Tuesday, August 24, 2010

Bulan Puasa : Bulan untuk diet ke?

Salam semua..

Mesti ada yang perasan yang akhir-akhir ini.
Ku jarang dapat jejak blog kawan-kawan.
Mana yang sempat sahaja saya pergi.
huhu~

Sebabnya ialah demam yang saya ceritakan itu hari.
Itu bukan demam biasa sebab demam itu disebabkan ada radang tonsil di anak tekak.
Kamu tahukah apa itu radang tonsil?
ermm..kejap ye saya bagi link yang menerangkan secara lengkap berkenaan sakit ini.
Klik SINI untuk maklumat lanjut.
[tonsil.jpg]
Ini radang tonsil yang telah kritikal. Saya punya tak teruk.=)

Gejala yang saya kena ialah;
  1. Demam yang agak teruk.
  2. Sakit tekak tapi tak berapa teruk.
  3. Selalu ada kahak.
  4. Sakit badan ( lemah gitu)
  5. Suara dah lain macam.
  6. Memang ada bengkak dekat anak tekak.

Fuhh...
Banyak juga ye yang saya kena.
Demam tu sekejap sahaja.
2 hari kot.
Tapi gejala lain tu memang sampai sekarang masih terasa.
Ohh...lupa.
Lagi satu gejala ialah saya akan jadi extra kuat tidur.
Memang tahap mengantuk itu tak dapat ditahan-tahan dan ubatnya ialah tidur.
Paling tak tahan semasa sedang bekerjalah.
huhu~

Malam tadipun saya langsung tak mengadap PC selepas berbuka.
Tarawikh ke mana..Isyak ke mana..
Memang tidur selepas tengok berita sampailah ke pukul 4.40 pagi.
Masa itulah saya solat Isyak dan seterusnya sarapan (err..sahur)..

Kesan yang baik (eeerrr..baik ke ek?)
Bila kena radang tonsil, makan memang tak banyak.
Saya makan hanya ketika berbuka dan juga sahur.
Memang langsung tak lalu nak makan di antara waktu tersebut.
Itupun masa berbuka dan sahurpun tak berapa lalu.
Nasi sesenduk sahaja dapat ditelan.
Mungkin bagus untuk mereka yang nak berdiet.
hehe~

Oleh kerana tak mahu diselubungi misteri kelemauan di bulan ini, saya dah mula minum nescafe ketika sahur.
Kesannya memang bagus sebab saya berjaya tidak tidur selepas subuh.
Yeaaahooo~
(err..ke disebabkan tidur terlebih malan tadi?)
Dan berjaya juga menaip entry ini.
Seronok-seronok.

Ok, jom jalan-jalan ke rumah kawan-kawan.
Blogwalking time!

p/s : sumber gambar : google

25 comments:

  1. jgn lupe mkn ubat2..
    sihat2 selalu..
    nnti dpt bw..
    hehe

    ReplyDelete
  2. x pe2....yg penting jg kesihatan....dh ok nt sambung blogwalking sakan!

    ReplyDelete
  3. kurang air kot.... maklum la, posa....

    apapun, get well soon dear....

    ReplyDelete
  4. lionteen..
    dah makan ni.
    tapi nak pantang makan tu yang susah.

    achu..
    aii..demam sebab jalan2 kot.
    =)
    semoga cepat sembuh tuk kamu.

    azzey..
    thanks dear.
    baikk!!

    sofia..
    betul2..
    tu la.
    dah cuba minum byk air ni.
    thanks ye =)

    ReplyDelete
  5. take care & get well soon.. sy pn diserang demam, tonsil bengkak,sakit tekak & batuk since first day puasa..badan rasa lemau je..

    bila slera makan xde, tekak tak lalu nk telan..memang turut gak la sekilo dua

    ReplyDelete
  6. aurikelsan..
    oo..
    samalah kita.
    hmm..mmg berat badan surut la.
    tapi siapa yang suka sakit kan.
    get well soon juga untuk kamu.

    ReplyDelete
  7. oookamu samalah dengan akak..kalau salah minium ais kat luar selalu kena radang tonsil..doc srh buang tapi akak takutlah

    ReplyDelete
  8. marah sikit leh??? mana cerita pasal tajuk tu?? baik tukau pasal gejala tonsing berleluasa.. huhuhuhuhuhuh

    ReplyDelete
  9. mak aihh mesti sakit kan? huhuh takpelahh. cabaran di bulan puasa. nak tunjuk Allah sayang kat kita. take care yekk ;)

    ReplyDelete
  10. zool..
    ada la..
    sikit je tapi.
    gejala tonsil buat kita berdiet maa..

    zida..
    betul2..
    redha je la.
    thanks ye =)

    ReplyDelete
  11. kak ina..
    itu dah tahap teruk tu.
    isk2..

    saya masih diperingkat awal.
    harap2 tak jadi teruk la..
    aaminnn~

    ReplyDelete
  12. jgn selalu plak minum nescafe..bnyk kafein...
    azmi kalau minum nescafe mesti kencing berbau..pekat pulak tu..
    hehe...citer pasal kencing plak...

    ReplyDelete
  13. dugaan berkali ganda. pahala lagi lah berlipat lipat kali ganda. apa lagi bolot semua haha

    ReplyDelete
  14. Azmi..
    haha..
    kalau nak segar masa keje mmg kena la awak.
    huhu~
    =)

    meo..
    thanks meo =)

    naz.
    insyaAllah.
    Akan terus berpuasa selagi mampu =)

    ReplyDelete
  15. take care yerr.. :) orang kata sakit ni penghapus dosa. jangan lupa makan ubat. :)

    ReplyDelete
  16. radang tinsil mmg buat kita nak meradang kn?

    ReplyDelete
  17. hana..
    thanks dear..
    baik2..=)

    faizal..
    ahaha~
    =)

    sharinginfoz.
    betul2..
    macam2 ada yang tak ada dalam bulan lain =)

    hetakbelipat.
    haha..
    memang rasa nak meradang je tapi tahan je la sebab puasa kan.
    sob2..

    ReplyDelete
  18. afzan, kite pn br kene tonsil...masyaallah....xleh nak makan, tido berckp....sakit sgt kt tekak....

    ReplyDelete
  19. sofiah..
    bulan puasa ramai yang kena tonsil ni kan.
    betulla sebab kurang air nih.

    ReplyDelete
  20. laaa...patutla...semoga cepat sembuh...mesti kena cepat weh...ni nak raya ni...ekeke

    ReplyDelete
  21. qemmal pun same, kena tonsil :((
    dah nk masuk 5 hari ni.sob3.

    ReplyDelete

kalau nak tinggalkan link, <a href="http://link entry"> Tajuk entry </a>