Tuesday, October 12, 2010

101010 : Hari bersama keluarga si dia

10hb 10 2010 (semalam).

Apa yang korang buat pada tarikh yang cun itu ye?
Ada buat apa-apa aktiviti atau event yang boleh buat korang ingat sampai mati. Ada tak? Kalau tak ada tak rugi apapun. Tunggu sahajalah next year pula 11hb 11 2011. Takpun next 2 years pula 12hb 12 2012.

Aktiviti orang lain.

Kudengar ramai juga figura-figura terkenal Malaysia buat majlis kahwin semalam. Antara yang paling gah ialah Dr.Syed Muzaffar dengan Dr.Haslina, Bienda dan pasangannya dan juga Aqasha dengan pasangannya. Selain artis saya yakin memang ramai pasangan lain yang memilih tarikh ini untuk buat majlis akad nikah, sanding, bertunang dan lain-lain. Semalam masa singgah di Masjid Wilayah untuk solat Zohor, punyalah penuh parking dengan kereta. Luar biasa sesaknya. Rupanya ada akad nikah di situ. Beratur beberapa pasangan pengantin menunggu giliran untuk diakad nikah. Silap-silap tak menang tangan jugalah jurunikah sepanjang hari sebab mendapat permintaan yang tinggi daripada hari-hari biasa.

Aktiviti saya?

Memang kedengaran macam ada kena mengena jugalah dengan isu kahwin. Tapi bukan kahwin ya tapi sesi beramah mesra dengan keluarga si tunang. Daripada tengahari membawa ke malam. Mulanya saya, tunang dan bakal mak mertua ke Pesta Pengantin di KLCC yang ala-ala indah khabar dariapda rupa sebab tak semeriah manapun. Pilihan yang banyak ialah untuk photoghraphy sahaja. Khidmat pelamin, mekap, baju pengantin dan kad kahwin bukan tak ada tapi tak banyak pilihan. Agak membosankan jugalah eventnya bagi pasangan yang betul-betul nak cari all in 1 for their wedding di Pesta tersebut. Pesta Buku lagi meriah rasanya. Selepas itu sesi makan tengahari di FoodCourt KLCC. Nasi ayamnya memang the best lah.

Then, kami ke Masjid Wilayah untuk solat Zohor sebelum menuju ke Carrefour Wangsa Maju. Beli barang-barang rumah sedikit. Last sekali balik rumah keluarga si dia. Bakal mak mertua ajak makan malam di sana. Sambal udang petai dan ikan siakap masak stim memang terbaik. Resipi original daripada bakal mak mertua. Saya tukang menyibuk sahaja di dapur. huhu~ Lepas maghrib terus kami menyantap. Pukul 8 lebih baru saya balik rumah.

Apa perasaan?

Entahlah. First time berlama-lama dengan bakal mak mertua. Alhamdulillah sebab beliau amat baik dan sporting. Dulu memang ku takut nak jumpa beliau sebab macam garang sahaja kan. Si dia pula pernah meracuni pemikiran suci ini dengan mengatakan yang mak dia garang. Aiseh, terus kecut perut tiap kali nak jumpa bakal mak mertua. huhu~

Ramai pula yang tanya bila?

Jodoh pertemuan ajal dan maut semuanya ditentukan Allah. Tapi kita hanya boleh merancang. Dan kami sebenarnya dah merancangnya pada bulan June tahun depan. InsyaAllah, doakanlah ya rakan-rakan blogger sekalian. Kalau dah sampai masanya nanti barulah boleh menjemput secara official kan. Tunggu sahajalah ye.

Gambar?

Memang langsung tak ambil gambar walau sekepingpun. Rasa rugilah pula tapi yang pasti kenangan ini akan terakam di blog entry ini dan juga dalam unlimited memori otak saya ini.

Kesimpulannya tarikh 10hb 10 2010 akan jadi tarikh yang amat bermakna buat saya.
(macam buat rumusan karangan la pula..haiihhh)

30 comments:

  1. sian mak, bowink je ikut ayah pie kebun..huhuuu~

    ReplyDelete
  2. 101011.. melepak di opis jalan2 kat blog orang..sangat bosan! ngeee...

    ReplyDelete
  3. alaa...rugi la xde gmbr..semua peminat afzan tertunggu tunggu..

