Makin difikirkan, makin geram pula rasa. Makin difikirkan makin banyak kepelikkan yang terbongkar pada peminta sedekah itu.
Mestilah korang pelik kenapalah ku rasa bengang sangat dengan pakcik itu. Biarlah ku explain ye satu-satu;
Satu, sebab ini bukan kali pertama dia minta aku duit dan mengaku dia musafir. 2,3 minggu sebelum itu kudah pernah diterjah oleh pakcik itu dengan modus operandi yang sama. takkanlah musafir boleh berada di tempat yang sama lepas 2,3 minggu kan. Musafir apa itu? huhu. Mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri kah?
Dua, sebab dia paksa beb. Dia paksaku ambil barang dan bayar dia sepuluh ringgit. Walaupun ku dah cakap tak mahu tapi dia macam tak reti bahasa beb dan still tak nak blah daripada situ dan buat-buat tak faham yang ku tak nak bagi duit. Bengang betul kurasa. Bila dah paksa-paksa ini macam niat nak sedekah ikhlas jadi tak ikhlas lah kan.
Tiga, sebab dia bagi ku barang yang murah gila kalau beli sendiri di kedai boleh dapat dengan harga 2,3 ringgit sahaja. Nak minta sedekah tapi minta sampai RM10. Kebetulan betul dalam poketku ada RM10 sahaja. Serius cakap kebetulan sungguh. 2,3 minggu lepas itupun sama juga situasinya di mana dalam beg ku ada RM10 sahaja. Dia ini ada pakai jin ke hape sampai tahu aim orang. Ku rasa kalau ku ada RM1 or RM5 memang ku akan bagi yang itu tapi sebab memang tak ada dan dia pula paksa-paksa.
Empat, Kenapa ku tetap bagi RM10 ku itu? Ok, ku pergi situ seorang diri dan tempat parking ku agak jauh sedikit daripada kedai. Sebab di situ sahajapun parking yang kosong. Tempat lain semua sudah penuh. Bila dah seorang maka kupun adalah rasa cuak dengan pakcik itu. Dah lah cakap baik-baikpun macam tak faham bahasa lagilah ku takut. Pulak tu pakcik itu keturunan I*d** tentu-tentulah ku tak dapat jangka tindakan dia kalau ku tak bagi juga RM10.
Takkan nak biarkan sahaja ia terus berlaku? Ok, ku dah ada beberapa cara untuk elakkan kena pow lagi dengan pakcik yang tipu kata diri bermusafir itu.
Cara pencengahannya;
Satu, cari parking yang dekat-dekat lagi dengan kedai dan ramai orang.
Dua, bila nampak pakcik tu buat-buat tak layan (sombong) walaupun pakcik itu menegur. Buat-buat tak dengar dan tak paham macam yang dia dah buat pada ku.
Tiga, kalau pakcik itu paksa-paksa terus tutup pintu kereta dulu dan bawa trolley(yang ada isi barang lagi tu) tu jauh-jauh dahulu sampailah pakcik itu blah dari situ.
Empat, kalau shopping kena bawa teman tak boleh pergi seorang diri dah. Kalau bawa abang yang macma bonzer tu lagi bagus. Baru dia takut nak dekat. haha!
Lima, jangan pergi shopping masa petang-petang selepas asar dan sebelum maghrib hari bekerja di tempat itu sebab pakcik itu memang buat kerja itu waktu petang.
Maklumat penting kejadian?
Tempat Shopping :
OTK Puchong Prima.
Masa kejadian :
Pukul 6.00 - 6.30 petang.
Suspek :
Berkulit gelap, pakai ketayap, bawa satu beg sling saiz sederhana dan badan dia berisi. Tinggi pula lebih kurang 1.6 meter sahaja.
OTK Puchong Prima.
Masa kejadian :
Pukul 6.00 - 6.30 petang.
Suspek :
Berkulit gelap, pakai ketayap, bawa satu beg sling saiz sederhana dan badan dia berisi. Tinggi pula lebih kurang 1.6 meter sahaja.
Ini kejadian betul-betul ye bukan main-main. huhu. Saya tak mahu orang lain terkena juga macam saya ini.huhu.
Maaf entry ini tiada unsur-unsur racist sebab di mana-mana dan mana-mana race pun sekarang ada possibility untuk buat benda ini juga.
p/s : agak-agak berapa pakcik itu untung kalau hari-hari dia buat kerja itu. Dengan modal RM2,3 ringgit dia boleh mendapat RM10. Untung bersih RM7 setiap kali beb. Kalau sehari dia berjaya dapat pow 10 orang, dah RM70 untung. Kalau 100 orang, dah RM700 untung. Itu baru sehari belum sebulan. Pakcik tu kayo sudah agaknya.
sabar yea...
ReplyDeletecube halalkan duit tue... :D
insya allah ade hikmah.. ape2 pun.. be careful next time
noor afzan : kekadang susah nk pecaya kannnnnn...coz makin hr makin ramai!
ReplyDeletemmg rmai yg suka paksa2 cni skrg..kdg tkut!!huhu
ReplyDeletedulu ada sorang lelaki tak pasti lah pulak bangla ke ape, datang kat kete. dia cakap macam tu jugak lah. adik, amik lah ni ikhlas saya bagi..
ReplyDeletewaktu tu haz masih dalam kereta, turunkan tingkap sikit, amik lah buku tu terus start enjin keta & blah.sesen pun tak bagi.
lagipun dia cakap ikhlas kan.HAHA
miahahahah! noted!!! tapi kan memang ramai orang macam tu kan.. ada sekali budak minta kat ku duit.
