Cerita ini original from website ini
Serius saya touching sangat baca cerita ini..
sob2..
Pengajaran daripada kisah benar ini amatlah berguna untuk kita..
Fikir-fikirkan..
Kak Mah.., Lu Janji Jangan Nangis Tau...
Saya mengajar di sekolah  rendah di tengah2 bandaraya Kuala  Lumpur. Saya mengajar sesi  petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan  bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia  hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi  kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada  mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2  kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa.
Kali kedua saya memberi amaran,  dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali  ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.  Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Airmata saja yang jatuh  tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat,  dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap  lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah  mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya.
Dia tinggal di sebuah  kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.  Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan  gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih  kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke  rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah  baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas  memakainya.
Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari  ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya  memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan  cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa  yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya  berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju  lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu."  Jawabnya.
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja  cikgu pukul kamu?"
"Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan  kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung  kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,  "Maafkan cikgu, ......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas  itu saya cuba membantunya setakat  yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata  seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2  berikut;
(i). Solat sunat ( ii). Puasa sunat ( iii). Berzikir (iv).  Bersedekah (v).Mengusap rambut anak yatim (vi). Mendengar cerita2 kesusahan  orang lain vii). Membantu orang susah
Wallahuaklam……
Sumber - IkutSukaAku - Isa
sangat2 tersentuh.. (TT__TT)
ReplyDeleteassalamualaikum!
ReplyDeletekaya bertambah kaya dan miskin semakin derita......
sedih.. bersyukur dgn apa yang kita ada kan? sebab ramai lg orang yang lebih susah :'(
ReplyDeletesgt sedih la cite ni..
ReplyDeletehuhu..
se nk nangis..
tp kene tahan..
rmy org ngn on9 kat sini..
huhuh
=) sgt2 best..
ReplyDeleteso touching...
ReplyDelete;_;
faarihin..
ReplyDeleteamlhaj..
hanida..
lionteen..
a,zairi..
cinta..
realiti dunia hari ni..
begitulah..
betul, kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada kerana jika kita susah, fikirkan bahawa ada lagi yang lebih susah dari kita..
huhu..
terima kasih juga kepada pemilik cerita ini kerana sudi share untuk kita jadikan pedoman...