Followers

Wednesday, April 6, 2005

First time gi Bengkel...

Hari ni bermula la detik bersejarah dalam idupku..
Masa ni lar kena buktikan..
Aku ni memang dak mechi..

Bengkel kejuruteraan baru jer bermula tadi..
Seawal pagi aku dah siap.
Dalam kul 7.55 dah kuar bilik semata-mata nak tau pasal jadual yang macam tak ader..
Tak ada masa yang di set kan..

Memula aku dengan member2 gi lar ushar jadual kat FKM..
Pastu gi Bengkel..
Smalam kater da ada senarai nama grup ngan jadual sekali..
Tapi cam takder jer..

Awak..
kater ade jadual..
takderpun..

Awak kat ner 2?

Kat makmal tempat kiter wat teknik ujikaji dulu..

Awak naik atas.
Jadual tu ada kat atas.
Ikut tangga.Banyak tangga ade..
Kat tepi..kat belakang..

Oooo..makmal ni ada tingkat atas ek?
Hehe..
Takper ar wak..
Bye..

Baru aku tau makmal ni 2 tingkat..
Tau tu memang tau tapi buat tak tau
Sebab sebelum ni tak yah taupun takper sebab tak pernah guner..

Itu lar dier orang kiter ni..
Bila dah terhantuk baru nak tergadah..
kena sangat la ngan aku ngan member2 aku ni..

Naik atas pun bukan dapat selesaikan problem.
Jadual ada tapi ikut hari dan bukan ikut masa tertentu..
Confuse lar weh..
Takkan sehari suntuk ader bengkel lakkan..

Hmm..
Sudahnya kitorang turun ar gi ushar makmal yang akan digunakan nanti.
Tetibe jer Farah buka pintu makmal yang macam kunci
tapi tak kunci sebenarnya tu..

Sib baik ader technician.
Aku teman tanya dier pasal problem ni.
Biler jumper ngan dier lagi masalah..
Sebab dierpun tak tau pasal masa2 untuk bengkel ni.
Apa yang dier dapat itulah kitorang maklum.
Tiada extra info..
Tapi dia suruh tanya penyelia makmal..A
la bilik dia kat tempat kitorang ushar jadual tadi.

Kitorang penuh semangat lar nak jumpa penyelia tu tapi takder orangpun..
Apalagi tunggu ar solutionnya..
Memang rasa cam buang karan jer pepagi dah tawaf kawasan makmal tu..
Huhu..

Pastu datang lar dua awek yang aku rasa staff kat situ..
Aapalagi aku ngan farahpun serbu lar dier..
Rupe2nyer
Jadual tu kitorang kena susun sendiri ngan lecturer or technician yang ajar ..
Patutpun cam tak lengkap jer jadual yang dier bagi..

Dengan itu berakhirlah satu penantian..
Seksa gak..
Sebab memang agak blur ar aku pagi tu..
Aku kena wat grinding ngan drilling..
Memula akupun tak paham ape tuh..
Rupenye mencanai..
Tapi yang tak bestnyer..
Sok ngan lusa kitorang kena gi makmal pagi ngan petang..
Pagi kul 9 til 12.30..
Petang lak 2.30 till 4..

Belah pagi dier bagi pengenalan jer..
Belah petang ar mencabar sket...
Kena wat kerja sket..
Sib baik grouping..
2 orang satu group..
Aku ngan Mohsin..
Sian lak aku kat Mohsin..
Dak2 ni kater aku buli dier..
Tul ker?
Entah lar..
Mintak maap lar kawan..
Hehe..

Pepun..
Takper..
Itulah dier..
Pengalaman...

Tuesday, April 5, 2005

First time aku kerja....

Aku tak tau nak tulis apa hari ni.
Tapi sebab aku bosan
maka aku kena la buat-buat tahu nak tulis apa.
Hmm..

