Followers

Monday, May 31, 2010

Reunion kecil secara mengejut!

Petang Isnin lepas saya dapat mesej daripada kawan masa sekolah rendah dulu, Rozita.
Dia kata nak edarkan kad kahwin Hidayat sahabat kami juga.
So, cadangannya nak jumpa lepas waktu kerja hari itu dan dia bertanyakan waktu balik kerja saya.
Macam biasa saya jawab memang positif.
Boleh saja. Siap tanya nak jumpa kat mana dan pukul berapa.
Last2 dia mesej jumpa di ABC Restaurant kul 8.30.

Bagus juga.
Sempatlah saya balik rumah bersiap dan lepaskan maghrib dulu sebelum pergi sana.
Dijangkakan ada beberapa orang lagi akan join sesi penyerahan kad kahwin sahabat kami Hidayat tu.

Tepat kul 8.30 sayapun sampai.
Masa tu Rozita dah tunggu kami.
Awal betul dia sampai.haha~
Lepas itu sorang2 kawan2 sekolah sampai.
Borak2 sakan lah kan.
Daripada tujuan jumpa nak agih kad kahwin bertukar jadi reunion kecil.
Sebab daripada rancang 2-3 orang jadi 7+1 orang pula kan.
Apapun mari layan gambar ni dulu.

Dari kiri Wan, Che dan Rozita..
Rancak berborak sampai sayapun tak dapat nak tangkap.
Dorang dok cerita pasal working life masing rasanya.
Tengoklah berapa banyak gelas atas meja tu.

Ini pula baby Ayisy dengan mummy nya, Farhana Aqilah.
Sama2 cute kan.
Ok, inilah bapak Ayisy.
haha~
Memang sportinglah dia sanggup temankan isteri tersayang jumpa kawan2 sekolah.
Hai Ayisy.
Alololo..bulatnya mata dia.
geram!
Last sekali gambar kami berunion beramai-ramai.
Err..ramai ke kalau 6 orang sahaja.
hehe~



Kami balik pukul 10 camtu.
Bersembang punyalah sakan sampai tak sedar masa cepat berlalu.
Saya setuju dengan kata2 orang yang berbunyi lebih kurang macam ni.

" kadang2 perjumpaan yang dibuat mengejut tanpa dirancang awal lebih menjadi (happening) daripada yang well prepared reunion."
=)

My Sweetheart Smells Like Adidas Action3 Sensitive

Adidas Action 3 ada pelbagai jenis produk deodorant dan yang pastinya ada untuk lelaki dan ada juga untuk perempuan. Ada jenis Instensive, Control, Sensitive, Fresh, Pure dan Pro Clear. Contoh pilihan macam dalam gambar di bawah ni.
Mana satu yang saya rasa sesuai dengan my sweetheart?
http://projectalpha.com.my/wp-content/uploads/2010/05/Week-14a.jpg
Terlalu banyak pilihan sampai sayapun keliru yang mana satu suit dengan dia.
Yang saya tahu dia seorang yang sensitif dan amat mengambil berat gitu.
So, saya yakin sekarang ini bahawa my sweetheart smells like Adidas Action3 Sensitive.
Selain daripada alasan di atas, kelebihan yang ada berbanding 5 jenis yang lain ialah 'caring protection over perspiration'. Memang sesuai sangat keunikannya dengan my sweetheart.
Warna hijau pada botol juga ada maksud tertentu dan yang penting merupakan salah satu warna kegemarannya yang membawa maksud kesegaran. Ya, bila menggunakan deodorant Adidas Action3 Sensitive ini dia automatik akan jadi segar sentiasa.

Selain itu, deodorant ini memang sesuai untuk dia sebab ia tiada alcohol.
Dengan perlindungan selama 24 jam, dia akan berbau wangi sepanjang hari.
Siap ada special anti-whitening materials untuk mengurangkan tompok2 putih pada baju dan juga kulit badan bila memakainya. Sebab kadang2 ada jenis deodorant jenis spray yang meninggalkan kesan putih pada baju dan bawah lengan bila memakainya. Sebab iu sebelum ini saya dan diapun tak suka memakai deodorant jenis semburan ini. Selain itu ia juga ada New Dry Max System Technology yang berfungsi menyerap lembapan dengan lebih pantas dan kita akan rasa nyaman sentiasa bila memakainya. Dan yang paling penting dia takkan rasa macam basah sahaja kalau berpeluh.







Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Jom pi serang Chillis..

Pertama kali dalam hidup saya jejak Chili's ialah semalam.
Setelah 25 tahun hidup di dunia, baru dapat merasa makan di sana.
Lepas tengok Shrek semalam kamipun terus pi solat dan seterusnya cari restoran ni.
Besday guy nak makan kat situ. Ikutkan sahajalah since sayapun nak mencuba.
Sampai2 sahaja kena beratur la pula sebab dah 'penuh'.
Ada 3 group sedang menunggu seat di depan kami.
Setelah tunggu dalam 10 minit, kamipun dapat seat.

