Followers

Friday, September 30, 2011

September

Salam..

 

Lama gila blog ini tak berupdate. Bukan tak nak update tapi tak ada mood nak bercerita. September bakal berlalu meninggalkan kita. September kali ini bagi saya penuh dengan aktiviti. Almaklumlah bulan syawal. Tapi ianya bukanlah tertumpu kepada majlis rumah terbuka malah tahun ini dalam sejarah sebab langsung tak pergi mana-mana open house. Baru perasan* Bukan tak ada jemputan langsung. Tiap-tiap hujung minggu sampai 2-3 orang jemput pergi open house di rumah mereka tetapi apakan daya tak berkesempatan untuk memenuhi jemputan.

 

Awal-awal September sepanjang seminggu bercuti raya memang sibuk mengunjungi sanak saudara belah suami dan juga belah saya. Maklumlah dah ada suami kan. Sebelum ini tiap-tiap tahun beraya dengan family sendiri sahaja. Hujung minggu seterusnya pula, sepanjang hari sabtu saya dan suami sibuk mencari hadiah untuk diberi kepada kawan suami yang majlisnya di sebelah malam yang sama. Kira kami beli hadiah last minute jugalah ini. Majlis perkahwinan dia amat grand beb. Siap ada Tun Mahadhir dengan Tun Siti Hasmah lagi sebagai tetamu kehormat manakala persembahan pula dilakukan oleh Dayang NorFaezah dan juga Anuar Zain. Teruja dapat tengok Anuar Zain secara life. =)

 

Hujung minggu seterusnya iaitu cuti 3 hari sempena Hari Malaysia, saya dan suami berjalan jauh ke Terengganu. Kami ke Chendering berhampiran Kuala Terengganu. Tujuan asal ialah untuk meraikan sahabat kami, Marwan dan pasangannya Afiah. Majlis mereka diadakan pada hari Sabtu. So, jumaat selepas solat jumaat kamipun terus gerak. Kami sampai di sana waktu maghrib. Marwan yang baik hati telah menapau nasi dagang buat kami (selain kami berdua ada 2 orang lagi sahabat yang datang iaitu Ujang (daripada JB naik bas) dan juga Khairulfatin (daripada Shah Alam merupakan official photographer Marwan nanti). Malam itu, kami pergi juga makan seafood. Alang-alang dah sampai kuala tak sahlah tak rasa seafood kan. Kami makan pari bakar dan tomyam campur. Pergh, memang sedap dan berbaloi-baloi. Esokannya sepatutnya majlis kenduri dah mula pukul 10 pagi. Pengantin dah siap sejak pukul 10 tapi kami tertidur di chalet sampai pukul 12. Lupa pula di sini pengantin siap awal berbanding di tempat lain. Haih!

Memang kami menjadi antara tetamu yang lambat sampai la siap kena sound dengan mak pengantin lagi. Makcik tu berseloroh sahaja. Dia bertanya; “ ini ke ‘kawan yang lambat’ tu?”. Kami sengih-sengih sahajalah. Apa nak di kata memang betulpun kitorang lambat. Petang itu kami join mereka buat outdoor photoshoot. Waktu dah hampir maghrib baru kami balik semula ke chalet. Itupun sebab nak hantar Ujang ke perhentian bas. Bas dia akan bertolak pukul 8.15 malam. Kami pula keesokannya baru balik KL. Sampai di rumah malam ahad. Cuti 3 hari memang habis begitu sahaja.

 

Hujung minggu terakhir raya kami sekeluarga (keluarga suami) menghala ke Johor pula untuk meraikan Uda (adik ipar) yang akan konvo pada hari sabtu petang. Jumaat itu saya ambil cuti halfday. Kami gerak ke JB dalam pukul 4.00 petang. Sampai di sana waktu maghrib. Lepas ambil Uda di UTM kami terus gerak mencari hotel yang bakal kami inapi , Embassy Hotel. Puas mencari sampai sesat-sesat beberapa kali akhirnya jumpa juga. Malam itu kami pergi makan di Senibong. Makan seafood lagik!.

 

Esokannya kami terus pergi ke UTM. Konvokesyen habis kira-kira pukul 5 petang. Masa itu masing-masing kelaparan. Saya masa itu sampai pening-pening sebab perut dah masuk angin. Cari KFC tapi susah sangat nak jumpa. Sampai ke Stulang kami mencari tapi tak jumpa-jumpa. At last jumpa juga di Plaza Pelangi yang terletak hampir dengan hotel tempat kami menginap sahaja. Lunch merangkap dinner hari itu kami makan nasi berlaukkan Ayam KFC. Malam itu kami tetap keluar ke restoran Singgah Selalu tapi dek kerana kekenyangan kami order minuman sahaja. Order juga tomyam campur. Saja nak hirup tomyam. Kami gerak balik ke KL keesokan tengahari. Sempat singgah di Jusco Taman U untuk beli sushi jusco. Sushi di situ masih murah. RM1 satu. Di KL harganya kalau tak silap paling kurangpun RM1.20 satu. Sampai di rumah pukul 5.30 petang.

 

Punyalah panjang entry. Ingat nak tulis ringkas-ringkas tapi terajin pula nak bercerita hari ini. Oklah. Selamat tinggal September dan selamat datang October. Bai!

Wednesday, September 21, 2011

PUASA SUNAT ENAM VS GANTI

Salam korang!

 

Kalau orang lain dalam mission untuk habiskan puasa sunat enam. Aim saya bukan lagi itu tapi untuk habiskan puasa ganti.

Fuh, hari ini sudah masuk hari keempat. Harap-harap saya dapat bertahan untuk menahan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh membatalkan puasa hari ini. Yeah!.

 

Walau apapun tujuan korang semua berpuasa, saya doakan segala yang korang harapkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Padahal rasa macam dah sakit perut ni. adeh, tolonglah wahai si perut. Bersabar dan bertahanlah sehingga maghrib nanti.

 

Kepada penyinggah blog picisan saya ini,

 

SELAMAT BERPUASA SUNAT ENAM SYAWAL

 

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kejar pahala puasa sunat. Chaiyok2 ok!

Tuesday, September 20, 2011

Jalur Gemilang

Salam korang!

Lately banyak sangat perkara-perkara remeh yang diperbesarkan. Contoh terbaik kes yang tengah hot sekarang ialah berkenaan bendera Malaysia aka jalur gemilang yang rupanya mirip bendera US. Kes ini macam sama dengan kes unsur illuminati yang terdapat pada ketupat, rekabentuk Bandar Putrajaya.

Bagi saya apa ada hal dengan sama atau tidak sebab yang penting ‘niat’ ataupun ‘apa yang kita faham dan percaya’ pada apa yang kita lihat. Jalur gemilang tetap jalur gemilang selagi kita tak samakannya dengan bendera US. Kan? Ia tetap jalur gemilang yang telahpun kita ketahui maksud setiap corak dan jalur yang ada padanya.

Walaupun apapun yang berlaku dahulu dan walau sesiapapun yang terlibat merekabentuk jalur gemilang itu, ia tetap jalur gemilang yang kita banggakan sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. Peliklah dengan dunia sekarang. Punyalah banyak lagi isu besar yang perlu diselesaikan, isu jalur gemilang yang hanya satu bendera tidak bernyawa ini juga yang nak ditumpukan.

Just my 2 cents ok.
Tiada berkait dengan mana-mana orang, parti politik ataupun sewaktu dengannya.
K bai!

Wednesday, September 14, 2011

BERKONGSI REZEKI

Salam korang.

Kadang-kadang, aku sedar sudah beberapa kali insiden yang tak diingini berlaku. Kadang-kadang aku rasa insiden yang berlaku itu boleh sangat aku elakkan sebenarnya. Tapi entah macam mana mungkin sudah nasib badan, ia berlaku juga. Walaupun selalunya ia tidak teruk tapi aku tetap bimbang setiap kali ia berlaku. Adakah ia berkaitan dengan tahap kebersihan rezeki yang aku terima selama ini?  Kadang-kadang rasa macam mahu sahaja berhenti kerja dan mencari kerja lain. Biarlah kerja banyak bertimbun-timbun- timbun asalkan aku tak buang walau seminitpun masa yang ada sebagai pekerja selama 8 jam sehari melakukan perkara lain disebabkan tidak ada tugas.

 

Bila aku fikirkan balik, aku spend setiap bulan gaji untuk membayar harga sebuah kemudahan. Tapi bila berlaku insiden-insiden begini aku mula fikir adakah aku membayarnya dengan duit yang betul-betul halal (maksud aku dari segi kesesuaian kerja dengan gaji yang kuperoleh)? Mungkin juga ia berpunca daripada aku sendiri  yang tidak jarang berkongsi kemudahan itu dengan orang lain. Mungkin? Sedangkan apa sahaja nikmat dan kemudahan yang kita dapat di dunia ini adalah kurniaan Allah SWT dan ia bukan milik diri tapi milik semua orang yang hidup di sekeliling kita. Mungkinkah aku perlu kongsi kemudahan ini dengan orang lain? Kepada siapa?

 

Hari-hari aku berfikir setiap minitku terisi dengan kerja atau tidak? Adakah setiap ringgit yang aku perolehi sama dengan usaha yang aku kerahkan untuk membantu kompeni ini sekarang? Kadang-kadang rasa was was itu ada tapi bila difikirkan balik inilah lumrah kerja. Adalakanya akan terlalu sibuk sehingga sehari rasa begitu sekejap berlalu. Tapi adakalanya langsung tidak ada urusan yang perlu dilakukan sehingga waktu terasa begitu perlahan berlalu.

 

Ya Allah, berikanlah aku petunjukMu. Berikanlah aku peluang untuk memperolehi rezeki yang betul-betul halal buatku. Biar kerja banyak dengan gaji yang tidak setimpal (gaji kecil berbanding beban tugas) daripada kerja sedikit dengan gaji yang berlebihan. Kalau boleh biarlah gaji yang diperoleh setimpal dengan beban tugas. Bantulah aku untuk memilih kerjaya. Adakah aku perlu stay di sini atau aku perlu berubah kerjaya?

 

Friday, September 9, 2011

SEPTEMBER yang busy

Salam korang!

 

Wuhu..pejam celik pejam celik dah 11 Syawalpun hari ini. Puasa 6 bila nak mula ni? Adess. Hujung minggu wpanjang bulan ini full booked. Hujung minggu ini selain pergi wedding dinner sabtu malam, saya dan suami akan pulang ke kampung di Puchong (rumah parents saya). Ahad pula akan bergegas pulang ke Selayang sebab mak mertua nak buat makan-makan untuk saudara mara pula.  Next weekend akan ke Terengganu menghadiri jemputan perkahwinan sahabat kami semasa di UTM dulu, Marwan dengan pasangannya Afiah. Alhamdulillah, dulu dialah antara rakan course lelaki sekelas yang paling pemalu dengan perempuan. Kiranya sepanjang 4 tahun kami belajar status dia single lah. Tak ada girlfriend. Tapi hadiah belum beli lagi ini. Hampir terlupa pula. 

 

Minggu selepas itu pula, saya bersama keluarga mertua akan ke JB pula selama 2 malam. Uda (adik ipar) ada konvokesyen pada hari sabtu petang di UTM. Kali terakhir ke UTM ialah sebelum puasa. Itupun tidak lama. Tapi sempat juga kami naik ke Balai Cerap. Rasanya tak ada perubahan sangat  kot. Cuma teringin nak menjengah Stadium UTM yang baru. Last time tak dapat nak usyar sebab masa itu ia ditutup sementara (tak tahulah sebab apa). Tak ada rezeki kami masa itu kot. Apa yang paling diingati sehingga sekarang berkenaan JB ialah Sushi Jusco Taman Universiti. Harganya still sama macam masa kami masih belajar di UTM dulu. Murah berbanding JUSCO lain di area KL. Selain itu, Sushi di sana memang terbaik. Sedap sampai rasa macam nak makan banyak-banyak. Suami cakap kalaulah sushi sesedap dan semurah ini ada di jual dekat area rumah di KL, tiap-tiap hari makan sushi lah kami. Hehe~

 

By the end of September duduk di rumah diam-diam sahajalah sebab budget bulanan dah habis. Huhu.

 

Thursday, September 8, 2011

Gempa Bumi lagi!

Salam korang!

Baru sahaja semalam saya cerita pasal gempa bumi, hari ini di Akhbar Online dah update gempa bumi terbaru di Jepun malam tadi. Petikan berita saya share di sini;

Jepun dilanda gempa bumi 5.1 Skala Richter
08/09/2011 2:35am

TOKYO 8 Sept. – Satu gempa bumi sekuat 5.1 Skala Richter menggegarkan utara Jepun malam tadi, namun tiada laporan kerosakan dan kecederaan dikeluarkan.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gempa tersebut melanda pada pukul 8.39 malam waktu Malaysia di luar pesisir pantai Urakawa di selatan pantai pulau Hokkaido.
Pusat gempa tersebut bagaimanapun berada jauh daripada kawasan gempa 11 Mac lalu yang berlaku di pantai timur laut negara ini. – AFP
Sebelum inipun gempa bumi turut berlaku di Sumatera Utara. Kesan gegaran turut di rasakan di sesetengah tempat di Malaysia temasuk Pualau Pinang. Gempa bumi yang terlalu kerap berlaku dan dilaporkan sekarang sebenarnya satu petunjuk yang Allah nak berikan kepada kita yang dunia sudha hampir ke penghujungnya. Cuma kita tak tahu bila sebab hanya Dia yang Maha Tahu. Tapi, masih belum terlambat untuk kita bertaubat dan melipat gandakan ibadah supaya masa depan kita di akhirat kelak cerah. Akhirat yang kekal abadi.

Wednesday, September 7, 2011

Gempa Bumi

Salam korang!

Salam Hari Rabu. Tak ada istilah Wordless Wednesday untuk saya sebab kali ini saya nak juga guna words. Lately, hampir setiap hari ada sahaja berita pasal gempa bumi di seluruh dunia. Gegaran demi gegaran yang berlaku buat saya teringat bahawa ia adalah satu satu dari petanda hampirnya Hari Kiamat. Sebelum ini ia tidak berapa disedari sehinggalah Jepun dilanda gempa bumi terkuat iaitu lebih kurang magnitude 9 telah menyebabkan tsunami dan ancaman radioaktif terburuk di Jepun. Sejak itu, hampir setiap hari kita akan dihidangkan dengan berita gempa bumi yang berlaku bukan sahaja di Jepun malah di Negara lain di seluruh dunia.

Bila memikirkan betapa dunia sekarang semakin tenat dan penat melayan karenah manusia-manusia. Walau pelbagai kempen kehijauan alam, penerangan kesan global warming tapi manusia seakan-akan sukar untuk mengubah tabiat masing-masing untuk lebih menghargai alam semulajadi kita. Demi keuntungan, alam yang tak reti untuk menentang dikorbankan. Sudahnya, ia memprotes secara halus iaitu dengan mengubah sedikit demi sedikit iklim dunia. Ia bukanlah protes yang disengajakan tetapi ia adalah reflect daripada tindakan manusia itu sendiri. Apa yang berlaku pada dunia sekarang bukan diubah oleh alam itu sendiri tetapi tangan-tangan manusialah yang menjadikan ia seperti hari ini.

Udara yang suatu ketika dahulu nyaman telah di bahangkan oleh kita hari ini.
Cuaca yang suatu ketika dahulu redup telah diterikkan oleh kita hari ini.
Musim tengkujuh dan kemarau yang suatu ketika dahulu begitu konsisten setiap tahun telah diporakkan oleh kita hari ini.
Oksigen yang suatu ketika dahulu kita hirup segar telah dicemari asap dan debu oleh kita hari ini.
Hutan yang menghijau indah suatu ketika dahulu telahpun dihilangkan oleh kita hari ini.
Sungai yang indah, bersih dan suci suatu ketika dahulu telahpun dicemari oleh bahan buangan oleh kita kita hari ini.
Masa yang suatu ketika dahulu kita rasa begitu lambat berlalu begitu pantas meninggalkan kita hari ini.

Jom kita insafi diri dan berusaha untuk menjadi hambaNya yang soleh. Sebab tanda-tanda pengakhiran dunia sudah semakin jelas di mata kita.
Semoga kita berada di kalangan hambaNya yang bertakwa dan diberkati. Ameen~

Tuesday, September 6, 2011

Raya 2011 - Introduction

Salam korang!

Fuh..berhabuk dah blog pinky ini. Lama tak menjenguk jadi rindu pula. Maklumlah kali terakhir saya update blog ini ialah sebelum raya. Hari ini sudahpun masuk Syawal ke 8. Puasa Sunat 6 belum mula lagi ni. Bilalah nak ada ‘semangat’ untuk mula ni. Suami macam dah surrender sahaja. Tak ada geng untuk sahur dan berbukalah nampaknya. Rasanya macam nak mulakan next week. Tapi tengoklah kot-kot esok lusa ready pula. Lambat nanti tak sempat pula. Huhu~

Tahun ini tahun pertama beraya bersama suami. So, memang berbeza sangat suasananya. Kalau dulu saya hanya memikirkan persiapan diri sendiri tetapi tahun ini kena fikir bersama-sama suami. Nak pakai baju raya bertemakan warna apa. Tapi dek kerana tahun ini agak busy, tak sempat pula untuk mencari pakaian raya. Ada juga beberapa kali pergi shopping raya tapi tak jumpa pula baju yang berkenan di hati. Kalau adapun saiz yang diinginkan sudahpun sold out. Jadi tahun pertama beraya dengan baju tahun lepas. Suami pula pakai baju nikah. Heh~

Tahun ini beraya di kampung saya dahulu. Kampungpun bukan jauh sangat. Tak sampai sejampun perjalanan daripada rumah kami. Kampung Baru Seri Puchong. Saya kerja sehingga sabtu. Jadi, kami berdua pulang ke Puchong selepas berbuka puasa sabtu malam. Kami di sana sehingga raya kedua. Malam itu kami terus gerak ke Kedah pula untuk menyambung semangat raya di kampung suami pula. Then, bertolak balik semula ke KL lewat petang jumaat. Sabtu dan Ahad lebih kepada kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara yang berada di sekitar KL- Selangor. Nak cerita satu persatu memang panjang tapi dek kerana gigih juga untuk merakam semula apa yang berlaku sepanjang meyambut raya kali ini, saya gagahkan juga untuk menaip. So, lepas ini entry pasal raya akan ada beberapa part. Penting kot sebagai kenangan.

So, stop dululah untuk part introduction. Sok sok saya buat part 1 pula ye.
K bai!

Monday, September 5, 2011

Pasal makan Raya ke 7

Salam korang!

Fuh..fuh..(gaya menghembus).
Berhabuk tebal blog ini sejak cuti panjang sempena sambutan merdeka raya 2011.
Bukan senang nak jumpa raya gabung dengan hari merdeka. Kiranya tahun ini tahun istimewalah kan.
=)

Hari Isnin baru boleh ‘punch card’ ke dunia blog. Sambil-sambil ‘punch card’ masuk office, sambil-sambil juga berblogging. Update blog guna email sahajapun. Nak log in blogger kat office memang tak boleh. Dah kena block semua sites-sites yang boleh buat pekerja jadi lagho. Baguslah company saya sebab dia dah melindungi kita daripada makan gaji buta.

Hari ini juga merupakan pengalaman paling ‘bermakna’ buat saya dengan officemate, Nina. Pagi-pagi lagi dah plan nak pergi makan di luar. Nama kedai itu ‘Padang’ sebab locationnya di sebelah padang yang luas. Sanggup tahan lapar daripada pagi semata-mata nak makan di sana tengahari. Tepat pukul 12.30 terus gerak ke lokasi terbabit. Malangnya, hari ini hari raya yang ke 7. Mode raya masih lagi menguasai kebanyakan pengusaha restoran melayu di sekitar office. At last kami balik ke office dengan harapan menggunung tinggi untuk makan di cafeteria office.

Malang sekali lagi. Nasi putih kedai pertama habis. Tinggallah saki baki lauk berupa ikan masak gulai dan kuah-kuah tanpa lauk. Ikan yang adapun memang beberapa ketul sahaja. Terus kami beli nasi di kedai kedua (yang kehabisan lauk-pauk). Lepas bayar nasi terus pergi balik kedai pertama. Cedoklah lauk yang ada sebab tak ada pilihan lain. Siap berebut dengan orang sebab ikannya limited (masa saya dan Nina cedok memang ngam-ngam ada 2 ketul sahaja). Sudahnya kami makan makanan yang tak berapa cukup zat. Ikan tongkol sepotong + kuah lemak + nasi putih. Dalam pada itu tetap bersyukur sebab still dapat makan. Saya yakin ramai juga yang nasibnya lebih sadis daripada kitorang sebab langsung tak dapat nak makan nasi tengahari tadi.

Pengalaman ini buat kitorang beringat. Esok kena plan betul-betul nak makan di mana dan pastikan kedai makan yang nak dituju itu buka. Huhu~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics