Wednesday, September 8, 2010

Shopping raya: Ikan Pekasam vs Ikan Masin?

Malam tadi, saya memang langsung tak online..
Tarawikh pun tak buat..(oo..ruginya malam2 terakhir Ramadhan)
So, apa yang saya buat?
heheheheh~ shopping lagi untuk preparation raya.

Tapi bukan beli langsir, kasut, baju, tudung, keronsang ataupun perabot baru.
Tapi, beli barang-barang untuk masak-memasak juadah raya nanti.
So, kami ke sebuah pasaraya yang hampir dengan rumah.
Kali ini 5 orang sekali pergi shopping bikin sesak pasaraya yang dah sedia sesak dengan orang ramai yang dah mula sibuk bershopping untuk raya di situ.

Matlamat utama nak beli bahan-bahan untuk masak kuah lodeh dan rendang daging.
Makanan ringan juga turut diborong secara banyak untuk bekalan 3 hari kami masa balik kampung nanti.

Sampai di tempat ikan bilis, sayapun grab la 4 bungkus ikan bilis jepun.
Baru nak beredar tiba-tiba ada adik manis mendekati ku sambil menunjukkan satu bungkusan.

Ini la bungkusan ikan yang ditunjukkan adik tu. Namanya Ikan Kembong saja.

"kak, ini ikan pekasam ye?"


"err..ye ye.."
Ku terspontan jawab macam gitu. tak sempat berfikirpun.

Dia mengucapakan terima kasih dan terus beredar.
Ku mula berfikir apakah bezanya ikan pekasam dan ikan masin.
Ligat berfikir ku terus tanya my sis.

Saya:
" ikan pekasam itu macam mana ye?.Apa beza dengan ikan masin?"

My sis:
"Ikan pekasam dia ada lembab-lembab, basah..Ikan masin pula kering."

Saya:
"di sini ada jual ikan pekasam tak?"

My sis:
"Rasanya tak ada"

Saya:
"Err..alamak, tadi ada budak tanya ku pasal ikan pekasam. Ku ingatkan ikan pekasam dengan ikan masin sama sahaja. So, bila dia tunjuk ikan masin aku katalah itu ikan pekasam"
Rupanya ikan yang adik itu tunjuk tadi bukan ikan pekasam tapi ikan masin.
My sis:
"woiittt, la ye ke? kasihan budak tu. Mesti mak dia suruh beli tu. Balik karang mesti dia kena marah."

Saya:
"Erk!"

Uhuu..buat adik itu, kukirimkan salam maaf di angin lalu.
Nak minta maaf berdepan, memang ku tak kenal siapa, tinggal di mana, bernama siapa.
Tak sengaja dik! hoho~

Ikan pekasam itu bagaiman rupanya?
Bila ku google, inilah hasilnya,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgY2IwDwhyphenhyphen_vwx6vRkOynzoHuOiPNjOaLFt7vfbiIR6G87-4sbmWt1r2NVpRP5CWARCd6djx5LgsM1gw0e_qwfp82_145XSJVHX8YkYJ5CSHk9lwUAWZrR-iPUYsklhYPNjYRzephvj1Cc/s400/ikan+pekasam.jpg
memang lembab dan basah la ikan pekasam ini. huhu~

p/s : ku tak pernah makan ikan pekasam. Ikan masin pernahlah. Tu yang tak tahu beza. alahai~

Sumber gambar:
gambar ikan masin ialah gambar sebenar ikan yang adik itu salah beli.
gambar ikan pekasam credited to google.com

24 comments:

  1. Seharusnya ikan pekasam menjadi pilihan hati saya :)

    New Entry ProfHariz
    Bila Takbir Raya Bergema Hatiku...

    ReplyDelete
  2. SALAM,
    LF MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. SEMOGA AMALAN KITA DI BULAN RAMADHAN DITERIMA OELH ALLAH SWT

    ReplyDelete
  3. OH! ikan pekasam memang banyak dekat2 dgn tempat saya.siap ade pusat pekasam kebangsaan owh! hahahahahahaha :D
    eyh,serious!