Sementara tunggu orang ambil order sempat lagi saya snap2 gambar.
Tisu, garfu dan pisaupun jadii..
Apa yang ada atas meja semua jadi mangsa.
Pakai kamera henset je pun..
wakaka~
Since saya tak tahu nak order apa my F la yang tolong order.
Sebenarnya ada macam2 jenis makanan tapi dia order kan saya burger.
Diapun order burger juga.
Tak ingat la pula nama burger yang kami order.(lain2 jenis)
Tapi memang BESAR PUNYA!.

Ni saya punya.
Daripada 4 potongan ni saya larat habiskan 3 sahaja.
lagi satu tu besday guy tolnog habiskan.
Saya offer kat dia siap2 sebab dah tahu tak larat nak habiskan seorang.
Yang ini meal dia.
Besar sangat burger dia ni.



Air pula saya order Bottomless Fruit Juice Apple.
Dia pula order Orange Juice.
Disebabkan air epal tu sedap saya refill lagi segelas.
haha..(rugi tak refill kan..)
Dia pula tak refill..tak larat dah kot nak habiskan.


Kesimpulannya, makan kat Chili's ni sedap la juga tapi kena pergi masa betul2 lapar.
Kalau tidak memang rasa sangat2 'full' tapi dalam masa yang sama rasa rugi kalau tak habiskan.
Yang paling saya suka ialah Jus buah boleh di refill..
(jakun weyh sebab selalunya air gas je yang boleh refill)
Jom pi Chili's. =)

p/s : Baru tahu Seoul Garden dekat OU dah pindah lokasi. Tapi tak sure pula pindah ke mana.

Sunday, May 30, 2010

Kerana Shrek kami malu~

Betul2 malu bukan tipu2 yea.
Alkisahnya hari ni saya dengan my F keluarlah sempena dengan birthday dia esok.
Sebab esok Isnin maka kami decide nak sambut awal la.
Tak adalah sambut sangatpun.
Tiada kek mahupun kad.

Masa jumpa tu kami memang 'lost'
Ok, kami memang selalu je lost' bila keluar.
Tak tahu nak ke mana dan buat apa bila keluar.
At last kami ke OU tanpa decide nak buat apa.
Konon2 nak makan sahajalah.

Masa keluar daripada kereta, saya terfikir sesuatu.
Saya cadangkan tengok wayang la kan.
So, diapun macam setuju.
Terus sahaja ke GSC OU dan scan dekat screen depan kaunter tiket tu cerita apa sedang ditayangkan.
Diapun cadangkan Shrek..dan pilih nak tengok pukul 1.20.
(kami bel tiket tu kira pukul 12.40 tgh hari k)
Belilah tiket dan tengok tempat duduk kat mana je dan terus simpan dalam poket.

Menjelang 1.20 kamipun beli popcorn dan air kemudian terus masuk panggung.
Tengah syok layan2 iklan tiba2 sahaja ada seorang chinese tu claim kami duduk kat seat dia.
Bila check rupanya kami punya tiket kul 3.20 bukan 1.20.
Apa lagi terus kami blah dengan bawak popcorn yang dah hampir separuh kami makan masa layan iklan.
Adoilah, dalam seumur hidup tak pernah la jadi macam gini.
Memalukan sungguh.
Yang bestnya penjaga tiket masa kami masukpun tak perasanpun' keganjilan' tiket kami itu.
haiihh..

Terus kami ke kaunter tiket minta tiket lain sebab kami decide nak tengok masa tu juga.
Tak mahu tunggu 3.20.
So, my F terus serbu kaunter penjual tiket (orang yang sama masa kami beli tiket tu) dan report psal masalah tu.
Kesian juga sebab spervisor diapun duk 'marah' dia juga sebab cuai.
Jadi, kami di beri tiket yang lain (kebetulan panggung tak penuh).
Kedudukan di belah tepi (tadi kami dapat tiket kat tengah)..
Takpelah . Asalkan dapat juga layan Shrek.

Dan berbaloi-baloi usaha kami tu sebab cerita Shrek tu memang best.
Terbahak-bahak ketawa dan adakalanya rasa sangat2 sedih.
Kesimpulan yang saya dapat daripada cerita tu..

"Masa ia ada di depan mata kita tak sedar kesempurnaannya malah mempertikaikannya sehinggalah kita kehilangannya. So, hargailah apa yang kita ada sebaik-baiknya"

Jom layan trailer Shrek ini. Tengok trailerpun dah best apatah lagi tengok whole story..



p/s : Puss jadi gemuk la pulak dalam Shrek terbaru ni.. hahaha~

Masalah..masalah..masalah tidur..

Anda pernah tak mengalami masalah untuk bangun pagi?

Mesti ramai kan.
Uhuuu..saya kalau tak kerana kerja mesti lemah je nak bangun pagi2..
Kalau hari kerja akan bagun kul 6 hari2.
Kalau tak kerja, bangun subuh lepas tu terus tidur balik.
Dan paling awal bangun dengan cemerlangnya pukul 8.30 pagi..
Paling lewat pernah bangun pukul 10 lebih..
lepas itu kepala pening2 gara2 tidur banyak sangat.