    ReplyDelete
  4. wahhhhh! sudah mau kahwin bulan june yekk.. jemput kite tak?? heheh :D

    ReplyDelete
  5. anony..
    takde la.
    cuma mebandingkan je 2 event tu punya kemeriahan.
    =)

    aida..
    uih..
    haha..
    tu la.lenkali ku bawa mak ayah sekali gi umah diorang.
    =)

    1010 2011?
    Uih, dah tahu dah tahun depan buat apa eh?
    isk2..

    rizal..
    semua peminat?
    ooopss..ada ke peminat nih?
    =)

    achu..
    jemput. mesti jemput punya.
    =)

    ReplyDelete
  6. 101010 : pi menara KL layan penerjun2 buat terjun tiruk.....

    ReplyDelete
  7. bro 10.10.10 penuh dgn undangan makan, makan n makan huhuhu

    Regard,
    BroFramestone Blog
    @ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

    ReplyDelete
  8. aishahumairah..
    terima kasih awak.

    pia..
    ingatkan pia terjun sekali.

    broframestone..
    raya dah abespun makan makan makan kan.
    kenduri kawen byk sgt.

    ReplyDelete
  9. sayangnya takde pics..hehe..kalau tak boleh tengok muka u yang cuak sepanjang masa

    ReplyDelete
  10. sebut psl jumpe bakal mak mertua mmg scary
    smua rs x kena
    mesti bz nak wat psiapan kawen
    wp kawen cuma sehari
    camne la turn sy nanti hahaha
    ><~

    ReplyDelete
  11. wahhhh..cmperm bedebar dia lain macam kan

    ReplyDelete
  12. lily lotus..
    uu.sebab tu tak semapt bergambar kot.

    juelina..
    huhu..
    turn sayapun lambat lagi sebenarnya..
    tahun depan kan.

    hentakbelipat..
    sendiri test baru tahu apa yang lain macamnya..
    ngeh ngeh ngeh..

    ReplyDelete
  13. alamak tak ada gambar ya.. hmmm tahun depan 11.11.11 then 12.12.12 then???

    ReplyDelete
  14. Saya 10.10.10 pergi SIC Sepang menyaksikan MotoGP

    ReplyDelete
  15. gelak baca bila kamu kata bakal mil garang..agaknya nanti camtu gak agaknya pemikiran bakal menantu akak kot..

    ReplyDelete
  16. akubiomed..
    uu..best2..
    ada gak kenangan eh..

    kak ina..
    huhu..
    mungkin juga kot.
    tapi once dah kenal, baru tahu kan betapa ramah tamahnya kak ina.
    hihi~

    ReplyDelete
  17. terus bersabar nak melihat pengantin di sini !

    ReplyDelete
  18. mg diprmudahkan segalanya afzan

    ReplyDelete
  19. wahh nasib baik future mother in law sporting. u're the lucky 1.. hope jodoh sis dgn mr. F berpanjangan selamanya. =)

    ReplyDelete
  20. Aku lak..langsung tak teringat nak ingat apa2 pasal tarikh tu..tpi time tu aku pi mid valley la..dgn tgk audition pilih kasih kat klsentral..nampao rosyam nor dgn que haidar

    ReplyDelete
  21. smg cepat nikah.. yeye ada photographer official..lehla tgk gamba weding manyak2

    ReplyDelete
  22. SALAM,
    DIDOAKAN YANG TERBAIK UNTUK HARI YANG DINANTI2 ITU. JANGAN LUPA MENGIRIM KAD ........

    ReplyDelete
  23. 10 hb 10..layan cerita jepun dekat rumah..

    ReplyDelete
  24. yott..
    thanks yea.
    same goes to you my dear.

    aida..
    InsyaAllah.
    Doakan yang terbaik je.

    fndrocka..
    ok dah tu.
    de juga kenangan jumpa artis hot..
    haha~

    dayah..
    yeye..mmg survey photoghrapher.
    dan agak best jugalah 1 photographer ni punya deal.
    nanti akak story lam next2 entry.

    LF..
    InsyaAllah, nanti sampai masa saya umum sini.

    CERITA LEBAT..
    Hahaha..
    cite pe tu bro?

    ReplyDelete
  25. semoga selamat ke jinjang pelamin ye..=)
    amin..

    ReplyDelete

kalau nak tinggalkan link, <a href="http://link entry"> Tajuk entry </a>