Sunday, August 29, 2010

Anak Derhaka : Part ni memang gua sensitif!

Tadi time online FB, tengok kat wall..
Tiba-tiba mata ku terlekat pada satu video yang di shaerre oleh rakan-rakan.
Tajuknya anak derhaka.
Kalau kamu ada add saya sebagai 'friend', akan nampaklah video ini di profile saya.


Bila saya tengok memang nangis beb.
Walaupun tak nampak jelas, tapi description yang disediakan cukup buat kurasa
marah, geram dan seangkatannya dengan anak itu.
sedih, kasihan dan seangkatannya dengan si ibu itu.

Siap masuk metro rupanya insiden itu.
Bila saya cari sumber video ini, rupanya ia berasal daripada SINI.
Siap ada artikel yang diambil daripada akhbar tersebut.

Bukan nak mengaibkan sesiapa tapi ia lebih kepada nak menyedarkan diri sendiri dan juga orang lain.
Tidak perlulah kita nak menggunakan kata-kata kesat, marah-marah, dan juga menambah aib mereka kerana setiap daripada kita juga ada potensi untuk melakukan sedemikian rupa kerana syaitan akan berusaha keras menyesatkan umatnya termasuklah untuk melakukan dosa2 besar.
Tak semestinya menyentuh berkenaan meninggalkan solat, puasa, zakat, haji serta minum arak dan melakukan maksiat tapi menderhaka kepada ibu bapa juga termasuk dalam dosa-dosa besar yang ditegah melakukannya.
Sudah tentulah syaitan dan iblis bergembira bila anak-anak adam berjaya disesatkan termasuklah dengan cara melukakan hati ibu bapa kita walau sedikit.
Hanya keimanan yang dapat menepis kita daripada godaan syaitan dan iblis ini.
Semoga kita sentiasa dilindungi Allah daripada melakukan dosa-dosa besar ini.
Dan juga semoga mereka yang dalam video ini diberi petunjuk serta hidayah oleh Allah SWT supaya sedar akan kesilapan yang mereka lakukan itu.
Aaaminnn~

22 comments:

  1. video nih xsilap masa bulan 4 hari tu
    dekat seksyen 7 shah alam

    P/S : Lagenda Budak Setan Versi Drama Baru Bestttttt!

    ReplyDelete
  2. hans..
    oo..ye ke?
    sayapun tak tahu sangat.
    baru pasan bila tgk kat FB tadi.
    hmm..

    ReplyDelete
  3. nauzubillah min zalik..
    semoga menjadi insan yg menghargai...T,T

    ReplyDelete
  4. aishahumairah...
    aaminnn~
    tu la, bila terkenangkan kita juga bakal menjadi ibu.
    dan kita juga bakal ada anak.
    minta jauh la daripada jadi macam ni.
    sedih wooo~

    ReplyDelete
  5. patutla status afzan pelik jer.. ingatkan nape..heee

    ReplyDelete
  6. aie..
    huhu..
    err..pasal inilah aie.
    sensitif sampai kuar entry blog pula.

    ReplyDelete
  7. mtk2 la dijauhkan dri jdi cmnie kat biel~huhuhu

    ReplyDelete
  8. belum tgk lagi video tu..dalam proses mencari..

    ReplyDelete
  9. teruknya...keluarga MELAYU pulak 2~

    ReplyDelete
  10. da pnh tgk..
    teruk tol anak tu..
    urmm.~

    ReplyDelete
  11. sekarang ni banyak kes2 macam ni...
    cuma kita je yang sedar tak sedar...

    ReplyDelete
  12. Nabiel..
    minta jauh la =)

    Azmi..
    car kat link saya bagi sini.

    ReplyDelete
  13. HYDE..
    huhu..
    sedih.

    Cik Yuki..
    =(

    MX.
    Betul..
    tu yang nak sedarkan diri sendiri tu.
    beringat kan.

    ReplyDelete
  14. a'ah..masuk metro..
    front page kot kalo xsilap..
    ni br tau ada video nye..
    ish3..

    ReplyDelete
  15. marina..
    oo..front page eh..
    nmpak sangat la saya ni agak ketinggalan.
    huhu~

    ReplyDelete
  16. elok di sumpah je. tapi kasih sayang lerai segala

    ReplyDelete
  17. dah pernah tenguk dah..skrg ni memang ramai betul anak remaja yang kurang ajar terhadap orang tua..mungkin salah didikan kot..semuga kita semua tak menjadi seperti mereka ni kan.

    ReplyDelete
  18. ikah..
    kaaannn..?
    sedih sangat..

    kakina..
    tu la..
    cite ni dah lama.
    harap la dorang tu dah insaf skang.

    ReplyDelete

kalau nak tinggalkan link, <a href="http://link entry"> Tajuk entry </a>