Sedapnya dia tidur. gambar ikhsan google

Macam mana nak mendisiplinkan diri bangun pagi dengan segar.
Dan yang penting sekali tak tidur balik.
Jangan bagi "petua tidur awal" sebab saya memang tidur sebelum pukul 12 malam.
Jangan bagi "{petua tepuk2 bantal" sebab saya memang bangun tapi "mata" ni nak tidur balik.
Tak suka sebenarnya tapi kadang2 tu' tak sedar diri' bila dah tidur.
Mamai2 lepas bangun, lepas itu tidur balikdan bila sedar lepas itu dah lewat.

Saturday, May 29, 2010

Kenapa Sate Haji Samuri tutup hari ni?

Tadi lepas maghrib, kami sekeluarga dah target nak makan satay.
Mak dari semalam dah mengidam nak makan sate ayam.
Kami ini ikutkan sahaja.


gambar cilok dari eyriqazz sebab tak dapat nak merasa kan.

Perjalanan ke Awan Besar memang rasa macam lama sahaja.
Maklumlah perut semua dah bergendang.
Sampai sahaja area parking, rasa macam pelik.
Sebab utamanya parking kereta agak lengang.
Selalunya penuh sesaja.

Bila usyar gerai paling hujung tengok tutup.
Ye, gerai Sate Haji Samuri tutup la pula ini malam.
Adakah mereka menyambut Hari Wesak ataupun tokey satay balik kampung sempena cuti Hari Wesak ni?
Adakah semua cawangannya juga tutup termasuklah di Kajang sendiri?
Tahukah mereka bahawa mereka telahpun mengecewakan hati peminat2 satay macam kami?
Almaklumlah masa2 hujung bulan ni la orang2 kebanyakan macam kami ni duk serbu nak makan satay.
Tup2 tutup pula.

Last, macam biasalah..
Kami terjah restoran yang sama macam masa kes tak dapat makan pizza dulu.
Kalau nak tahu kisah tragis tu bolehlah klik KERANA PIZZA HUT.
Sedih-sedih.

Ramai rupanya bertemu jodoh masing2 sejak di sekolah?

2 minggu lepas kawan sekelas saya masa bersekolah di TIKL, Fahimah berkahwin.
Saya tak tahu langsung mungkin terlepas pandang jemputan daripada dia.
Saya tahupun bila ada kawan yang masukkan gambar majlis beliau dalam FB.
Berguna juga ya FB ni saat2 begini.
Masa tengok gambar tu saya terlihat la pengantin lelakinya.
Eh, macam kenal aje, tapi di mana ya?
Ya, familiar sungguh wajah tu tapi saya tak ingat pula kaitannya dengan saya.
Tup, berdesup ingatan menyerbu kepala.
Ooo..dia ni pun budak sekolah TIKL juga tapi saya memang tak ingat nama dan course dia ambil dulu. Satu batch juga.

Lepas itu, saya teringat pula kepada kawan yang baru juga kahwin awal bulan 5.
(kira2 seminggu sebelum Fahimah kahwin).
Pengantin lelaki dan perempuannya juga adalah kawan2 sekolah TIKL satu batch dengan saya

Beberapa bulan sebelum itu, pasangan Vice Captain lelaki dan perempuan masa di sekolah yang sama (TIKL), Radi dan Net juga mendirikan masjid. Tapi title bukan lagi pasangan Vice Capt tapi pasangan suami isteri.

Tahun lepas, Sakinah dan Wan Mohd Farid ( juga sebatch dengan saya di TIKL malah mereka satu course) berkahwin.

Minggu depan pula, Dayana dengan Kamarul Izwad ( kedua-duanya pun sebatch dengan saya di TIKL) pula bakal mendirikan masjid mereka.
Ucapan untuk Dayana dan Kamarul Izwad yang bakal berkahwin yang dipetik terus daripada iluvislam.com


Tu yang dah dan bakal berkahwin.
Kita tengok pula pasangan couple yang satu sekolah, satu batch dengan saya yang tak tahu lagi bila nak kahwin ialah;

1) Huda dengan Izwan
2) Oyen dengan Izat
3) Meza dengan Zaim
4) Amira dengan Hafifi
5) Dayah dengan Fet

Ok, ni je yang saya ingat..

Nama2 tu memang confirm la rakan2 blogger tak kenal.
Tapi point nya sekarang bilangan pasangan tu.
Cuba kira berapa agaknya pasangan2 yang dah bertemupun jodoh mereka sejak di bangku sekolah lagi.
Ada yang masa sekolah dok couple dengan orang lain atau langsung tak terfikir untuk couple dengan member sekolah tapi end up dengan couple.
Dan paling best ni lepas itu dorang mendirikan masjid.

