Monday, February 15, 2010

Teh Tarik HomeMade..Nak try?

Semasa hujung minggu lepas mak saya minta saya beli susu dalam tin jenama Gold Coin..
Kami sebelum ni guna Susu Cap Teko (Teapot)..
Kami belilah suss yang untuk Teh Tarik dalam 3 tin..

Kemudian, petang ahad itu kakak sedara saya datang rumah..
Mak saya pula minta dia buatkan Teh Tarik...
Pergghhh...terrornya dia.
Lepas ini tak perlulah ke kedai mamak untuk pekena teh tarik..
Sebab, saya tengok senang sangatlah cara nak buat..

Esoknya,saya cuba buat..
Mak teringin nak minum teh tarik katanya.
Lusa dan tulatpun mak minta buat lagi..
Sampai terpaksa pakai susu cap Teko sebab susu jenama Gold Coin itu dah habis.

Jom tengok macam mana nak sediakan..
Mula2 masukkan air panas dengan teh serbuk (saya guna BOH je dalam 3 sudu besar) dalam kole dan panaskan lagi sampai menggelegak..

Tebuk susu satu tin...(ohooo..hanya Susu Cap Teko je ada..)


Masukkan susu secukup rasa dalam bancuhan teh yang menggelegak tadi tu..
Better masukkan gula sikit supaya dapat imbang ke'kaw'an teh dengan kadar kemanisan air..
Kalau letak susu banyak sangat tak kaw la pula kan..
Kacau sehingga sebati sebelum tapis masuk dalam bekas air yang lebih besar.

Proses penapisan berjalan..

Process ini boleh diulang dengan menambah air panas,susu dan gula sehingga mendapat rasa teh tarik yang manis tapi kaw..
Now, dah siap untuk diminum..

Ohoo..dah habispun.
Sedap sangat ke ni haa..?

Selamat mencuba..

p/s : sila abaikan objek2 lain yang wujud di sekitar mereka seperti botol sabun, remote tv, kunci kereta, pendrive, kotak tisu dsb..ia hanya hiasan semata-mata. Tiada kaitan dengan isi entry.ahaks~

18 comments:

  1. wahh..kecur tgk teh tarik..
    teh tarik satooo!!!
    hehe..

    ReplyDelete
  2. Kenapa teh tarik dalam jug? Haha...

    Bukan teh tarik perlu di tarik dalam gelas ka?

    ReplyDelete
  3. teh tarik ada buih...
    nie x der pun...

    nie teh panas ajer...hhehehehehehehe

    ReplyDelete
  4. Kalau nak lagi ummmm teh tarik bubuh susu kambing,tarik kena pusing2 sikit baru buih melimpah keluar gelas.

    ReplyDelete
  5. nak buih~!! nak buih~!!! nak tarik"king"~!!! :P

    ReplyDelete
  6. buzarovig...
    mak saya x suke la 3 in 1..
    memilih tuh..

    ReplyDelete
  7. redz..
    haha..
    dalam jug tu patinya..
    bile nak bubuh dalah gelas baru tarik..
    hehe~

    ReplyDelete
  8. alizan..
    teh tarik ni tak cukup buih sebab tak pakai susu special..
    pakai susu pekat biasa je..

    kalau tidak berbuih-buih beb..

    ReplyDelete
  9. nurimo..
    oo..ye ke?
    mana nak dapat susu kambing eh?

    ReplyDelete
  10. Jawa..
    nak tarik king kena pakai susu tuk teh tarik..
    kalo pakai susu pekat x de buih sangat..

    ReplyDelete
  11. tak tarik pon???

    tipoooooooooooooooooooo!

    ReplyDelete
  12. anee , teh tarik satu !
    'tak bole (seperti iklan u mobile)'

    ReplyDelete
  13. fiD..
    aaaa..tarikpun x nampak buih bro..
    susu pekat je...
    buih cepat hilang..

    tapi rasa, umph!


    manade tipooo~

    ReplyDelete
  14. Salam ceria,

    Noor said:
    nurimo..
    oo..ye ke?
    mana nak dapat susu kambing eh?
    ........................
    Campur sikit je susu kambing,tak caya tanya kedai mamat tu.

    Nak susu kambing tangkap tepi jalan perah lah sikit.

    Kalau nak lebih lagi petua cara nak ummmmh tea tarik datang jumpa ana,pekerasnya pisang lemat manis sesikat je.

    ReplyDelete

kalau nak tinggalkan link, <a href="http://link entry"> Tajuk entry </a>