Buka2 belek2 sahaja tertarik dengan satu artikel pasal cuti bersalin di Kelantan.
Saya copy paste terus la artikel yang saya cedok dari Berita Harian Online
Kelantan laksanakan cuti kakitangan wanita bersalin 90 hari
2010/05/19
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan melaksanakan peraturan cuti bersalin bagi kakitangan wanita selama 90 hari, mulai tahun depan berbanding dua bulan yang dikuatkuasakan sekarang.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Wan Omar, berkata peraturan baru itu bagi membolehkan kakitangan wanita mengambil masa lebih panjang menjaga anak dan keluarga dalam tempoh pantang bersalin itu.
Ditanya sama ada peraturan baru itu boleh menjejaskan produktiviti kerja penjawat awam, Wan Ubaidah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijang, berkata penjawat awam di jabatan kerajaan negeri ramai dan boleh membantu tugas kakitangan yang cuti bersalin.
"Oleh itu, kita tidak bimbang dengan peraturan melanjutkan tempoh cuti bersalin 60 kepada 90 hari ini boleh menjejaskan produktiviti kerja kakitangan awam," katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri terpaksa mengambil masa agak lama untuk meluluskan peraturan itu kerana ia membabitkan banyak implikasi, termasuk pencen kakitangan terbabit.
Beliau berkata, sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor dan Kedah memperkenalkan peraturan melanjutkan tempoh cuti bersalin bagi penjawat awamnya.
"Kita memikirkan usaha melanjutkan tempoh cuti bersalin itu perlu bagi menjaga kebajikan dan kepentingan golongan kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri supaya dengan itu mereka dapat menjaga penyusuan anak dan keluarga dalam tempoh pantang itu," katanya.
Langkah yang diambil kerajaan itu selaras dengan jawatankuasa yang dipengerusikannya untuk memartabatkan golongan wanita sebagai salah satu sayap penting dalam pembangunan negara. - Bernama
Alee..tapi untuk penjawat awam sahaja la.
Kalau swasta kena depends pada boss besar la kan.
kuikui~
Baru juga ku tahu di Kedah dan Selangor juga telahpun memperkenalkan peraturan melanjutkan tempoh cuti bersalin bagi penjawat awamnya.
Boss, betul 2 bulan tak cukup. Hehe..macamlah pernah ada experience..kuikui.
p/s: Apply je kerja kerajaan tapi tak pernahnya dapat. hoho~
alamak, kenapa jauh sgt?
ReplyDeletejangan mintak kerja kat kelantan..nti kesian dkt sy xdpt keje plak nti,.dh lh lg stahun baru leh cri kerja nie
ReplyDeletewaa.. bestnyer..
ReplyDeletetp ssh gak, tu mesti yg kerajaan negeri nyer pekeliling..
kalo kerajaan persekutuan x dgr lagi kelulusan tu..
pepon, bet le org kelantan..
silap aribulan pas ni sume org laki kije, dh org puan sume cuti bersalin.. :P
kesihatan orang perempuan mesti diutamakan. tahniah kerajaan kelantan.
ReplyDeletehaha jom keje kat qlate!!
ReplyDeletepakat gi kijo kelate blako deh hehe
ReplyDeletesuaidah..
ReplyDeletehaha..
jauh tapi best pe kelantan.
ehehe
shafaa..
ReplyDeletehaa..awak anak jati kelate ye..?
kat ne?
leily..
ReplyDeleteyup, kerajaan negeri je..
patut satu negara kuatkuasaan camtu...
abu muaz..
ReplyDeletebetul2..
sokong!
dunspeak..
ReplyDeletehaha..
jom2..
izzatul ismail..
ReplyDeletehaha~
nak masuk keje gomenpun susah skang.
kena usaha sikit la.
pastu minta posting to kelate..
hehehe~
oh oh jauhnye kelantan. tapi best lah cuti lelamer. kekekekeke
ReplyDeletebunbun pergi dating :D
.kite pun apply spa
ReplyDelete.top x pnh dpt :(
HEHE...
ReplyDelete90 hari?? bgus2...