Bila saya kira, ada 4 pasangan yang dah berkahwin. Maknanya 8 ex-student TIKL yang satu batch dengan saya bertemu jodoh di sekolah.
Dan 5 pasangan lagi bakal mengikut jejak langkah 8 member2 yang dah kahwin tu nanti.
Menjadikan lagi 10 ex-student TIKL juga bertemu jodoh masing2 di sekolah sejak 10 tahun lepas lagi..

Dulu saya rasa tak adalah obvious sangat.
Setakat 1, 2 pasangan kan.
Tapi bila ramai yang macam tu saya rasa macam wow!~

Jodoh tu memang di tangan Allah SWT.
Sejauh mana mereka berlari.
Bertebaran mengejar ijazah/diploma selepas meninggalkan sekolah tu 8 tahun lalu.
Berpisah jauh beribu batu.
Rupanya hati mereka dahpun terpaut di sekolah juga.


saya mendoakan mereka bahagia hidup bersama hingga ke akhir hayat.
serta mendapat anak2 yang soleh serta solehah =)

Friday, May 28, 2010

Boleh tanya tak macam mana nak post perfume merentas Laut China Selatan?

Ingat tak saya ada buat contest jackpot 40000 dan saya juga ada umumkan siapa pemenang dan apa hadiahnya di SINI.
Pemenangnya RutiKeben dan beralamat di Sarawak.

Semalam, saya dengan gigihnya pergi ke PosLaju.
Memang itulah option yang paling dekat dan pantas untuk dijejaki dari area tempat kerja saya.
Saya membawa buungkusan cantik hadiah yang akan saya krimkan ke Sarawak.
Ye, memang saya dah terlambat.
Patutnya 2 minggu lepas dah dikirim tapi disebabkan kesibukan kerja maka saya tak dapat meluangkan masa sedikitpun untuk sesi ppengeposan hadiah tu.

Dengan hati senang jiwa bahagia sayapun engisi borang poslaju dan terus ke kaunter.
Si cantik kat kaunter PosLaju tu pun berbahasa basi dengan saya.

Si cantik : dalam ni ada apa ye?
Saya : oo.ada perfume..
Si cantik : bergoncangan ni. Baik awak wrap dengan bubble bag dulu. Awak pergi beli kat stationaries shop.
Saya : ooo..ye ke? tak terfikir pula. Sekejap ya saya pergi wrap bagi kemas tak bergonjang.

Sayapun bawalah benda alah tu ke kereta.
Nasib baik saya beli surat khabar hari ni.
So, saya ambil bahagian yang tak best dalam surat khaabr tu. Saya kerat2 kecil dan sumbatlah ke dalam kotak perfume tu sampailah tak ada bunyi dan pergerakan bila digoncang.
Saya buat kerja haram tu betul2 tepi bangunan PosLaju.
haha~

Bila dah yakin sayapun masuk balik jumpa Si Cantik tadi.

Si cantik : tak bolehlah.
Saya : aik, apa yang tak bolehnya. Kan dah tak bergoncang ni.
Si cantik : oh, perfume seebnarnya tak boleh dikirim ke sana sebab kita hantar naik flight.
Saya : errr...habis tu macam mana saya nak hantar perfume ni ek?
Si cantik : entahlah syapun tak tahu.

Sayapun balik dengan hati yang hampa. Dah lah perut petang itu meragam pula.
hutang pula tak terlunas lagi.
Anda ada tak idea macam mana nak kirim hadiah perfume ni ke seberang laut.
Cadangan untuk pergi hantar sendiri naik flight tidak akan di consider.
Bagilah idea lain.
Kalau guna kurier, macam mana prosedur dia dan macam mana nak pergi cawangan yang terdekat dari PJ.
Help me please! Saya buntu.

AWARD Cumel~



Aik, ada Award Cumil lak yea.
Ni untuk pompuan sahaja kot sebab mukapun pompuan kan.
Thanks ye PuteriSengal yang cukup rajin tag saya.
=)

i) Thank and link the person that give you the award

Yea..special thanks to PuteriSengal atas pemberian Award Cumel ni..=)

ii) Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic

15 orang..uuu, banyak tu. Erm..tak tahu nak bagi siapa.

iii) Contact that blogs and let them know they've won the award

tak ada idea la..buat suke tapi nak tag orang ni yang susah.

iv) State 7 things bout yourself..

  1. Simple.
  2. Pekerja sebuah kilang.
  3. Suka blogging.
  4. Suka tidur.
  5. Suka membaca.
  6. Suka travel.
  7. Suka kucing.
Sudah tamat satu tag..
=)

p/s : siapa yang berminat untuk ambil award tu boleh lah tinggal komen yea. =)

Thursday, May 27, 2010

Celebrities Who Stink

Selebriti yang busuk.
Uuuu...honestly saya jarang jumpa selebriti.
Kalau jumpa pun, tak tegur sebab malu.
kuikui~

Tapi, merekapun manusia biasakan dan takkan terlepas daripada kekurangan termasuklah masalah badan bau busuk.
Isk2, ada ke selebriti berbau busuk?
Biasanya selebriti ni dikaitkan dengan bau yang wangi semerbak sepadan dengan muka yang cantik2 serta hensem2.