Jap...
Aku teringat kenangan aku time kerja dulu.
Memang banyak dugaan dan cabaran yang aku hadapi.
Oleh kerana suasana kerja yang agak sosial.
Aku jadi lebih friendly dan aku dah pandai berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.
Kalo dulu segan nak cakap la.Pendiam nak mati.
Dah kerjapun cashier dan pembantu jualan.
Kena lar pandai mengayat pelanggan.

Aku tak suka sangat make up.
Walaupun tokey suruh aku make up.
Aku buat bodoh jer.
Memang aku dah make up tapi tak nampak langsung.
Memang sempoi abis la.Dah naik bosan dah tokey aku suruh.
Lama2 diapun fade up.

Tapi dia tak kisah sangat.Asalkan aku buat kerja.
Masa aku memula masuk kerja.
Ada 4 orang senior aku.Sebab aku paling junior.
Tak termasuk tokey ngan assistant dia.
Tapi ada satu minah ni dia gunakan aku.
Ade ke die suruh aku buat kerja dia.
Smua orang bengang ngan dia.
Memang dia ni selalu jer wat hal kat situ.
Bila tau tembelang dia terus aku dah tak baik ngan dia.
Sebenarnya sampai aku berenti kerjapun aku masih tak suka kat dia.
Aku rasa dia tergolong dalam golongan yang perasan cun lar.
nak kate cun tu bleh lar tahan tapi Tak ler cun sangat.
Biasa-biasa jer.

Pekerja lain semua ngam ngan aku.
Sebulan kendian 2 orang pekerja berenti sebab nak balik Sabah.
Nampaknya aku akan dapat junior plak.
Memang ramai ar yang minta.Lastly dapat la kat satu minah ni yang agak stylo.
Memula aku tak suka dia sebab dia rapat ngan senior yang aku benci tu.
At last,diapun jadi cam aku gak.
Tak suka kat kakak tu.Bila dah kenal baru tau.
Kepala dia memang gila2 macam aku.
Hatipun manyak baik.Dia lar kawan aku kat tempat kerja.
Memandangkan usia dia yang sebaya ngan aku.Tua dia sebulan.

Rupanya dia ni smoke.Member-member diapun kaki clubbing.
Dia selalu ar jaga aku.Back up aku..
Aku tak terpengaruh langsung ngan benda-benda tak berpekdah tu.
Walaupun pengaruh rakan sebaya tu kuat

Masa aku kerja tu.Aku mengenali
insan yang minum arak,yang kaki clubbing,yang kaki pompuan pun ada,
yang isap ganja ngan dadah..
Semua tu aku kawan.

Tapi alhamdulillah...
Allah sayangkan aku.

Tapi masa kerja ni la aku mengenal erti hidup yang sebenar.
Kita sebenarnya mesti tahu hal ehwal semasa.
Lagi mengenai gejala sosial dikalangan remaja.
Kita bukan sekadar tahu mengenainya
tapi mesti tahu bagaimana ia mempengaruhi dan
bagaimana cara untuk mengelaknya.
Perkara itulah yang paling penting kerana
kita tak nak gejala tersebut menghantui kita.

Aku kerja kat situ tak lama.
Lebih kurang 3 bulan sahaja.
Aku berhenti bukan sebab kena buang.
Aku pekerja yang dedikasi tau.
Tak caye tanya tokey aku.Dia siap bagi peluang kat kau kalo aku nak kerja balik.
Tapi pengalaman 3 bulan aku rasa
dah cukup memberi pengajaran dan ilmu kepada aku
dalam menempuh hari mendatang.
Aku berhenti sebab aku dapat tawaran belajar di matrik.

Memang lar sedih sebab akan berpisah dengan rakan2.
Sebab rakan sebaya aku masih belum menerima tawaran belajar.
Aku lar orang pertama.
Tapi itulah dikatakan takdir.
Jodoh pertemuan ajal dan maut
Semua terletak ditangan Allah.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics