Sunday, August 22, 2010

KGPA : Berbaloi-baloi berbuka puasa di sana~

Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) memang ada buat Buffet sempena Ramadhan.
Isnin lepas saya bersama rakan-rakan sekerja telah berbuka puasa bersama-sama di sana.
Semua ahli group termasuk boss jepun turut meyertainya.

Hari Isnin sudah tentulah kerja.
Lepas office hour kami lepak-lepak dahulu sambil baring-baring di surau dan solat Asar sementara menunggu pukul 6.00 petang ( office hour tamat pukul 4.45 petang).

Bila dah pukul 6.00, kamipun gerak ke KGPA yang terletak di Bukit Kiara, Damansara.
Setelah meredah kesesakan lalulintas berserta hujan yang agak lebat, kamipun sampailah ke sana.
Rasa terkagum seketika sebab banyak betul makanan terhidang dalam tray dan tak kurang juga bangsal-bangsal ala-ala gerai disediakan.
Memang meriahlah rasanya makanan yang disediakan sempena Buffet Ramadhan ini.
Tak percaya bolehlah baca template yang saya tampal di bawah ini.
ramadhan promotion 2010.

Tak jelas ye? Sila zoom sendiri ye untuk kenalpasti menu-menunya.
Nampak tu. Lebih 200 jenis juadah makanan termasuk 20 jenis juadah berkonsepkan warung iaitu kebab, roti john, char kuey teow, Laksa, Mee Kari, Tempura, Salad corner, Pasta corner, Yong Tau Fu, Satay, Loklok, Pisang goreng+keledek goreng+cempedak goreng, Cakoi dengan sos vanilla, lempeng, Rojak mamak, Rojak buah dan lain-lain.
Nasi berlaukpun ada. Lauk pula memang bersusun banyaknya termasuk gulai kawah yang boleh dicedok terus dari dalam kuali.
Rambang mata nak pilih lauk. hoho~
Selain itu, makanan grill seperti kambing bakar, grilled chicken, ikan bakar, otak-otak, lala dan juga grilled seafood pun turut disediakan.
Buah-buahan segar, kek-kek dan pastri-pastri turut dihidangkan secara buffet.
Minuman pula ada minuman panas dan juga sejuk pelbagai jenis.
Siap ada gerai yang buat teh tarik. Order sahaja.
Untuk pencuci mulut, Aiskrim pelbagai perisa turut tersedia.

Dan duration untuk buffet ini memang lama.
Start pukul 7.00 petang sampailah 10.00 malam non stop.
Makanan memang sentiasa di refill sampai pukul 9.00 (semua gerai dah start nak bungkus)
Kelebihan yang lain ialah parking senang dan free of charge.
Surau yang selesapun turut disediakan untuk pengunjung solat maghrib.

Harga dia RM48.00 tapi amat berbaloi la sebenarnya dengan makanan yang disediakan.
Kira macam puas makanlah sebab semuanya ada.
Tapi kena booking sebab tempat ini memang sentiasa full booked.
Kalau ramai boleh dapat diskaun rasanya. (err..rasanyalah..)

Untuk keterangan lanjut bolehlah ke SINI.


p/s :nampak tak dia tulis, setiap RM1.00 akan didermakan kepada fakir miskin. So, sambil makanpun boleh beramal juga kan =)

p/s : pengalaman saya berbuka di KGPA? Akan diceritakan kemudian.
Belum transfer gambar daripada handset. Sabar noo..=)

21 comments:

  1. never heard bout this place..
    mcm best je...
    harus ajak parents g ni..
    hehe

    ReplyDelete
  2. oho.. akak main golf eh... nant leh ajar kan... hehehe.. (^__^)

    ReplyDelete
  3. nadd..
    yup, harus pergi.
    best!

    faarihin..
    takdela.
    pergi sana semata-mata untuk berbuka puasa sahaja.
    =)

    ReplyDelete
  4. afzan,
    bole tak tolong alihkan iklan nuff yg tengah nie, k liy tak leh nak baca entry awak la coz mengganggu. plz do something tau.

    ReplyDelete
  5. ciklily..
    arr.ye ker?
    isk2..
    ok, thanks ye for comment.

    ReplyDelete
  6. issshh!!
    ni dah boleh buat ruangan jalan-jalan cari makan bulan ramadhan ni..
    hihihi..
    tapi mmg banyak giler samapi 200 jenis makanan..memang rambang mata + berbulu mata...

    ReplyDelete
  7. wo0ow!
    bestnye!hehehe..cm menarik..
    ari tuh biel berbuka kt Flaming~
    pnah g?

    ReplyDelete
  8. Azmi.
    ahaha..
    buleh la..
    sekadar share tempat makan best je.

    asfira..
    sila2..

    nabiel..
    flaming..
    steambot yea?
    penah2..

    ReplyDelete
  9. gi seorang bolehlah...kalau gi reramai ehmmm kempis poket..

    ReplyDelete
  10. kak ina..
    ahaha...
    tu la..
    tapi mmg kalau sekali sekala tu berbaloi makan kat sana =)

    ReplyDelete
  11. Jard..
    takde la rajin benor.
    tapi kira macam ikut orang de..
    tak pergi kang ada yang kecik ati.
    huhu~

    ReplyDelete
  12. last week baru je buka puasa kat KLGCC... dekat je rasenya ngan KGPA tue... huhu...

    my latest entry:
    http://aidyshahiezad.blogspot.com/2010/08/abstrak-sebuah-susunan-kata.html

    ReplyDelete
  13. Aidy..
    haa..
    KLGCC eh?
    ada penah gak dengar.

    hamzah..
    apa lagi..
    try sekali.

    ReplyDelete
  14. salam..

    lama nya dah tak datang blog ni.huhu

    emm 48 hengget macam mahal. tapi bila tegok2 list mknn yg ada... perrghhh~ berbaloi baloi... :)

    ReplyDelete
  15. hana..
    salam..
    huhu..
    tu la..
    sampai rak pasan dah tukar layout kan.
    =)
    cantik tak?

    betul2..
    berbaloi makanan dengan harga.
    =)

    ReplyDelete
  16. Salam ziarah ramadhan dari ghimau :)

    ReplyDelete
  17. salam ghimau..
    uu..bahaya ni..
    ghimau jinak ke liar ni?
    kuikui~

    ReplyDelete

kalau nak tinggalkan link, <a href="http://link entry"> Tajuk entry </a>