Tapi sebab kena juga cari siapa artis yang ada 'bau' kurang enak tu makanya terpaksalah saya buat sesi terjah.
Rupanya ramai juga selebriti dalam ataupun luar negara yang mempunyai masalah bau badan ni ya.
Tapi, setahu saya memang semua orangpun memerlukan deodorant sekarang ini mungkin disebabkan faktor persekitaran dan juga pilihan makanan yang ada sekarang ini.

Saya pernah baca gosip pasal Maya Karin ketiaknya berbau.
Walaupun peminat-peminat dia menafikan dengan menyatakan badan Maya berbau sebab dia ada amalkan jamu.
Tapi fakta tetap fakta yang dia ada masalah bau badan kan.

Tapi memang Maya ni dengar-dengarnya makan tak pernah control2 tapi badan tetap maintain kurus serta langsing gitu.
Mungkin sebab dia kuat berpeluh disebabkan metaboslime dalam badan dia tinggi.
Bila kuat berpeluh tu yang ada bau sikit tu agaknya.
Dan saya amat yakin Maya perlukan deodorant.

Tidak mengapa sebab sekarang saya dengan ini memang mencadangkan sangat2 supaya Maya guna Adidas Action 3 deodorant keluaran Adidas ini mulai sekarang.
Sudah tentu selepas ini dia akan jadi wangi semerbak.
berpeluh pun berbau wangi.
Dari jarak satu kilometer pun orang boleh tahu yang itu bau wangi Maya.
Apa macam? Ada berani nak mencubanya =)

http://projectalpha.com.my/wp-content/uploads/2010/05/action3.jpg











Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Maulana -RVSP terbaik!

Sukalah dengar lagu ni.
Suara Maulana sedap dan sesuai betul dengan lagu ini.
Walaupun layan AF8 last minute tapi berbaloi sebab ada lagu2 yang best.
Saya suka lagu ni. Anda?

Apapun,
Jom layan dulu lagu ni..



Kalau nak nyanyi sama2 mari layan lirik kat bawah ni.
Saya cilok lirik ni dari SINI..

Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan…
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya

Tapi di dalam realiti belum pasti
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu
Andainya benar katakanlah agar dapat mengorak langkah

Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)

Wednesday, May 26, 2010

Hadiah Hari Jadi dari Company

Minggu ni banyak cerita pasal Hari Lahir sahaja.
Padahal ini baru kali kedua saya bercerita pasal ni kan.
Company saya dah memang jadi tradisi dari dulu akan bagi semua staffnya yang permanent.
Daripada operator sampai la ke boss besar hadiah hari jadi.
Dan hadiahnya memang sama sahaja tak mengenal pangkat.
Itu adalah satu benda yang boleh dijadikan point untuk staff2 bertahan lama di company ni selain daripada environment kerja yang menyenangkan perasaan.
Kalau busy pun tidaklah sampai stress sebab boss2 pun tak pressure.

Berbalik kepada hadiah ulang tahun company ni seperti biasa pemberian hadiah akan bermula bulan April (kira april ni macam bermula tahun baru la).
Sampai pertengahan bulan 5 pun tak ada apa2 yang diberikan. Uraurapun tak ada.
Ramai yang dah mula berbunyi bertanya bila nak dapat hadiah hari jadi company tahun 2010 ni.
Selalunya tiap2 bulan akan ada upacara penyampaian hadiah dan sepatutnya yang lahir bulan 4 dah dapat hadiah.
Kali ini tiada pula.
Mula tu ramailah dah frust.
Tapi saya berfikiran positif mungkin lambat sikit tahun ini.

Tup2, minggu lepas ada ura2 company dah beli hadiah untuk hari lahir staff.
Katanya dapat tuala.
Sebagai salah seorang pekerja yang lahir bulan April, wajiblah saya dapat dulu kan.
hehe~
Taraa..mari saya tayang hadiahnya..
Ada nama saya, nama company (saya blurr kan) dan ucapan birthday.
Ni pandangan pelan..
Ni pula pandangan dari sisi...

Nah, towel 'besar punya' rupanya.
Alhamdulillah, walaupun tahun ini tak ada cop company pada hadiah tu (save budget katanya..)
Warna kuning lembut gitu.
sSelembut warnanya selembut kainnya.
Akan lunyai la lama2 bila selalu pakai nanti.
hehe~

p/s : Kepada yang dah bekerja, company anda mesti bagi hadiah lagi best kan..? Dapat apa ek? share la di sini.. =)

I wanna watch Toy Story 3


Tengok sahaja gambar di atas ini confirm kawan2 kenal siapa mereka lagi2 mereka yang bergelar kanak2 masa cerita ini mula2 di tayangkan dulu.
Sekarang dah masukpun Toy Story 3.
Memang saya amat minat cerita ini dan saya rasa inilah cerita animasi pertama yang pernah saya tengok seumur hidup saya.
Saya yakin ramai yang sependapat dengan saya.
Dah lama saya tunggu Astro tayangkan semula Toy Story yang pertama tapi sampai sekarangpun tak ada. =(
Walaubagaimanapun, kekecewaan saya terubat dengan kemunculan Toy Story 3 ni.

Dulu watak paling saya ingat dah tentulah watak utamanya
Buzz Lightyear..
Kalau dia ni ada secara realiti dah tentu saya jatuh hati.



Dalam Top Story 3 ini ada banyak watak baru diperkenalkan.
So saya nak share sikit pasal watak baru yang saya macam terminat lebih ala ala cinta pandang pertama gitu. Inilah dia Bookworm:


Kenapa saya minat watak ni?
Seriosly sebab rupa dia yang amatlah cute dan dia berwarna hijau (antara warna favourite saya).
Bookworm ini mesti genius sebab namapun dah ulat buku kan.
Saya yakin dia antara watak terpenting dalam Toy Story 3 ini nanti.
Anda nak join saya untuk dapat tiket.
Jom terjah NUFFNANG DI SINI ye.

Nak makan choc for free tak hujung minggu ni?

Beryls di Bangi ada buat Choc Buffet mulai 28/May/2010 sampailah 30/May/2010.
Sesiapa yang teringin nak makan coklat free boleh la terjah sana.
Coklat Beryls ni memang sedap beb..suka sangat!
Macam tak percaya sahaja tapi memang betul.
Sila rujuk iklan bawah ni haa untuk bukti.

Mari kita serbu Bangi hujung minggu ni.
Bermula 9 pagi sampai 6 petang sahaja ye.
jangan datang lambat.Nanti melepas.

Kenapa lelaki tinggalkan kekasih/isteri ?


lelaki yang kecewa meninggalkan si gadis

Tadi entah macam mana boleh termasuk kat satu website ni.
Artikel berkenaan sebab sebenar lelaki meninggalkan perempuan even dia sayang sangat2 kat perempuan tu.

Memang susah untuk kita percaya disebabkan perkara yang seringkali dipandang remeh oleh perempuan menjadi punca perpisahan dengan cinta hati masing-masing.
Nak tahu apa perkara tersebut.
Dia kata..
PENGHARGAAN.
Lelaki dahagakan PENGHARGAAN dan sentiasa mendambakannya daripada orang yang mereka sayangi.

Saya tertarik dengan quote yang penulis tinggalkan di blog beliau itu.
Ini merupakan kesilapan yang mungkin dilakukan oleh wanita sama ada sedar/atau tidak sedar terhadap lelaki kesayangan mereka.

1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.


2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.


Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.


Saya petik maklumat ini daripada SINI.
Terjah la untuk tahu lebih detail.
=)

Saya cuma nak tanya secara jujur dengan lelaki2.
Betul ke ini yang kamu2 semua mahu daripada kekasih/isteri kamu?

Tuesday, May 25, 2010

Happy Birthday Orang2 bulan May!

Siapa yang lahir bulan May angkat lutut!
Haha..
Selamat Hari Lahir ye kepada anda.
Sekarang dah dekat penghujung bulan May pun.
Bulan ni ramai orang2 terdekat dengan saya meraikan hari 'tambah tua' mereka.

Di office saya, ada 2 member yang sambut hari lahir pada hari yang sama iaitu 12HB MAY.
Kami ada buat sambutan dengan buta makan2 kecil di pantry office.
Menu utama pizza dominos dan juga kek secret recipe.
Nyum2.
Gambar tak ada sebab ada kat folder di office.
hoho~

Personal life pula ada 3 orang pula.
Mula2 abang ipar saya ,Nusin .
Birthday dia 22hb May (Sabtu lepas).
Kami sambut dengan beli kek jenama King dan juga makanan2 sampingan yang juga di beli di King ( pizza mini, roti garlic dan karipap).
Layankan sahajalah gmabar2 di bawah ni yea.

Oleh kerana hujnug bulan, semua makanan kena potong kecil supaya semua orang dapat rasa.
Lupa, donut kecik2 bulat pun ada.
Air twister oren yang dah tinggal separuh sama air masak.
Jadilah asal ada.

Inilah rupa keknya.
Nama kek ni Forest Noir. Try la cari kat King.
Sedap gak rasanya.

Yang berbaju oren tu la abang ipar saya.
Kakak saya yang berbaju pink tu beriya nak buat suprise party.

Muka2 lapar yang tunggu masa sahaja nak ngap semua yang terhidang tu.
Aik, Diko pun ada duduk kat situ.
Tahu sahaja dia orang tengah nak buat party kat situ.
(tapi dia sikitpun tak mengacau. Kucing yang hanya reti makan Friskies je macam gini la)

Sedia untuk potong kek..
Aik, kenapa satu sahaja lilin?
Kalau nak ikut umur dia perlukan banyak lilin.
tak cukup nak letak atas kek tu nanti.

Last sekali sayapun nak masuk gak.
Asyik masuk gmaabr orang lain je.
ekeke~
Of course dengan kucing kesayangan kami tu, Diko.



