Thursday, December 24, 2009

Trip to Kluang~Versi 2

Sepanjang perjalanan pergi tu jalan lengang sangat..
So, boleh maintain la 100~110..
Cuma sekali-sekali hujan lalu di beberapa tempat..
Masa tu saya slow down la ke 80 je..
Sebab jalan tak berapa clear coz hujan..

Kami berhenti beli pau dan air tin sahaja di RNR Ayer Keroh..
Hajat nak isi minyak tapi minyak masih ada..
Cukuplah untuk sampai Kluang..

Sampai sahaja di sana, kami terus jumpa mak pengantin..
Yang baju kuning itulah mak pengantin..
Kemudian masuk dalam bilik pengantin..
Waaahaaa..masa nih pengantin masih berpakaian nikah..kaler putih..
Lepas dah jumpa dia sekejap sambil ber cheese,

kami pergi makan dulu.
Lauk kampung memang terbaik..
sedap..

Kemudian, kami masuk balik dalam rumah.
Lepak sekejap di ruang tamu mengukur ruang rumah guna mata..
Kami masuk ke bilik pengantin..
Sedang mekap daa..
Saya ambil kesempatan ambil gambar dulang2 hantaran..
Nice2 belaka dan nampak simple..snap sikit gambar boleh buat rujukan..
wakaka~

Ini kek dalam kotak..
lilit kain organza dan letak bunga je kat tengah2..
nampak macam mudah kan?

Ini lak mas kahwin..
kat johor mas kahwin murah sahaja..
tak sampai RM30..

Ini pula buah susun2 dalam bakul cantik..
hias sikit renda kat tepi bakul..
senang..

Ini pula sirih junjung..
cantik lak tengok..

Ini saya tak tengok betul2..
macam set mandian..
ye ker ek?

Ini pasti semua kenal..
beg jenama Bonia..

Gambar lain?
Pengantin?
nanti saya upload ye..~
k, versi 3 akan menyusul..

2 comments:

kalau nak tinggalkan link, <a href="http://link entry"> Tajuk entry </a>