    ReplyDelete
  4. Hariz..
    ahaha..
    sedap eh pekasam?
    tak penah rasa lak.

    LuahFikiran..
    thanks =)
    selamat hari raya juga untuk kamu =)

    IKTIRAF..
    Ooo..ye ke?
    kat mana tuh awak.?

    ReplyDelete
  5. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri!!!~ :) Maaf zahir dan batin ye..:)

    ReplyDelete
  6. kejam sungguh budak nie ek

    sian budak tue... babap karang huhuhu

    bro mmg suka makan ikan pekasam dgn nasi buh kicap.. sedap tue.. n makan time2 hujan

    Regard,
    BroFramestone Blog
    @ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

    ReplyDelete
  7. klau lionteen pun xtau beza..
    makan pun xpernah..
    hehe..
    salamt hr ry:)

    kene ikut cakap suami la..

    ReplyDelete
  8. ikan pekasam or ikan masin?
    per kata tnya si tunang..hehehe

    kisah London hanya di http://coretanperantau.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. x penah makan ikan pekasam...ikan masin sedap gak..goreng garing2..

    ReplyDelete
  10. ikan pekasam sgt sedap
    kt jhr susa nk dpt
    bese kite beli online je kak ;p

    ReplyDelete
  11. ikan pekasam tu dia peram lam bancuhan beras apa ntah..... kalau ikan masin tu ikan yang dikeringkan... betoi tak pahaman aku????

    ReplyDelete
  12. haha..tang confident jer ckp ikan masin tu mmg best la..hehe
    ikan pekasam sedap2..goreng

    ReplyDelete
  13. baincardin..
    selamat kembali..
    zahir dan batin juga =)

    Bro Framestone..
    erk..
    tak sengaja jadi kejam. huhu.

    oo..ye ke..
    tak pernah pula merasa.
    kok sedap nak juga mencuba.

    lionteen..
    haha..
    sama la kite ni kan.
    orait, selamat hari raya sis =)

    ReplyDelete
  14. velasrizal..
    typical lelaki camtu la..
    janji sodap!

    long..
    erk?
    tunang nak bezakan ikan pun dia tak tahu,
    bagi dia ikan semua sama.
    ahaha~

    black_mel..
    haha..
    makan dengan pulut, kelapa parut.
    yu mmy!

    ReplyDelete
  15. intan..
    oo..ye ke?
    so ikna pekasam ini asal negeri mana eh.
    haha~

    sofia..
    entah la.
    sape yang terror tolong la jelaskan.
    kuikui~

    yott.
    aduh, masa tu terover confident.
    kesian budak tu sebab dia terus je ambil.

    sharinginfoz..
    ikan kering sama je ngan ikan masin.
    ikan basah je byk type..ehehe~

    ReplyDelete
  16. mesti mak bdk tuh ckp..
    ape la nk jdi ngan berbudak zaman skrng nie~hehehe=P
    msk lodeh!!cedap2!

    ReplyDelete
  17. aku pun tak pnh jumpa ikan perkasam.. hahaha

    ReplyDelete
  18. alamak kesian kat adik tu eh...
    apa la cik afzan ni..'keh3...ingat pekasam pon sodap jugak..ala yang orang buat kailam ikan masin tu..sebenarnya org guna ikan pekasam tapi ikan masin pulak dapat nama...

    ReplyDelete
  19. nabiel..
    err..
    sayapun cakap..
    sorry makcik..
    huhu~
    lodeh mmg sedap!

    kyuubi..
    ahaha..
    tu la.
    jarang dengo.

    azmi..
    ahaha..
    kesian gak kat cik afzan yang tak tahu beza ikan2 itu.
    oo.ye ke pakai ikan pekasam?

    hamzah..
    betul..
    betik sedap!

    ReplyDelete

kalau nak tinggalkan link, <a href="http://link entry"> Tajuk entry </a>