Actually ada 2 orang lagi birthday bulan 5.
Lepas abang Ipar, kakak saya pulak. Semalam 24hb May.
Birthday laki bini tu dekat2 sahaja.
Senang sambut sekaligus sahaja.
Tapi mungkin tunggu hujung minggu ni kot untuk sambut birthday bakal ibu tu pula.

Last sekali my F la.
Betul2 hujung bulan May.
Tapi lambat lag itu.
Hadiahpun tak prepare.
Nak bagi apa ye?
Any suggestion?

Dilemma oh Dilemma. Bukan tak Mahu tapi..

Ok, semalam saya dapat call daripada besties time kat UTM dulu, Nana.
Dia kata dah sampai dengan selamatnya ke Shah Alam.
Dia call lepas maghrib gitu.

Planning awal nak la jumpa dia sebab dia menetap di utara.
Dan possibility untuk turun ke KL ni memang rendah la.
Last week dia bagitahu akan ke Shah Alam mengikuti kursus.
Asalnya dia sampai weekend(sabtu or ahad) dan masa tu saya rasa peluang macam cerah je nak lepak dengan dia hujung minggu.
Tapi, last minute cancel pula.
Postponed ke Isnin pula sebab kawan2 sekursus tak nak lepak lama di Shah Alam.
Dan masa dia call semalam dia baru check in bilik.
Dia sampai dalam kul 7 petang camtu.
Dia call ajak lepak semalam.
Tapi tengok 'line saya' macam tak berapa clear sahaja.

Sebabnya satu, honestly saya ni buta jalan sikit.
Lagi2 Shah Alam yang terlalu kaya dengan 'bulatan'.
Memang fenin sikit nak cari tempat dia berkursus tu lagi2 pula malam jalan tak clear.
Tak ada geng pula tu nak join.
Takut gak nak drive sorang2 pergi sana malam2.
Seriau dengan kes2 jenayah yang tak mengenal masa dan tempat sering masuk TV tu.

Lagi satu yang paling takut, ialah SESAT.
Tak dapat jumpa dia, pastu tak jumpa jalan balik rumah.OMG.
Memang nangis la kan kalau jadi camtu.
Rasa macam lepas ni kena belajar la berdikari.
Belajar jalan di KL, Shah Alam dan area PJ, Damansara.
Tempat2 tu kena explore kalau tidak tak leh nak ngaku anak KL-Selangor kan.
Buat malu kaum je.
huhu~

Dan alasan paling tak boleh blah ialah saya takut keluar malam seorang ke tempat yang tak biasa.
Kalau setakat area2 kawasan rumah ni anytime boleh sahaja keluar seorang.

Jadi, saya meminta maaf sangat2 pada kawan saya itu kerana tak berpeluang untuk berjuma dengan dia yang memang susah nak jumpa.
Saya harap hujung bulan 6 nanti masa daftar adik masuk IKM Sik saya dapat jumpa dia.
Sebab ayah bercadang nak bermalam di Penang semalam dua.
InsyaAllah, harap dapat jumpa dia =)

Cantiknya ciptaanNya. Apa yang berlaku ada sebab dan hikmah disebalikNya


Dari selepas dia call tu saya rasa terkilan yang amat sebab tak dapat nak jumpa dia.
Dah berkali-kali juga saya minta maaf kat dia(masa dia call tu la).
Walaupun dia cakap dia tak kisah, tapi jauh di lubuk hati saya tahu dia 'kecewa' la kan.

Nana, mungkin ada hikmahnya yang kita tak tahu.
Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
So, mungkin ada reason untuk kita tak berjumpa kali ni.
Walau apapun tetap sedih =(

Monday, May 24, 2010

Yang Haram dihalalkan..

Saya tak mampu nak komen panjang.
Bacalah sendiri artikel ni kalau dan sedarlah bahawa dunia dah semakin nak ke penghujung.
Lesen Zina diluluskan? - oleh Isa
Mula2 memang la judi dihalalkan..
Lepas in itak mustahil benda lain pun sama dihalalkan..

Dari dulu saya mengikuti perkembangan semasa lagi2 yang berkaitan dengan agama.
Ya, agama Islam yang semakin lama semakin cuba diubah perundangannya oleh manusia sendiri.
manusia yang sayapun tak mengerti di mana letaknya akal dan iman mereka sebab manusia itu manusia yang mengaku Islam.
bukan beragama lain.
Judi merupakan dosa besar. Bukan dosa kecil beb.
Kenapa dosa besar tu dipermudahkan dengan menghalalkannya.
Walau apapun alasan mereka, ianya tetap haram di sisi Islam.
Matlamat tak menghalalkan cara.

Saya tak mampu nak komen panjang.
Cukuplah artikel di atas tu mewakili hati dan rasa terkilan saya terhadap isu ini.
Apa kata anda?

Cuci mata tengok rakan2 Garfield!

Entah apa mimpi sorng kawan send gamabr2 kucing2 gemuk lagi sihat ni.
Memang comel lote rasa macam nak buat bantal peluk sahaja.
Saya tak nak rasa geram sorang2 jadi saya share kan dengan kawan2 supaya ramai lagi rasa geram kat kucing2 ni.