ReplyDeletetapi seriously, pergi pasal teman akak ku, memang ku tak bawak wallet pun. bila cakap takde, die cakap aku kedekut. hahahaha~ nampak sangat kau bengang..
akak ku tegur die, jgnlah macam tu kn. terus dia marah2 akak ku.. padahal die budak lg..
emmmmmmm~ tak faham..
Manusia sekarang macam².. tak dapat terima lar kalau orang cari keuntungan di sebalik agama..
ReplyDeleteciss punye pakcik..tapi aku pun penah kene :(
ReplyDeletetyrox san..
ReplyDeletetu la..
cuba dah tuk lupakan.
huhu~
azzey..
tu la pasal.
dah tak tahu nak keje macam mana dah kot.
aishahumairah..
betul dik. akakpun takut juga.
hazzy..
terbaik punya hazzy!
lenkali tak payah bukak tingkap.bolayan aje la..
molmolla..
tak bawa duit lagi bagus sebenarnya.
hehe~
budak2 u kadang2 keje ngan sindiket.
terpaksa mminta duit kalau tak tak dapat makan.
aidiena..
tul..
tu yang paling tak boleh terima.
cikhel..
penah gak?
same case ke cikhel?
er...nk buat mcm mne...klo di pk kn memg skt sgt aty...mgkin lbh elok, kte bersangka baik..moga dgn menghalalkan rm10, ada berkat dan hikmahnya... :D
ReplyDeleteelok2 boleh buat pahala apa pun tak dapat kan? haha kesian awak afzan
ReplyDeleteAfzan,
ReplyDeletelain kali satu sen pun jangan bagi kepada mana2 peminta sedekah. Lebih baik lu sedekah ke Masjid atau rumah2 anak yatim, daripada beri kepada ntah2 mana punya pengemis yang berkeliaran.
Memberi atau tidak, urusan diri kita dengan Allah, minta ampun banyak2. Positifnya kita tidak tertipu dengan orang2 yg jenis mengambil kesempatan/sindiket.
lepas ni ko amik gambar dia...ko ckp nak antar kat pusat zakat utk bg bantuan kat dia...
ReplyDeleteeiffel..
ReplyDeletetu la..
mula2 dulu mgg positif.
mmg terus je bagi dia 10 inggit.
tapi bila 2nd time ni rasa cam pelik dan rasa cam kena tipu jep.
takpela.dah bagipun.walaupun masa bagi tu tak ikhlas tapi halalkan je la.
=)
naz..
huhu..
memang masa lepas bagi tu berperang dengan diri sendiri.
last2 takleh terima gak.
isa..
tu la. memang better bagi kat surau/masjid dan anak yatim.
baiklah isa, skang ni saya cuba la ikhlaskan diri dan halalkan sahaja walaupun kena tipu sudah!
terbaik punya idea la mario..
ReplyDeleteada gak terfikir tapi lepas dah kena pow la.
huhu~
tulah...kalau dah ikhlas baik derma kat masjid ye dak..dah tahu dah hujung pangkal duit tu kemana kan?
ReplyDeletehentakbelipat..
ReplyDeletehaha..mmg better bagi kat masjid.
huhu~
Pakcik tu bisnesman
ReplyDeletefndrocka...
ReplyDeleteexactly..
rasa macam arrghh..tetipu dengan pakcik.
pernah jgk jd mcm nie. niat mula2 ikhlas nak bg tp jd x ikhlas..sebabnya mcm kena paksa.sebab takut, bg je la.ni bukan sedekah namanya, ni kena peras ugut..huhu...
ReplyDeletemoral of the story, jgn jalan sorang ek..bahaya..
memang menci tol..haih..bukanla memandang hina gologn peminta sedekah..tp xsuke da jadi dorg nye keje tetap plak..da tu siap bwk bodygad lak tu..kang bagi duit pon nth2 bodygad yg kaut sume..haih..ksian..tapi xtaula..belum lagi masuk ngn gologn menipu..haih..foreigner lagi..ah..makin xpcya la..isk2
ReplyDeletenk bt cmner kn afzan~huhuhu
ReplyDeletedorang tau rkyat Mlysia smua prihatin..so,amik kesempatan~
kan?
halalkan aje duet tuh,ape yg jdi pastu antara dia dgn Allah aje..
biel pn pnah kena,dlm msjid lagi~
pkck tuh g cuci muke jek,knon2 bru pas solat..mtk duet,pastu dh dpt mkn kt msjid tuh sket..blah gitu jek tnpa smbyg~
atie..
ReplyDeletehuhu..
betul =)
kerangrebus..
tu la..
bak kata isa baik bagi kat surau or masjid je.
nabiel..
ReplyDeletelagi best pengalaman awak tu.
kat masjid lagi eh.
macam2 org zaman skang ni.
sgt menyakitkan ati kan bile terkena gitu. aku pun pnah kena gak taw yang. dah lah tgh sengkek...sudahnya terpaksa aku berlapa..geram kan ngan dorg yg gune tektik gnie..huh!
ReplyDeleteweh lainkali ko snapshot je gambar beliau ..report polis..dah rasa terancam nih!!
ReplyDeleteHari ni saya kat depan Masjid Jamek. Jangan lupa hulur tau? Semalam income kurang sikit.
ReplyDeleteaku kadang2 wat tatau jer orang camnie..... kadang2 aku kesian aku bagi takat ikhlas ja, tak amik barang dia 'jual' tu,....
ReplyDeleteerrkk! cam bahaya je kalau tak bagi.. dah ghupa orang mengugut lak jadinya.. redhakan je la benda dah jadi, lepas ni kena berwaspada dengan uncle tu. adeh..
ReplyDeletemacam2 taktik orang nk dapat duit sekarang ni. kalau dengan cara yang betul, tak sapa kisah pun.. tapi kalau dah sampai memaksa orang, boleh mendatangkan marah jugak tu.