Wednesday, November 10, 2010

Dugaan : Mak masuk hospital part 1

Salam to all.
Masa korang baca entry ini mungkin ku sedang berada di hospital. Makku dah kena tahan wad dan tak tahu berapa lama dia akan berada di sini. Malam tadi awal-awal ku dah inform boss bahawa ku mungkin akan ambil cuti kecemasan untuk jaga mak di hospital since ayah kena kursus 2 hari.
mak dan diko before mak masuk sepital


Ku apply cuti sehari sahaja dan kena depends pada tahap kesihatan mak hari ini. Kalau bengkak di kakinya sembuh cepat maka cepatlah dia boleh discharge. Kalau kena stay lagi, ku mungkin akan cuti lagi keesokannya. Kira akan jaga mak sehingga ayah habis kursus. Kursus ayah kursus wajib. Kalau tidak mesti ayah akan minta cuti untuk tengok-tengokkan mak di hospital. Mak jenis yang manja sikit dan mesti ada orang tersayang dengan dia lagi-lagi bila berada di hospital.


mak sedang bermanja dengan ayah di wad kecemasan malam tadi.
So, selama 2 hari ni memang blog ku akan jadi sedikit terabailah. Ku akan update entry tapi schedule post la sebab kat hospital itu manalah ada acces internet. Line telefonpun tak cukup penuh. Alhamdulillah, doktor cakap mak tak perlu dibedah. Cuma akan disuntik ubat sehinggalah luka di kakinya sembuh. Kami memang dah tak boleh nak biarkan dia di rumah sebab tekak dia langsung tak boleh terima ubat. Telan ubat, muntah. Telan ubat, keluar bukan sahaja ubat malah semua makanan yang baru sahaja dia makanpun terkeluar sama. Kami kasihan tapi kami tak tahu dah macam mana nak buat selain daripada menghantar ke hospital. Biar doktor bagi injection. Cepat sikit sembuhnya nanti.

Bila mengenangkan sakit mak ini, ku rasa macam berbelah bahagi pula. Tak apa ke kalau ku tetap teruskan rancangan untuk berkahwin tahun depan? Ataupun ku harus menangguhnya dahulu. Almaklumlah, mak masuk hospital swasta. Memang kos rawatan tinggi. Tidakkah ku akan membebankan ayah nanti? Tapi buat masa sekarang ini memang ku tak nak cakap apalah. Still ikut sahaja plan asal dan tengok perkembangan kesihatan mak. Harap-harap mak akan cepat pulih dan tak perlu dibedah. Aminn ya Rabbal Aa'lamin.

p/s : mak saya bila sakit dia jadi seksi. Sebab itu saya blur kan mana-mana yang tak patut korang tengok. =)

19 comments:

  1. Setiap apa yg blaku ada hikmahnya...jaga mak bbaik ya..

    ReplyDelete
  2. semoga sakit mak noor disembuhkan..sama2 kita doa2kan yer...

    ReplyDelete
  3. Sabar ye afzan...tengok la kaadaan dulu...baru rancang perkahwinan tu..semoga mak cepat sembuh dan semoga rancangan nak berkahwinan tu berjalan dengan lancar...

    ReplyDelete
  4. salam

    get well soon to ur beloved mum...

    ReplyDelete
  5. alahai, siannya kt mak...semoga cepat sembuh....

    ReplyDelete
  6. kalau DIA memberi ujian, insyallah DA juga akan bantu kita menghadapi ujian tersebut. yang penting, sabar yer sayang.....

    ReplyDelete
  7. MAK...CEPAT LA SEMBUH YER..
    KAN MAK NK TGK CUCU & TRIMA MENANTU...
    KAMI MASIH PERLUKAN MAK...
    SOB..SOB..SOB...

    SEMOGA MAK CEPAT SEMBUH ...AMIN~

    ReplyDelete
  8. semoga mak afzan cepat sembuh k....

    amin

    ReplyDelete
  9. semoga mak afzan cepat sembuh k..
    kami bloggers sentiasa doakan agar kesihatan mak afzan kembali pulih..
    aminn... :-)

    ReplyDelete
  10. Moga mak akak cepat sembuh..
    dan smoga smua nya bejalan lancar...


    Memori Itu Indah

    ReplyDelete
  11. semoga mak kamu cepat sembuh...
    insya-Allah... ;)

    -------------
    visit my new entry:

    Ramah 'Ramas' Mesra Hati...
    http://aidyshahiezad.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. mata pena fadz..
    tq =)

    CT..
    Ya betul. Baik, terima kasih.

    Nawza..
    Alhamdulillah, terima kasih atas doa nawza,

    pikok..
    tq =)

    ciklilyputih..
    tu la.
    tak dapat jumpa ciklily tgk skyline.
    huhu.

    suffer8zine..
    thanks again ye.

    cikmin..
    Alhamdulillah.
    InsyaAllah, harap mak pulih cepat.

    mimie azimask..
    thank you sis.

    mamasue..
    terima kasih mamasue.

    molmolla..
    achu..
    terima kasih.
    =)

    pia..
    betul kata awak.
    kita pasti dapat hadapi ujian Allah kalau kita sentiasa kembali kepadaNya.

    aida..
    Aminn..
    huhu..
    tetiba touching pula baca komen aida ni.

    yanie..
    aaminnn =)
    tq ye yanie.

    mario..
    my mum la bro.
    saya sihat je ni.
    =)

    hairi..
    terima kasih hairi.
    Semoga doa kalian2 semua termakbul =)

    aYu..
    terima kasih ye ayu.

    hentakbelipat..
    thanks.
    aminkan saja ni.

    Aidy..
    Amin..ya Rabbal A'lamin..

    ReplyDelete

kalau nak tinggalkan link, <a href="http://link entry"> Tajuk entry </a>