Ni kucing dah sama besar dengan baby ni.
haha~
Korang rasa kucing ni tengah berdiri ke duduk?
nampak cam kemetot je kaki dia kan.
Ni memang betul2 macam bantal peluk.
geram seyh..
Sodap je dia tidur atas lembek.
kroh kroh..
Bosar dan pastinya berat.
Lenguh nak dukung lama2 ni.
Haha..
kucing ni macam genster kampung pinang sebatang la..
Baik punya menyandar kat dinding tu.

Yang ni menggebu-gebu.
Sedap je landing atas rumput karpet.

Yang ini pula saiz pingggang dam melebihi tuan..
Kena diet ni.
Obes..obes..
inipun sama.
Weh..kiut..
kenaap kucing ku tak macam ni.
geramnyaa..
Rakan2 ada kucing besar gedang macam ni ke?
kalau ad mesti besh kan.
Tapi mesti kuat makan. Berhabislah duit untuk bagi makan kat kucing gemuk camni.

p/s: kucing saya jenis yang jaga badan. Makan sikit2 tapi banyak kali. Auu..

Sunday, May 23, 2010

Serajah : Gereja yang dihiasi 40 ribu tulang umat Islam~

Salam, saya ingin berkongsi email yang saya dapat ini dengan rakan2 blog.
Betapa kejamnya menggunakan tulang2 manusia untuk mendirikan gereja lagi2 tulang umat Islam.

Jom hayati dan dalam masa yang sama mendoakan Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh2 umat Islam tersebut yang mati syahid.


Gereja Yang Dihiasi 40 Ribu Tulang Umat Islam.
Gereja yang terletak 70 km daripada ibukota Republik Check bekas negara
Yugoslavia yang dipenuhi dengan gereja – gereja ganjil.

Gereja yang berusia melebihi seribu tahun dibina dengan menggunakan
tulang-tulang umat Islam tanpa kayu atau batu atau bahan binaan biasa.

Pada tahun 1318 pihak gereja telah berjaya mengumpul 30 ribu tulang umat
Islam untuk dijadikan binaan dinding.

Pada tahun 1870 jumlah tulang umat Islam telah melebihi 40 ribu untuk
menyempurnakan binaan gereja tersebut.

Lihatlah tulang dan tengkorak umat Islam yang menghiasi setiap sudut gereja
tersebut.







Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan Inayah kepada semua umat Islam yang
syahid di bumi Bosnia.


p/s : sumber ini tidak berapa sahih tapi ada beberapa sumber yang turut mengatakan perkara yang sama tapi ada juga yang menafikannya. Kita tak tahu kebenarannya tapi lambat laun kebenaran akan terserlah.. =).
Ada sesiapa yang tahu tak?

p/s : serajah tu memang sengaja saya letak sebab ia maksudnyaberlawanan dengan sejarah dan mungkin sama maksud dengan mitos.

Hasil terjahan Aried

9 May yang lepas saya begitu teruja bila Aried Math Sensei nak buat sesi terjah2 blog.
Sayapun terus buat la satu entry supaya Aried terjah blog saya.
Kepada sesiapa yang terlepas bolehlah baca di SINI
Tujuannya bukan sekadar untuk trafik tapi juga untuk tahu apa pandangan orang lain tentang blog saya.
Saya terus terang tak nampak semua itu sendiri.
Kita hanya boleh tahu daripada orang yang lain kelemahan dan kelebihan kita. Betul tak?
Kalau kita judge sendiri dah macam masuk bakul pastu angkat sendiri.
haha~

So, lebih kurang seminggu lepas itu saya dapat komen from Aried sendiri yang ssi terjahan balas telah dilakukan.
Siap tinggalkan link entry terjah tersebut.
Sayapun pergi usyar dan memang menambah keterujaan saya sebab entry dia tulis agak panjang.
kat SINI atau klik gambar bawah ni

Aried kata blog saya ni
dari segi penulisan
  1. menyenangkan hati best untuk diterokai.
  2. dikatakan dah lama menapak iaitu sejak 2005. Kira dia kagum la. (Memang dah lama tapi tak aktif sgt masa tu.)
  3. rajin di update..purata tahun ni antara 2 hingga 3 entry per day..
  4. banyak cerita pasal peribadi dan ada juga isu semasa. (betul2...)
dari segi statistik blog pula
  1. PR saya 3. (memang 3 sejak dua menjak ni.Dulu 2 je)
  2. Dia ada cakap pasal Ranking Alxa blog saya. Memang bawah 1 juta tapi biasa-biasa je..
Ada banyak lagi dia cerita dalam entry terjah dia tu.
Dan dari situ saya belajar mengenal blog sendiri.
Haha..itulah sebenarnya tujuan join edisi terjah2 ni.
=)

Jangan terkejut kalau selepas ini terjah menerjah menjadi trend blogger.
Tunggu sikit masa lagi.
haha~
Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics