duudk mana?
Sapa nak jawab tu?

Sib baik ada geng..
dia jadi AJk MHS..
Ada la 3 hari aku lepak bilik dier..
Memang suffer la..
Jumaat aku tak jumpa nasi langsung..
Hari sabtu Farah kongsi makan tengahari dier ngan aku..
Petang sabtu tu Mai lak sampai..
Mai dapat bilik lain gak..
bilik betul dier ada junior duduk..
Sama kes la dengan aku..

Tapi dier bernasib baik sikit sebab pejabat bagi dier bilik single gak..
Yang aku ni dier campak ke bilik double..
Kongsi ngan junior plak tu..
Sudahnya..
aku hantar barang je kt situ..
Malam tu berhimpit-himpit dalam bilik Farah..
Ye la..
Kalo da bilik untuk sorang dikongsi 3 orang..
Tak campur lagi dengan harta benda dalam tu..

Tengah sesedap tido..
Ada la insan yang mengetuk pintu bilik..
Aku ngan Mai wat bodo je..
Entah sapa la yang ketuk pintu pukul 6pagi..
Sudahya tuan rumah yang buka pintu..
Rupanya Nana baru sampai..
Habis je solat kitorang tido balik..
Penat mengangkut barang petang sabtu..

lengkap sudah geng aku..
Aku,Nana,Mai dan Farah..
Nana dapat bilik kat s23..
Macam best..
dekatpun ia.
Pagi tu kitorang gi office lagi
Except Farah..
Dier penat sangat..
Maklum la AJK MHS..


Hari ni aku angkut sikit barang dari stor..
Bawak ke bilik Mai..
3 hari gak aku kat bilik Mai..
Pastu,
akupun dapat balik bilik aku..
Starting hari Rabu aku duk bilik aku sendiri..
Alhamdulillah..
Problem da selesai..

Tapi peristiwa ini buat aku tawar hati..
Ye la..
dekat seminggu terpaksa jadi pelarian..
Merempat di bilik orang..
Nasib baik dapat sahabat yang memahami..
Kalo tak..
Susah la aku..

nak tau apa kesimpulan yang kitorang buat..
hehe..
Kesimpulannya..
semakin lambat kita datang UTM,
Maka semakin kerang problem...
Maki awal datang,makin banyak problem..
Oleh itu..
Lainkali jangan masuk kolej awal sangat..
Sekian,terima kasih..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics