Korang kalau nak buat apa-apa yang pakai duit mesti korang buat kira-kira atau dalam bahasa omputehnya budget kan? Betul tak? Contoh paling mudahlah kalau korang nak masuk semester baru kan mesti korang akan kira-kira budget perbelanjaan yang korang perlukan sementara nak tunggu
PTPTN atau duit scholar korang masuk. Ke korang memang tak kira dah? Asal habis sahaja terus call mak pak minta masukkan duit dalam akaun. (Err..macam pernah buat sahaja perangai macam gini dulu..)
Takpun kan kalau korang nak pergi shopping makanan, kudapan, mekap, shampoo, sabun, ubat gigi serta segala benda yang korang gunakan bila tinggal di asrama mesti korang kira-kira dahulu kan supaya duit yang korang bawa nanti cukup untuk beli barang-barang tu. Kalau pergi naik teksi kenalah masukkan cost transport juga kalau tidak kena excercise balik jalan kaki pula kan. Macam ku dulu Taman U dengan UTM tak jauhpun. Kalau ditakdirkan kena jalan kaki balik pun redha sahajalah. (Macam ada pengalaman pula kan.?.=))
So, kalau nak kahwinpun kenalah juga kira-kira budget. Tapi kan kadang-kadang rasa macam
bahaya bila kita kira-kira sahaja
budget tu macam terlebih pula daripada actual savings yang kita ada. Hoo..rasa macam nak nangispun ada. huhu! Tapi korang kena pastikanlah budget yang korang draft itu biarlah yang paling maximum.
Then, kalau rasa budget yang korang draft itu melampau-lampau tingginya, korang kena fikirkan alternatif sama ada
mengurangkan budget ataupun
menambah savings. Uuu..I choose first option!.
Tapi nak kurangkanpun biarlah reasonable. Try dapatkan pakej/barang yang paling murah. Contohnya kalau
barang-barang hantaran seperti kasut, handbag, perfume dsb tu better beli masa ada
OFFER, MEGASALE, jualan hujung tahun. Haaa..dapatlah saving banyak kan!.
Lepas itu untuk
pakej photoghrapher better korang c
arilah yang ‘baru nak naik’ punya. Kalau cari yang dah well known harganya memang mencanak-canaklah kan. Tapi kena pastikanlah quality gambar dia ‘kena’ dengan jiwa korang. Jangan disebabkan nak cut budget korang pun hentam keromo sahaja ambil pakej yang tak berkualiti. Bak kata orang
kahwin ini sekali sahaja bai seumur hidup.
Samalah dengan
pakej pelamin, baju dan mekap. Kalau boleh
ambil pakej yang cover pelamin, mekap dan baju sekaligus. Confirm jimat punya! Dan nak caripun tak susah sebenarnya, korang boleh survey dengan kawan-kawan, jiran-jiran, makcik pakcik korang yang dah/akan kahwin dalam masa terdekat ini pakej apa yang dorang pakai untuk majlis diorang. Itupun kalau korang berkenanlah kan.
Macam sayapun telah berkenan dengan pakej yang salah seorang kawan saya ambil. Saya pernah update pasal majlis dorang di
SINI. Rupanya pelamin kreatif itu adalah termasuk dalam satu pakej wedding dia (termasuk baju dan mekap). Korang tengok sendirilah betapa cunnya baju pengantin. Terus terjatuh cinta you.
Ok rasa macam dah panjang lebar penerangan saya pasal tips perkahwinan mengira budget. Padahal baru sahaja Ahad hari berbincang dengan incik tunang pasal budget ini. Masa itu memang rasa macam nak *pengsan sahaja sebab barulah sedar betapa tingginya kos nak mendirikan masjid zaman sekarang. Semua ini atas desakan budaya dan arus kemodenan. Member saya kata semua ini
DUNIAWI BELAKA. Tapi itulah nak tak nak kena buat juga kan. Takkan nak nikah gantung sahaja kan. Semoga urusan kami dipermudahkanNya. Aminn..
p/s: Ahad lepas ternampak ada banner
jualan gudang Off sampai 90% tilam/katil di area Subang tapi dia buat
11/Dec/2010 sahaja. Sehari sahaja ke? Nanti saya check baliklah. Kalau murah memang saya nak pergi beli satu! Kan saya pernah cakap yang bilik saya dah tak ada katil. Sob Sob!